Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Ogos 2006

Kebetulan saya terserempak dengan berita menarik ini. Sedikit sebanyak ia mempunyai kaitan dengan post saya sebelum ini yang gagal saya hurai secara panjang lebar. Hayatilah berita yang agak panjang ini. Berbaloi untuk masa yang anda luangkan…

PEMBELIAN SEMULA SAHAM PANTAI HOLDINGS OLEH KHAZANAH DARI SYARIKAT SINGAPURA : KERAJAAN AKUI KESILAPAN

Pengumuman pembelian semula saham Pantai Holding dari syarikat pelaburan Singapura seperti disiarkan oleh akhbar-akhbar utama hari ini adalah dirujuk.

A. Akhirnya kerajaan akui kesilapan

Pembelian semula ini adalah satu pengakuan terbuka di atas kesilapan Menteri Kewangan meluluskan penjualan-penjualan saham majoriti (31%) kepada pihak Singapura, September tahun lalu.

Jika tidak, apa perlunya pembelian semula dilakukan. Kesilapan ini berbangkit kerana antara lain, dua anak syarikat Pantai terlibat dengan program pengswastaan dan dibawah peraturan sedia ada , tidak ada syarikat yang mendapat konsensi pengswastaan dibenarkan terlepas kepada pihak asing.

Penjualan saham sebesar itu memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan.

B. Siapa yang bertanggungjawab?.

Jika kesilapan telah diakui melalui langkah pembetulan ini, seseorang di Kementerian Kewangan harus bertanggungjawab.

Saya rasa kesilapan ini seperti disengajakan dan oleh kerana perkara ini telah menjadi satu isu maka langkah diambil untuk membetulkan kesilapan tersebut.

Saya yakin , di bawah konsep tanggungjawab ( accountability) Perdana Menteri perlu mengambil tindakan tertentu sehingga kelulusan tersebut telah diberikan sehingga satu langkah pembetulan terpaksa dilakukan.

C. Pembetulan yang pincang

Malangnya, walaupun kerajaan cuba menggambarkan satu langkah pembetulan telah dibuat, namun pembetulan adalah pincang.

Parkway, selain mendapat pembayaran sejumlah RM357 juta atas kadar RM2.65 sesaham bagi 134.7 juta saham, telah diberikan peluang untuk memiliki semula saham sebanyak 49% dalam syarikat Pantai Irama Ventures yang memiliki saham dalam Pantai serta diberikan hak pengurusan Pantai selama 15 tahun.

Ini bermakna, Parkway menguasai pengurusan Pantai dan pada masa yang sama terus memiliki saham Pantai.

Transaksi ini nampaknya sekali lagi menguntungkan Parkway.

Usaha ini sekadar kosmetik exercise untuk menyelamatkan maruah kerajaan. Sesungguhnya , Perdana Menteri harus dipertanggungjawabkan dengan apa yang berlaku dan penjelasan sepenuhnya dari kerajaan harus diberikan kepada rakyat.

Dato Haji Husam Musa, Naib Presiden Pas

29 Ogos 2006

Berita Penuh – Isu Pantai Holdings: PM harus perjelas kesilapan kerajaan

Anda nilaikan sendiri. Adakah rakyat sekali lagi menjadi mangsa penipuan korupsi kerajaan BN? Tepuk dada, tanya diri sendiri. Jawapan ada pada anda.

Wallahualam…


Read Full Post »

Sambutan kemerdekaan negara ke-49 disambut dengan hambar, tidak semeriah sambutan perkahwinan Siti Nurhaliza. Ntah mengapa, saya sendiri tak mampu mencari jawapan. Pemikiran rakyat yang kononnya merdeka ini amat pelik, tak terjangkau dek diri ini untuk mentafsirnya. Apapun, saya bersyukur kerana promosi sambutan kemerdekaan yang hambar mungkin kurang menarik rakyat untuk berpesta maksiat.

