Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Disember 2005

Hmm… rasanya isu penjualan kembali MV Agusta masih hangat diperkatakan. Proton yang telah membeli MV Agusta dengan harga RM315 juta kira² setahun lalu menjualnya kepada Gevi S.p.A dengan harga hanya RM4.50. Bayangkan betapa murahnya dan betapa beruntungnya Gevi S.p.A kerana mendapat durian runtuh tersebut. Walaupun dikatakan perlu menanggung hutang beku MV Agusta.

Menurut Proton, penjualan MV Agusta, yang disifatkan sebagai penyebab utama pengeluar kereta kebangsaan itu mengalami kerugian, akan membolehkannya melepaskan diri daripada semua hutang dan beban yang ditanggung oleh syarikat Itali itu.

“Gevi akan turut mengambil alih hutang MV Agusta sebanyak 106.9 juta euro (RM481.05 juta) dan keperluan modal kerjanya sebanyak 32.5 juta euro (RM146.25 juta),” kata Proton dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Jurucakap Proton ketika dihubungi menyatakan pihaknya tidak akan memberi kenyataan tambahan selain yang telah dikemukakan kepada Bursa Malaysia.

Proton membayar 70 juta euro bagi memiliki kepentingan ekuiti MV Agusta itu pada 7 Julai 2004. Perjanjian pemegang sahamnya pula dimeterai pada 26 November 2004.

“Kos asal pelaburan bagi saham Agusta ialah 70 juta euro bagi 57.75 peratus saham bersandarkan nilai ekuiti proforma pada tarikh pelaburan sebanyak 121 juta euro (RM544.5 juta) dan nilai perusahaan proforma 281 juta euro (RM1.264 bilion)

Hanya kerana hutang, Proton menjual kembali MV Agusta. Percubaan hanya setahun akhirnya Proton telah berputus asa. Pembaziran wang yang sangat mendukacitakan. Mana kehebatan Penasihat Proton yang suatu ketika dahulu gah?

PUTRAJAYA 28 Dis. – Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan beliau tidak terbabit dengan keputusan Proton Holdings Bhd. menjual syarikat motosikal Itali, MV Agusta Motor S.p.A (MV Agusta).

“Saya tidak dimaklumkan atau ditanya mengenai keputusan Lembaga Pengarah Proton untuk menjual MV Agusta dengan harga RM4.50,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu yang bertanggungjawab membangunkan projek kereta nasional sejak tahun 80-an, berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terbaru Proton.

Seorang penganalisis ketika dihubungi berkata, langkah Proton itu mungkin ada kebaikannya walaupun dari segi pelaburan, prestasi MV Agusta tidak wajar dinilai dalam tempoh kurang setahun selepas pengambilalihannya.

“Mana ada pengambilalihan yang boleh membawa pulangan dalam tempoh 12 bulan sahaja?

“Apa yang jelas ialah sebaik sahaja pengurusan Proton ditukar pada Julai lalu, pengurusan baru dengan pantas melupuskan pemilikannya dalam MV Agusta,” ujarnya.

(Berita penuh – `Saya tidak terbabit keputusan Proton jual MV Agusta’)

Mudahnya melepaskan tangan bila mana berhadapan situasi begini. Dayus sungguh…

Tengku Mahaleel berloyar buruk mempertahankan pembelian yang bodoh ini dengan berkata , dia mahu buat kereta menggunakan nama mv augusta pada premium luxury sedan dan nama cagiva pada sporty hatchback. Lucu sekali. Takkan lah orang beli kereta kerana nama motor. Adakah Mahaleel mahu beli syarikat harley davidson kerana mahu buat kereta harley davidson. Tak masuk akal. tapi bila duit masuk akal semua beres. Itu lah sebenar nya UMNO pengkhianat bangsa. Tak habis habis mengkhianat. Saya menanti, harap harap, Paklah pecat saja Haprak ini dari Petronas. Silap silap , habis syarikat bankrupt di india, cina dan jepun dibelinya. mahathir has become a liablity to our nation not an asset at all.

