Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for September 2008

Sebagai membuka tirai bulan penuh barakah, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syukur kepada-Nya kerana memberikan saya peluang untuk mengecapi Ramadhan untuk tahun ini, buat ke sekian kali. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk saya, dan kita semua. Insya-Allah…

Tajuk yang saya ingin bawakan adalah ‘tajuk tertangguh’. Tertangguh sejak 19 Ogos lalu kerana kesibukan dan mood penulisan saya yang tidak menentu. Saya memohon maaf kerana kelemahan saya yang teramat ketara sejak memasuki alam pekerjaan sebagai jurutera ini. Bukan kerana sibuk, tetapi kegagalan saya mengurus masa dan mood saya.

Terus kepada perkongsian kali ini.

Sekitar pertengahan Ogos lalu (2008), Herald, sebuah akhbar yang diterbitkan khas untuk golongan Kristian Katholik telah diberi semacam satu amaran oleh kerajaan untuk tidak mempolitikkan akhbar Herald mereka. Alasan kerajaan, Herald telah menerbitkan suatu artikel yang mengulas tentang situasi politik tanah air. (selanjutnya…)

Read Full Post »