Melihat kepada sambutan kemerdekaan negara saban tahun, rasanya anda sendiri mampu menilai sejauh mana erti kemerdekaan kepada pemuda dan pemudi zaman kini. Budaya berpeleseran dengan lebih ganas pada malam merdeka seolah suatu tradisi yang gagal diubah oleh pemerintahan ISLAM HADHARI, malah berjaya disuburkan lagi. Kita boleh melihat sendiri di kaca TV betapa teruknya rakyat yang kononnya merdeka, tapi jiwa masih dijajah.

Seawal jam 5.00 petang, LRT mula dipenuhi muda-mudi berpakaian ibarat mat PUNK dan SKIN yang ingin menyambut kemerdekaan negara. Aksi-aksi mereka yang memualkan sedikit sebanyak mendetikkan rasa insaf dan malu dalam diri; Beginikan bangsa yang merdeka? Bangsa Melayu yang suatu ketika dulu gagah mempertahankan MARUAH, kini HINA SEHINANYA.

Bukan setakat itu, detik 12 malam diraikan dengan berpesta hiburan di sana sini tanpa menghiraukan batasan agama. Pihak NGO-NGO ISLAM terpaksa bertungkus lumus mewujudkan SKUAD PENCEGAH MAKSIAT untuk memastikan kesucian kemerdekaan tidak dicemari dosa dan noda. Menyedihkan bukan?

Satu yang menarik perhatian saya ialah sambutan di KLCC. Selesai sahaja sambutan bunga api tepat jam 12 malam, mereka beramai-ramai menyanyikan lagu KERANAMU MALAYSIA. Lagu tersebut yang pernah diharamkan oleh kebanyakan ulama kerana sentimen KERANAMU MALAYSIA, bukan KERANAMU YA ALLAH masih terus dinyanyikan. Malah, nyanyian yang paling kerap kedengaran di kala kemerdekaan.

Adakah segala apa yang kita lakukan kerana MALAYSIA? Atau adakah kerana ALLAH? Berbalik kepada hadith pertama dalam himpunan hadith 40; “Setiap amal itu menurut apa yang ia niatkan…”. Maka, bila menyebut “Keranamu Malaysia”, apakah ia niat yang betul? Ia tidak membawa sebarang pengertian, malah ada ulama mengatakan ia boleh membawa kepada syirik dan kekafiran.

Mengapa pucuk pimpinan negara yang dikatakan kononnya ‘ulul amri’ (berdasarkan satu papan tanda di kawasan penduduk India), tidak mengharamkan lagu tersebut? Apakah ini dakyah tersembunyi pihak tertentu dalam mengkufurkan rakyat Malaysia? Kufur kerana kita meletakkan segala apa yang kita peroleh bukan kerana KEKUASAAN ALLAH. Walhal segala yang berlaku adalah dengan IZIN ALLAH.

Inilah masalah yang kita hadapi hari ini. Rakyat tidak tahu syukur kepada TUHAN yang MAHA KUASA. Mereka hanya tahu meletakkan kesyukuran kepada MANUSIA yang tidak ada langsung kuasa. Dan inilah yang UMNO suka. Mereka suka rakyat anggap mereka BERKUASA. Mereka suka rakyat bersyukur kepada mereka. Sekaligus, bukankah ini boleh membawa kepada syirik? Tidak mengakui kekuasaan ALLAH dan mempersekutukan ALLAH dengan UMNO?

Sidang pembaca, mungkin ramai antara rakyat sekadar menyanyi lagu KERANAMU MALAYSIA untuk suka-suka. Tetapi bait lagu perlu difahami dan dihayati. Sekiranya membawa maksud yang menyalahi ISLAM, maka kita DIHARAMKAN menyanyikannya. Apatah lagi jika ia berkait dengan soal AKIDAH. Tak begitu? Jika salah, tolong betulkan.