(Rujuk post – Mahathir tak jual MVA tapi di beli MVA yang bankrupt)

Macam² ragam dunia politik dan ekonomi hari ini. Anda menilainya. Saya pasti anda semua tidak mudah tertipu dengan lakonan pemimpin, bekas pemimpin dan media sebegini. Wallahualam…

Post lain berkaitan Tun Dr. Mahathir

  1. Forum Keamanan Sejagat 2005; Retorik Dr Mahathir?
  2. Tun Dr.Mahathir kembali lantang…

(p/s – penulis akan ‘bercuti’ sehingga 2 Januari 2006. Harap maaf sekiraya blog ini tidak ter’update’)

Read Full Post »

Daripada blog ::Roslan SMS Corner::, beliau berkongsi kisah tentang keinginan kerajaan Pulau Pinang menubuhkan casino di Pulau Jerjak…

Rupa-rupanya salah satu cadangan yang sedang dipertimbangkan kerajaan negeri GERAKAN adalah mendirikan sebuah kasino ataupun pusat perjudian di Pulau Jerjak!

Idea ini menurut laporan dilahirkan oleh bekas Presidennya dan juga bekas KM Pulau Pinang yang dikira Sifu GERAKAN iaitu Tun Lim Chong Eu. Kata Chong Eu membina kasino kelak akan lebih menguntungkan dari berbelanja duit untuk promosi pelancongan semata-mata. Dalam erti kata lain dengan adanya kasino kelak bukan hanya akan menyaksikan peningkatan jumlah pelancong yang hadir malah kerajaan negeri akan memperolehi keuntungan langsung melalui pelbagai jenis cukai yang boleh dikenakan.

Apa agaknya pandangan masyarakat Islam Pulau Pinang?

Menurut ADUN Pantai Jerjak Wong Mun Hoe (BN:Gerakan), dengan pembinaan kasino ini bukan bermakna kita menggalakkan perjudian tetapi berhasrat menarik para pelancong untuk datang.

Yang kita tahu kasino itu adalah pusat perjudian, maka membinanya bermakna merestui perjudianlah, merestui perjudian dengan maksud meraih keuntungan dan menggalakkan kehadiran pelancong bermakna menggalakkan perjudian. Wong tak perlulah berdolak-dalik dalam hal ini, kalau kerajaan negeri membina kasino maka secara langsung kerajaan negeri menggalakkan perjudian FULLSTOP.

(Post penuh di ::Roslan SMS Corner::)

Hmm, ke mana hilangnya Pak Lah yang sibuk mempromosikan ISLAM HADHARI? Atau memang ini salah satu strategi HADHARI (ketamadunan) dalam perspektif Pak Lah? Penubuhan kasino sudah pasti akan mengundang peningkatann kes gejala sosial dan masalah jenayah di Pulau Jerjak, bekas tempat penahanan banduan berkesalahan berat. Apa komen anda? Sama-samalah kita berdoa moga ALLAH memberi hidayah kepada pemimpin kita yang tersayang. Wallahualam…

Rujuk juga

  1. Future of Jerejak uncertain
  2. Restricted casino worth a gamble, says assemblyman

Post lain berkaitan Kerajaan

  1. Abdullah Ahmad Badawi atau Presiden Mahmoud Ahmadinejad?
  2. Isu Ketuk Ketampi Bogel; Kera di Hutan Disusukan, Anak di Rumah Mati Kelaparan
  3. Banjir; Politik Kepartian yang Bodoh!
  4. Kerajaan Pusat; Antara Amanah & Politik
  5. Pesta Seks di Pantai Cenang?

Read Full Post »

Melihatkan tajuk post ini, saya tidak berniat untuk memburuk atau menghina mana-mana pihak, cuma saya ingin membela maruah Allahyarham Muhammad Abdullah yang saya kira telah dihina oleh banyak pihak. Ini kerana tiadanya pihak yang ingin merungkai persoalan yang bermain di minda orang ramai, iaitu, adakah Allahyarham benar-benar mengamalkan ISLAM? Rujuk ceraian artikel berikut:

KUALA LUMPUR: Bagi mempertingkatkan imannya, Allahyarham Muhammad Abdullah, 36, atau nama asalnya, M Moorthy pernah memesan beberapa buku agama pada wartawan lokasi Panorama (RTM), Wan Anitabanun Salleh, 33.

