Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Ogos 2005

Pengakhiran suatu perjuangan? Tajuk bunyi macam hebat. Perjuangan apa? Menyertai Convofair suatu perjuangan? Ataupun suatu pengorbanan? Atau pembaziran? SahabatĀ², untuk berjuang, kita perlukan pengorbanan. Dan hanya orang yang memahami erti perjuangan akan menganggap ini suatu pengorbanan. Bagi mereka yang tidak faham, mereka melihat ini suatu pembaziran.
Berakhirnya Convofair belum bererti perjuangan telah berakhir. Perjalanan masih jauh. Jika hendak diandaikan perjuangan itu sebagai suatu pohon yang merimbun, Convofair hanyalah salah satu daun pada pohon tersebut. Kecilkan? Tetapi itulah realitinya. Justeru itu, kita tidak boleh terlalu gembira dengan berakhirnya Convofair 2005, tetapi kita harus terus bersedia, menanti dan mencari peluang untuk meneruskan perjuangan.
Bersyukurlah sekiranya kita terpilih kerana kita diberi peluang untuk membantu… Malah kita perlu memberikan yang terbaik dan membuktikan kita adalah yang terbaik dan selayaknya berada diposisi tersebut. Jangan kita menjadi fitnah disebabkan memegang posisi tersebut. Faham tak? Kalau kurang faham, jangan malu bertanya. Malu bertanya, sesat jalan nanti… Moga Allah menunjukkan jalan yang lurus buat kita semua. Wallahualam…

Read Full Post »