Sambutan kemerdekaan saban tahun mendatangkan rasa sebak dijiwa. Sebak memikirkan, bilakah rakyat Malaysia akan benar-benar merdeka? Bilakah ISLAM akan benar-benar dibawa? Persoalan yang sehingga kini belum terjawab. Masih samar dalam bayangan.

Tidak perlu saya nyatakan betapa saya kecewa dengan UMNO yang sememangnya jahil bab ISLAM walaupun mempunyai ramai lulusan pengajian ISLAM dan ULAMA-ULAMA ‘SUK’. Kekecewaan bertambah melihatkan PETRONAS yang setiap tahun menjadi antara penaja utama program kemaksiatan terbesar ini. Mungkin mereka terpaksa, siapa tahu.

Menambah sedikit, jika dilihat siaran RTM1, pasti ramai yang terkejut. Selepas PM dan menteri kabinet bersurai, majlis mengumumkan ‘Selepas ini akan diadakan hiburan dan pesta’ lebih kurang begitu. Jam sudah 12.30 mlm, tidak cukup berpestakah? Pak Lah yang mengetuai barisan untuk bersurai tetap ceria, walaupun beliau antara yang paling arif soal HALAL dan HARAM. Al-maklum, orang lulusan pengajian ISLAM katakan.

Lebih memalukan, selepas itu, pengacara RTM1 menemubual beberapa anak muda bertanyakan apa erti kemerdekaan buat mereka. Jawab pemuda tersebut, “ENJOY!”. Saya terkedu. Jawapan LIVE yang memalukan. Inilah realiti pemikiran muda mudi hari ini. Selepas itu disiarkan ucapan MB-MB negeri. Bermula dengan Shahidan Kasim yang sedih bersongkok (mukanya nampak sedih, ntah mengapa).

Ucapan Shahidan tak ubah ibarak robot membaca teks. Sepatah demi sepatah. Lakonan terburuk dalam sejarah. Pengisian ‘macam bagus’, tetapi semuanya menembak kembali kepada kepemimpinan BN. Ibarat meludah ke muka sendiri. Dia bercakap soal memerdekakan jiwa dan pemikiran bla bla bla. Walhal dalam masa yang sama, rakyat sedang dihidangkan sambutan kemerdekaan ALA BARAT. Retorika BN yang memalukan.

Maaf andainya tulisan saya dipenuhi emosi dan perasaan. Cuma saya terlalu mengharapkan sambutan kemerdekaan tidak dicemari dosa dan noda. Tidak disambut penuh kejahilan dan kehinaan. Tidak menunjukkan kepada dunia betapa teruknya sebuah negara yang kononnya NEGARA ISLAM. Tetapi, impian masih tinggal impian. ALLAH menetapkan masanya untuk ISLAM menang belum tiba.

Apapun, kita hanya mampu berdoa dan berusaha untuk kemenangan ISLAM. Moga apabila ISLAM menang, tatkala itu erti kemerdekaan benar-benar menginsafkan. Yakinlah bahawa kemenangan ISLAM itu sangat hampir. Cuma kita yang tak tahu bila. Sama-samalah kita doakan.

Salam kemerdekaan buat mereka yang benar-benar merdeka (Jika ada). Salam ukhuwwah. Salam perjuangan buat pejuang-pejuang ISLAM. Semoga perjuangan ini dipermudahkan oleh-Nya. (Namun realitinya, perjuangan tak pernah mudah. Jika mudah, bukanlah perjuangan namanya. Tak begitu?)

Wallahualam…

Rujuk juga:

  1. Malam 31 Ogos di Kuala Lumpur dihiasi seloka asmara ‘uda dan dara’
  2. Merdeka bertukar dari kufur kepada beriman – MB
  3. Biarkan Putera Umno terjun dengan Mat-mat Rempitnya

Read Full Post »

Saya ingin memohon maaf kepada sidang pembaca yang membuat langganan percuma dengan bloglet untuk blog saya ini. Saya baru menyedari bahawa berlaku sedikit kecelaruan dalam sistem akibat ‘joint venture’ antara Google dengan Blogger. Maaf yang teramat. Alhamdulillah saya berjaya ‘reset’ kembali Bloglet saya. Terima kasih atas kesetiaan anda.