Hasrat Allahyarham baru dapat ditunaikan Wan Anita pada Ramadan lalu sewaktu beliau mengunjunginya di Desa Hussein Onn, Setiawangsa.

Bagaimanapun, buku agama pemberian Wan Anita itu tidak memuaskan hati Allahyarham.

Ketika dihubungi, Wan Anita berkata, Allahyarham mahukan pengetahuan berkaitan Islam yang lebih menyeluruh kerana buku agama yang dibawanya itu hanya menjurus pada asas pendidikan Islam, terutama berkaitan mendirikan solat.

“Allahyarham beritahu saya dia sudah tahu mengenai solat. Malah Allahyarham biasa bersolat secara baring, jadi buat apalah mahu diberikan buku cara mendirikan solat lagi. Barangkali menyedari usianya yang singkat itu, Allahyarham mahukan buku agama dengan skop yang lebih luas. Dalam erti kata Allahyarham mahu tahu Islam secara menyeluruh,” katanya.

“Saya kagum kerana ada beberapa ayat dan hadis sudah dihafalnya. Malah jika diajak bercerita perihal Rasulullah, Allahyarham seronok dan isi ceritanya seolah-olah Allahyarham sudah mengkaji Rasulullah sekian lama,” katanya.

(Berita Penuh – Edisi Nasional: Solat sambil baring)

Juga ulasan daripada ::Roslan SMS Corner::

Kita sukar untuk mengetahui kerana isu ini berkemungkinan tidak akan dibongkarkan. Semasa di mahkamah saya berkesempatan menemui pegawai JAWI yang terlibat dalam merekodkan pengislaman Allahyarham. Dia mengakui Allahyarham menerima Islam dengan kerelaan hatinya. Dia mengaku berpuas hati dengan sikap dan pendrian Allahyarham khasnya berhubung dengan penerimaan Islam beliau.

Dan saya juga mendengar cerita dari seorang sahabat di mahkamah bahawa pernah seorang anak saudaranya melihat dan mendengar Allahyarham berzikir dengan memegang tasbih ditangan semasa hayatnya.

Sudah pasti dengan kenyataan Wan Anitabanun ini berbagai tanda tanya dan persoalan akan timbul terhadap kesahihan affidavit Kaliammal itu? Siapakah yang telah berbohong? Siapakah yang memiliki niat jahat dalam hal ini?

Nah! Bukankah sudah terjawab bahawa Allahyarham ADA MENGAMALKAN ISLAM. Mengapa perlu dipertikai keISLAMan seseorang yang telah ‘pergi’? Sewajarnya kerajaan atau mahkamah tidak membenarkan mana-mana pihak mempertikaikan keISLAMan seseorang, kerana hanya ALLAH yang tahu di mana letaknya iman kita. Sekadar pendapat, tak wajib betul, harus salah. Wallahualam…

Post lain berkaitan Allahyarham Muhammad Bin Abdullah

  1. Undang² Manusia Vs Undang² Islam; Mana yang Utama?
  2. Kes Jenazah Koperal M.Moorthy; Debaran Kian Terasa…
  3. Kes Jenazah Koperal M.Moorthy; Alhamdulillah!


Read Full Post »

Alhamdulillah, debaran yang kian terasa terjawab akhirnya…

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Hrkh)-Mahkamah Tinggi (Rayuan Khas) memutuskan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah terhadap kes Mohamad Abdullah (M Moorthy) tidak boleh dipertikaikan dan hendaklah dipatuhi.

Sehubungan itu, jenazah pendaki Everest itu akan dikebumikan segera sebagai orang Islam.

Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Mohd Raus Sharif yang membaca keputusan sebentar tadi menyatakan, Mahkamah Tinggi tidak boleh campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi Syariah berdasarkan kepada Perkara 121A (Perlembagaan Persekutuan).

