Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Oktober 2007

CAL2168

Menjelang minggu-minggu terakhir di kampus, saya diasak dengan pelbagai tugasan dan cabaran. Jadual hidup terasa ketat sekali dan agak menekan diri. Masa untuk mengemaskini informasi begitu singkat. Malah saya kerap menjadi outdated kerana tidak sempat melayari internet untuk berita terkini. Ntah di mana silapnya diri. Puas saya cuba allocate masa untuk berbakti kepada pembaca yang tak jemu berbudi. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Tatkala waktu menginjak ke jam 5 pagi, mata saya masih segar bugar menatap layar monitor 15″ saya. Saya cuba mengemaskini pembacaan saya dengan post-post terkini dan isu-isu semasa yang telah saya ‘terabaikan’ lantaran sibuk mengUbuntukan diri. Berikut saya kongsikan 3 post menarik yang saya petik daripada Ustaz Hasrizal di blognya, Saifulislam.com. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Hari ini saya seperti burung hantu ibaratnya. Hujan yang mendinginkan hawa dari selepas zohor sehingga ke malam berjaya mencuit sensor allergi saya menyebabkan saya ‘syahid’ dari jam 9 malam ke 2 pagi. Penangan Actifed berbisa sekali! Tidak mungkin saya mahu melelapkan diri lagi selepas 5 jam mengemudi alam mimpi. Ntah apa yang saya mimpikan, saya sendiri kurang pasti. (selanjutnya…)

Read Full Post »

cincin_

Assalamualaikum,

Sekadar menyampaikan informasi kepada semua pembaca dari kalangan pelajar UTP:

Berita BAIK kepada semua student UTP… Kursus Perkahwinan akan diadakan pada 27 dan 28 Oktober ini (SABTU & AHAD) di poket D5… Yuran hanya RM 60.00 (utk student shj) termasuk makanan dan buku… (selanjutnya…)

Read Full Post »

Clarinase Vs Actifed

Ramai yang bertanya, kenapa saya mem’bengkalai’kan blog saya. Adakah saya kembali bersara untuk kesekian kalinya? Owh, tidak! Insya-Allah kali ini saya tidak akan bersara selagi mana Allah belum men’sara’kan saya. Jadi, kenapa membisu selama berminggu-minggu? Panjang ceritanya… (selanjutnya…)

Read Full Post »

Assalamualaikum,

Sidang pembaca budiman yang dirindui (uik~),

Di kesempatan yang sudah terbabas dek ujian dan halangan yang bersimpang siur, saya ingin mengucapkan,

Selamat Hari Raya Aidilfitri

&

Maaf Zahir Batin

Mohon kemaafan dengan tersusun jari kesepuluh (gurauan semata~) atas kebengkalaian blog ini. Sesungguhnya ia tidaklah disengajakan mahupun dipaksakan. Insya-Allah hamba kembali mengisi tinta maya ini bermula saat ketika ini dah hari-hari yang mendatang. Ampun maaf hamba lunjurkan.

Wassalam

Yang Daif Lagi Hina,

Musafir Kelana

Read Full Post »

Lama jari jemari ini kaku untuk menuku. Bukan tidak ada idea yang menyebabkan diri ini buntu. Cuma terasa sukar mencari idea yang betul-betul ‘segar’ dibandingkan dengan blog-blog lain yang bertebaran di alam siber kala ini. Dulu, sewaktu awal-awal mencebur diri dalam arena tulis menulis, blogspot dan wordpress merupakan satu fenomena asing. Tak ramai yang ingin berkongsi karya mahupun berita. Semuanya sekadar membaca dan memberi komentar semata. Hari ini, segalanya berbeza. Terlalu banyak blog yang wujud sampai tak terhitung dek masa untuk mengira, apatah lagi membaca. Kesukaran untuk mencari kelainan idea agak menyempitkan dada. Namun Alhamdulillah, tatkala umur blog ini (di alamat baru ini) mencecah sebulan, jumlah pengunjung sekitar 2500. Suatu jumlah yang boleh saya syukuri. (selanjutnya…)

Read Full Post »