Read Full Post »

Akhbar hari ini berjaya memaparkan beberapa sandiwara retorik penuh dusta. Satu persatu berita tersebut meloyakan perut lagi menyakitkan hati. Ikuti ulasan berikut…

1# Pembelian semula Pantai Holdings Bhd

Kes ini merupakan antara kes yang memalukan buat negara, sekaligus membuktikan betapa lemahnya Pak Lah selaku Menteri Kewangan. Penjualan saham Pantai Holding kepada Singapura dahulunya telah sedikit sebanyak dibantu oleh Khairy, menantu Pak Lah. Ini dibuat melalui ECM Libra selaku lebih kurang penasihat atau ‘consultant’ dalam urusan jual beli tersebut. Malah ada sumber mengatakan penjualan tersebut berjaya kerana mendapat bantuan orang dalam yang kemungkinan besarnya adalah dalam Kementerian Kewangan sendiri.

Namun, apabila banyak cakap-cakap yang mengkritik penjualan tersebut dan menuduh kerajaan gagal menjaga kepentingan negara daripada dibeli oleh negara asing, barulah Pak Lah seolah-oleh tersedar dari mimpi. Ataupun lebih patut disebut, buat-buat tersedar.

Demi menjaga sokongan rakyat, terpaksalah kerajaan membeli kembali saham Pantai Holdings tersebut dengan menggunakan Khazanah Holdings. Bukan sedikit jumlahnya, tetapi berjuta-juta ringgit. Kerugian daripada urusan jual-beli-jual tersebut juga pastinya sekitar jutaan ringgit. Akhirnya, siapa rugi kalau bukan kita sendiri. Tak begitu?

Pantai Irama dianggarkan membayar sebanyak RM356.955 juta bagi membeli saham-saham tersebut.

Parkway pula kemudiannya akan membeli 49 peratus kepentingan dalam Pantai Irama dengan meletakkan saham-saham Pantai Holdings pada harga yang sama iaitu RM2.65 sesaham, kata Khazanah dalam kenyataannya di sini hari ini.

Selain itu, Pantai Irama turut membeli secara langsung lebih 30.92 juta saham-saham Pantai Holdings yang mewakili 6.6 peratus kepentingannya, dipercayai di pasaran terbuka pada harga antara RM2.30 hingga RM2.40 sesaham atau kira-kira RM72 juta.

Ia bermakna Khazanah membelanjakan lebih RM429 juta bagi menguasai kira-kira 35 peratus kepentingan dalam Pantai Holdings, tanpa mengambil kira pelaburan semula Parkway di dalam Pantai Irama.

September lalu, Parkway membeli 31 peratus Pantai Holdings pada harga RM311.8 juta.

Sebahagian besarnya, 89.7 juta, dibeli secara langsung oleh Parkway daripada Ketua Eksekutif Kumpulan Pantai Holdings, Lim Tong Yong pada harga RM2.45 sesaham manakala kira-kira 35 juta saham lagi diperoleh di pasaran terbuka pada harga RM1.70 sesaham.

2# Pak Lah Sedih Negara ISLAM Penuh Korupsi?

Saya kagum dalam malu membaca perihal kesedihan Pak Lah melihatkan negara-negara ISLAM mendapat tempat-tempat tercorot dalam Indeks Persepsi Rasuah. Dikatakan negara ISLAM terbaik hanya menduduki tempat ke-29, Malaysia pula di tempat ke-39.

Berucap merasmikan Forum Pertama Mengenai Antirasuah anjuran Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) hari ini, Perdana Menteri berkata, jika purata mata keseluruhan diambil kira, negara Islam hanya memperoleh 3.06 daripada 10 mata, meletakkan negara-negara Islam di tempat ke-89.