“Hanya Mahkamah Tinggi Syariah yang ada kuasa untuk menentukan simati terkeluar dari Islam atau tidak,” katanya ketika membuat hujah penghakiman.

Dalam keputusan itu Mohd Raus menyatakan pihak Mahkamah Tinggi hanya meluluskan satu permohonan iaitu dalam perkara pertama permohonan keluarga simati, balu (Kaliammal) adalah sah sebagai seorang isteri kepada simati.

Sementara tuntutan menghalang mana-mana pihak menuntut mayat simati untuk dikebumikan secara Islam ditolak.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) diwakil peguam persekutuan, Fakhroul Azman Abu Hassan dan Hassan Abdul Rahman, sementara balu Allahyarham Mohammad, Kaliammal Sinnasamy diwakili peguam, M.Manokaran dan S.Sivanesan.

Begitupun, peguam yang mewakili Kaliammal, M.Manokaran dan S.Sivanesan menyatakan akan membuat satu lagi rayuan kepada Mahkamah Rayuan bagi menyemak semula perintah Mahkamah Tinggi Syariah.

Rayuan itu akan difailkan di Mahkamah Rayuan Putrajaya petang ini, kata Manokaran.

Pengerusi Institut Pengembelengan dan Pembagunan Komuniti (Impak), Haji Mahfuz Omar yang hadir dalam perbicaraan itu berkata pihaknya bersyukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun beliau mempertikaikan ruang yang diberi untuk pihak pemohon membuat rayuan di Mahkamah Rayuan yang akan menjejaskan kredibiliti Mahkamah Tinggi Syariah.

Seharusnya dalam kes ini semua pihak patuh kepada keputusan yang dibuat berdasarkan Poerkara 121A (Perlembagaan Persekutuan).

“Meskipun pihak Maiwp kini boleh mengkebumikan jenazah, tetapi jika rayuan pihak pemohon diterima Mahkamah Rayuan, maknanya kubur akan digali semula.Ini merumitkan keadaan,” katanya.

Suasana tegang ketika mahkamah mengumumkan keputusan tersebut.Malah ketika Kaliammal dibawa keluar dari mahkamah, wartawan tidak dibenarkan untuk mendekati beliau.

Bagaimanapun suara berbentuk provokasi atau perkauman sedikitpun tidak kedengaran.

Semoga ISLAM terus dijunjung… Allahuakbar!!!

Read Full Post »

Masih ingat tentang kes rebutan jenazah Koperal M. Moorthy? Jika anda sudah lupa, rujuk kembali akhbar bertarikh 21/12/2005, berita bertajuk Kecoh tuntut mayat pendaki Everest. Dalam kes tersebut, Mahkamah Tinggi Syariah telah memutuskan supaya JAWI mengebumikan jenazah tersebut dengan cara ISLAM. Walau bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Sivil telah membatalkan arahan Mahkamah Syariah tersebut (rujuk Undang² Manusia Vs Undang² Islam; Mana yang Utama?)

Kes tersebut telah disebut di Mahkamah Rayuan Sivil pagi tadi, jam 9.00 pagi. Ikuti petikan artikel dari blog ::Roslan SMS Corner::

Sukar dipercayai bahawa antara yang berhujah agar mayat ini diserahkan kepada keluarga Allahyarham yang masih beragama Hindu itu adalah Peguam Haris Ibrahim yang mewakili Majlis Peguam (seorang Muslim berhujah untuk memenangkan pihak bukan Islam!)

Setelah dengan sabar mendengar hujah semua pihak, Hakim Mohd Rauf Shariff telah menangguhkan perbicaraan dan memaklumkan akan memutuskan kes ini esok jam 10 pagi.

Dalam perbicaraan tadi pihak JAWI telah mengemukakan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah KL yang telah memberi kuasa kepada JAWI untuk mengkebumikan Allahyarham menurut hukum dan peraturan Islam setelah mengesahkan yang Allahyarham telah memeluk agama Islam menurut proses yang ditetapkan.