‘‘Sungguhpun CPI hanyalah satu kajian persepsi, ia telah dijadikan satu mata rujukan untuk bakal pelabur,’’ katanya yang juga Pengerusi OIC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Negara ke-29 itu ialah Oman dan Malaysia pula berada di tangga ke-39. Chad, yang juga sebuah negara anggota OIC, menduduki tangga teratas negara paling korup di dunia.

“Lebih malang lagi daripada 10 tempat terbawah mengikut CPI, separuh daripadanya terdiri daripada negara Islam,” katanya.

Sehubungan itu, Abdullah berkata, OIC perlu memainkan peranan lebih aktif dalam usaha memerangi rasuah di peringkat global demi kepentingan ummah.

Berita penuh?

Itu dalam akhbar Utusan, ini pula daripada sumber alternatif,

But what amused me most from this two day conference was the participation of a representative from the Palestinian FATAH movement, Prof Dr Najat Omar, an opposition Palestinian legislator (HAMAS defeated FATAH in the recent elections).

Najat came and blamed the HAMAS government for putting Palestine on number 112 out of 158 corrupted countries listed by Tranparency International with Transparency International Corruption Perception Index (CPI) of 2.6 as of last year.

But let us not be deceived as factually HAMAS only came into power early this year. It was the FATAH led government then that accumulated such shameful record on behalf of the Palestinian nation.

Dr Najat should have told the conference that FATAH was discarded and rejected by the Palestinian voters as a result of their atrocious record. Most political analyst attributed FATAHs demise in the hands of HAMAS as a result of this.

Artikel Penuh?

Anda nilaikan sendiri. Dalam berlakonan tersebut, rasanya Pak Lah terlupa bahawa zaman sekarang adalah zaman IT, semua maklumat mampu dimiliki. Puas Pak Lah berlakon seolah-olah sedih dengan korupsi yang berlaku, akhirnya korupsi memakan diri sendiri.

Wahai Pak Lah, siapa yang korupsi sekarang? Kesian Pak Lah, sudahlah pencarian Al-Ghazalinya belum berakhir, tetapi terhenti setakat ISLAM HADHARI. Kini datang pula masalah lain. Semuanya berpunca dari diri sendiri.

Pelik Bin Ajaib; ahli UMNO tetap menyokong Pak Lah. Retorika penuh duka!

Wallahualam…

P/s – Sebenarnya terdapat banyak lagi berita-berita pelik lagi ajaib, cumanya saya tak mampu untuk huraikan semuanya. Cubalah melayari laman-laman berita alternatif untuk mengetahui lebih lanjut.

Read Full Post »

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pasti ramai yang tertanya-tanya dengan tajuk post kali ini. Apa kaitannya minyak di Iraq dengan Pak Lah? Tetapi rasanya mungkin sebahagian besar daripada anda pernah mendengar darihal penyelewangan penjualan minyak Iraq sewaktu zaman Saddam Hussein dalam program Oil for Food. Tak begitu?

Saya terkedu seketika apabila membaca berita yang disiarkan oleh Harakah yang mengatakan nama Pak Lah merupakan antara yang terlibat menerima boucer minyak rahsia. Ikuti petikan berikut,

Penglibatan orang yang bernama “Abdullah Badawi” dari Malaysia mula dibangkitkan dalam laporan Charles Duelfer yang mengetuai U.S. Iraq Survey Group.

Laporan itu menyatakan Saddam mengeluarkan baucer rahsia untuk pembelian minyak yang boleh dijual semula bagi mendapatkan keuntungan besar.

Antara pihak yang disenaraikan sebagai penerima baucer itu ialah “Abdullah Badawi” dari Malaysia, tetapi tidak menyatakan adakah beliau juga adalah Perdana Menteri Malaysia dan tidak juga memberikan apa-apa maklumat lanjut mengenai identiti nama yang disebutkan itu.

Jual dua juta tong

Ia juga menyatakan “Abdullah Badawi” telah menerima baucer untuk menjual dua juta tong minyak Iraq melalui syarikat bernama Tradeyear.

Bagaimanapun, Perdana Menteri telahpun dilepaskan dari tuduhan itu.

Pelik dan janggal. Rupanya Pak Lah bukanlah se’bersih’ yang ramai daripada kita sangka. Rupanya, dalam diam, Pak Lah telah lama menjebakkan diri dalam kancah korupsi. Banyak lagi yang kita tak tahu rupanya. Janganlah kita terpengaruh dengan imej Pak Lah yang berlatarbelakangkan pengajian ISLAM dan ber’datuk’kan ulama.

Rujuklah berita penuh di Harakah berkenaan sikap membisu Pak Lah yang jelas menghampakan dan memalukan. Gerampun ada kadang-kadang. Apa nak buat, majoriti rakyat sukakan pemimpin berjiwa rakyat (Ya ke?).

Apapun, anda baca dan nilaikan sendiri. Saya hanya menyampaikan, moga kebenaran terus tersebar.

Wallahualam…

Read Full Post »

Dalam kesibukan berkerja di ofis tanpa kemudahan internet suatu yang membingungkan. Apatah lagi bagi seorang blogger yang menggunakan sumber-sumber dari internet untuk penulisannya. Namun, ALLAH maha ADIL. Setiap yang baik, pasti akan dibukakan-Nya jalan ke arah itu. Soal MUDAH atau PAYAH, itu yang tak menentu.

Antara akhbar online kegemaran saya ialah Utusan kerana konsepnya yang tampak mudah, tapi penuh dengan informasi (walaupun beberapa informasi yang kurang tepat). Dengan menggunakan Offline Explorer, saya dapat mendownload laman berita Utusan untuk dibawa ke ofis dan dibaca pada waktu lapang. Alhamdulillah.

Kembali kepada topik post kali ini, sesuatu yang mungkin ramai sedari, iaitu kemelut perkauman yang sedang berlaku dalam BARISAN NASIONAL. Bermula dengan ucapan Khairy sewaktu merasmikan salah satu persidangan cawangan Pemuda UMNO sampailah sekarang, isu ini masih buntu. Malah Khairy yang biasanya lantang bersuara kini seperti menyorok ketakutan, membiarkan Pemuda UMNO diganyang oleh Pemuda MCA.

Malah, kekeliruan jelas kelihatan antara pemimpin-pemimpin UMNO dan MCA. Si Presiden cakap lain, si Ketua Pemuda lain pula. Malah si pengampu turut tak melepaskan peluang. Sungguh lucu. Apakah ini menandakan era Kejatuhan BN telah bermula?

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pergerakan itu tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak yang menggesa Khairy memohon maaf secara terbuka.

Menurut beliau, Khairy sebelum ini telah menjelaskan bahawa isu tersebut timbul ekoran salah faham beberapa pihak dan ia tidak perlu diperbesarkan sehingga mencetuskan polemik politik yang baru.

“Kenapa perlu desak minta maaf lagi dalam keadaan Khairy kata perkara itu merupakan salah faham. Saya cukup marah… apa ini? Ada yang hendak mengambil kesempatankah?

‘‘Saya ingin tegaskan, Pemuda UMNO tidak bersikap baling batu sembunyi tangan, sebaliknya kita baling batu dan kita tunjuk tangan kita. Kita akan pastikan ia sampai kepada sasaran kita,” tegasnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Selangor, di sini hari ini.

Berita Penuh – Pemuda: Henti beri tekanan kepada Khairy

Dan

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memberi penjelasan mengenai kenyataannya yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata, memandangkan kenyataannya itu telah dipersoalkan, maka Khairy perlu membuat penjelasan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Abdullah yang juga Presiden UMNO menasihati Khairy agar berhati-hati membuat kenyataan selepas ini supaya tidak menyinggung mana-mana pihak.

‘‘Berhati-hati (dalam membuat kenyataan) itu penting dalam sebarang pendekatan, kerana ia akan memberi reaksi dan kesan kepada rakyat,’’ katanya.

Berita Penuh – PM minta Khairy beri penjelasan

Jawapan Khairy,

‘Tidak terlintas sedikit pun dalam pemikiran saya untuk memohon maaf kerana apa yang dilakukan sebelum ini adalah untuk mempertahankan kekuatan parti.

“Saya sudah menjelaskan perkara ini kepada Naib Ketua Pemuda MCA, Datuk Ling Hee Leong tetapi jika diminta oleh ketua, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menjelaskan sekali lagi berkenaan perkara ini, saya sedia lakukan,’’ katanya.

Berita Penuh – ‘Saya tidak akan mohon maaf’

Malah jika dilihat kes Tun yang ingin bersuara dalam Persidangan Agung UMNO, pelbagai pihak dalam UMNO menyuarakan pandangan yang berbeza-beza. Semuanya takut dan gelisah memikirkan kemungkinan jika Tun benar-benar berjaya berucap. Yang pastinya, mereka akan cuba sedaya upaya menyekat Tun daripada bersuara.

Dalam ketika yang sama, terdapat juga cawangan Pemuda UMNO yang masih menghormati Tun. Sebagai contoh, Pemuda Cawangan Petaling Jaya Utara yang tetap dengan keputusan mereka menjemput Tun merasmikan persidangan mereka awal bulan Ogos lalu. Malah, tindakan Pemuda Cawangan Kubang Pasu yang mendesak agar Nazri dipecat ekoran tindakan Nazri yang kurang ajar terhadap Tun membuktikan kepincangan yang sedang berlaku di peringkat ahli bawahan.

UMNO tidak akan mengambil tindakan memecat keahlian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz seperti mana diusulkan oleh mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Kubang Pasu, semalam.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana Nazri telah bertindak membela Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengikut caranya tersendiri.

‘‘Pada pendapat saya tidak ada keperluan untuk ambil apa-apa tindakan terhadap Nazri. Pendapat ini berlaku dalam persidangan Pemuda dan tidak semestinya apabila ia diusulkan tindakan disiplin perlu diambil

‘‘Lagi pun Nazri membela Perdana Menteri kita. Beliau terpaksa berbuat demikian kerana beliau cukup terasa dengan kritikan agak tajam yang dikeluarkan (Tun Dr. Mahathir Mohamad),’’ katanya.

Sementara itu, bagi PAS pula, mereka melihat situasi yang berlaku ini hanyalah sebagai satu sandiwara politik,

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar menggesa Pemuda Umno dan MCA menghentikan sandiwara mereka berhubung dengan kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin di Kedah yang mendakwa kaum lain akan mengambil kesempatan jika Umno lemah, baru-baru ini.

Katanya, pergeseran itu dianggapnya sebagai sandiwara kerana dalam pertemuan Khairy dengan Timbalan Ketua Pemuda MCA, Ling Hee Leong 20 Ogos lepas, Naib Ketua Pemuda Umno itu berjanji beliau tidak akan mengulangi kenyataan tersebut lagi.

Berita Penuh – PAS minta Pemuda Umno-MCA henti sandiwara

Saya begitu tertarik melihat situasi semasa dalam UMNO dan BN ini. Adakah UMNO bakal diharamkan untuk kali KEDUA seperti mana pada tahun 1987? Sama-samalah kita nantikan.

Wallahualam…

Rujuk juga:

  1. Rafidah, Khairy dikritik
  2. Koh to BN leaders: Don’t play racial card
  3. Ong: MCA never exploited Umno weakness
  4. Perpecahan bermula di peringkat ‘pucuk’ – Najib
  5. Hasrat Dr. M luar biasa
  6. UMNO tidak halang Dr. Mahathir jadi perwakilan
  7. Johari nafi sekat Mahathir bertanding

Read Full Post »

Assalamualaikum dan salam sejahtera, bersua kembali setelah menghilang seketika. Alhamdulillah, saya berjaya kembali ke kampus sempena Pesta Konvokesyen hujung minggu lalu. Mengimbau kembali kisah silam bersempena Pesta Konvo, pasti mengundang sebak di jiwa, entah mengapa…


Apapun, penulisan saya kali ini terdetik tatkala dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Secara lebih tepat, ia berlaku di RnR Sungai Buluh. Seusai menunaikan solat Maghrib yang dijama’kan dengan Isyak, saya dihampiri oleh dua kanak-kanak yang menjual Kalendar ISLAM. Mereka menunjukkan surat daripada sebuah Tahfiz Anak-anak Yatim berpusat di Yan, Kedah. Salah seorang daripadanya berumur 11 tahun, yang seorang lagi saya anggap sebaya dengannya.


Rupanya Tahfiz tersebut merupakan antara Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang telah ditarik subsidi oleh Kerajaan di bawah ‘SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL’, dan kini masih diteruskan di bawah Kerajaan ISLAM HADHARI. Saya hanya mampu bersimpati dan menghulurkan sumbangan peribadi yang tak seberapa. Moga ada keberkatannya di situ.


Menyebut tentang SAR, saya teringat kenangan bersama dengan seorang guru besar sebuah SAR di Perak. Beliau menceritakan kepada saya bagaimana ‘sempitnya’ kewangan SAR beliau sejak disekat bantuan kewangan oleh kerajaan. Malah, pada waktu tersebut, SAR beliau telah berhutang sekitar RM15000. Guru-guru di SAR tersebut pula sudah beberapa tidak dibayar gaji kerana ketiadaan wang. Ini menyebabkan guru-guru di SAR tersebut berkurangan.


Terdapat 1001 lagi masalah yang membelenggu sekolah-sekolah agama rakyat yang tak mampu saya huraikan satu persatu. Terlalu banyak. Apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah kesedaran kita; anda, saya, dalam membantu SAR yang merupakan medan untuk melahirkan pemuda pemuda yang celik ISLAM. Sejauh mana kita cuba menghulurkan sumbangan untuk membantu ISLAM?

Satu perkara yang menyedihkan saya ialah apabila adanya suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa ada pihak yang menggunakan kanak-kanak untuk mengaut keuntungan. Malah ada yang menuduh mereka cuba mengambil kesempatan daripada sikap rakyat Malaysia yang terlalu baik hati.


Bagi saya, persoalan sama ada mereka dipergunakan ataupun tidak merupakan soal kedua. Ia persoalan yang tak mampu kita ketemu jawapan. Yang lebih mustahak ialah sejauh mana kita bersedia menghulurkan sumbangan? Janganlah persoalan kedua itu sengaja dijadikan alasan untuk tidak menyumbang. Kita tidak mampu mengetahui apa yang tersirat. Kita hanya mampu menilai apa yang zahir. Dan pastinya, ALLAH menilai NIAT kita, bukan ke mana perginya duit kita.


Tak salah berhati-hati dalam menderma, tetapi janganlah terlalu berhati-hati sampai tidak terderma pula. Apakah anda mampu menghukum sekadar dengan melihat dan menggunakan kaedah ‘stereotyping’. Sidang pembaca, kita takkan rugi walau sesenpun sekiranya kita menghulurkan sumbangan, malah untung yang kita peroleh tidak terhitung banyaknya di akhirat kelak.


Siapa tahu, sumbangan yang anda hulurkan boleh menyumbang kepada kelahiran seorang HAFIZ atau PEJUANG? Tidak begitu? Realitinya, ini bukan sekadar persoalan RM10 untuk satu kalendar ISLAM, tetapi RM10 untuk membantu kemenangan ISLAM. Sama-samalah kita menyucikan hati, buang prasangka negatif daripada menghasut diri. Siapa tahu, mungkin anda mampu merubah nasib Sekolah Agama Rakyat.


Wallahualam…


Read Full Post »

Older Posts »