Pihak peguam pemohon berkali-kali berhujah bahawa pihak JAWI tidak mengemukakan bukti pengislaman Allahyarham yang sebenarnya menurut pandangan para peguam yang sempat saya temui, tidak diperlukan di mahkamah ini memandangkan segala dokumen dan bukti telah pun diserahkan semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah tempoh hari.

(Artikel penuh – Kes Allahyarham Kopral Mohammad Abdullah aka Moorthy Di Mahkamah Rayuan Sivil pagi tadi)

Keputusan akan dikeluarkan oleh Mahkamah pada jam 10.00 pagi esok. Sama-samalah kita berdoa agar ISLAM terus tertegak di bumi HADHARI ini. Wallahualam…

Read Full Post »

Tempoh hari, kita dikejutkan dengan bendera Israel yang dikibarkan di hadapan bangunan UMNO di PWTC (rujuk UMNO-Israel; Pakatan atau Kebetulan?). Kali ini kita dikejutkan dengan pendedahan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali tentang perlantikan konsultan asing yang didakwanya pernah berkhidmat dengan jabatan perisikan Israel.

Beliau mendakwa mempunyai dokumen bagi membuktikan kebenaran dakwaannya mengenai perlantikan konsultan tersebut berkhidmat di bahagian Teknologi Maklumat (IT) syarikat penerbangan negara itu.

Di samping itu, beliau mendakwa, MAS juga melantik dua lagi konsultan rakyat asing and dua lagi arkitek sedangkan IBM telah dilantik untuk mengendalikan penyumberan luar bagi pihak MAS.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Azmin berkata, berdasarkan dokumen tersebut, pada 5 September lalu, MAS juta telah melantik seorang konsultan wanita rakyat Australia, juga di bahagian IT dengan gaji konsultan RM4,400 sehari ataupun RM96,800 sebulan atau kira-kira RM1.16 juta setahun.

Penyumberan luar

Di samping itu, katanya, MAS juga melantik seorang lagi konsultan IT rakyat Singapura dengan bayaran gaji konsultan RM825,000 setahun ataupun 68,000 sebulan.

Selain itu, beliau juga mendakwa, MAS telah melantik seorang pengurus arkitek dengan gaji RM180,000 setahun dan seorang arkitek enterprise, dengan gaji RM204,000 setahun.

Pada masa yang sama, MAS juga membayar RM298,202 kepada sebuah agensi pekerjaan mencari pekerja untuk mendapatkan perkhidmat ketiga-tiga pegawai berkenaan.

Azmin juga mendakwa, MAS telah membayar RM8.730 juta bagi kos penyumberan luar (outsourcing) sejak 2004 hingga September 2005.

Hmm… Tak hairanlah sekiranya MAS akan terus mengekalkan prestasi kerugian yang membanggakan. Apapun, kita beri peluang pada Idris Jala untuk menjadi ‘Tony Fernandez, the Second’. Teringin untuk bekerja dengan MAS, boleh cepat kaya. Hehehe… Wallahualam….

(Rujuk artikel asal, Azmin dakwa bekas pegawai perisikan Israel berkhidmat di MAS)

Read Full Post »

Sambungan daripada Kisah Zainab Al-Ghazali… (Rujuk juga Bahagian 1, Bahagian 2 dan Bahagian 3)

Saya dimasukkan ke dalam sel kurungan, kuasa letrik dinyalakan dengan kuat, sebagai satu bentuk penyeksaan. Bilik itu dipenuhi anjing-anjing, anjing-anjing yang saya tidak tahu herapa banyak bilangannya. Anjing-anjing itu dilepaskan kepada saya… saya memejamkan mata dan meletakkan dua tangan saya ke dada saya, kerana saya gerun melihat anjing-anjing ganas lagi lapar itu. Saya dengar pintu ditutup dengan rantai dan dikunci. Saya merasai seluruh tubuh saya dikerumuni dan digigit oleh anjing itu. Saya membuka mata dan kemudian memejamkan mata saya, kerana penyeksaan yang amat sangat. Ketika itu saya berdoa kepada Allah S.W.T dalam hati saya… dan anjing-anjing itu terus menggigit dan menggigit, merobak-rabikkan dan memanjat-manjat seluruh tubuh saya — itulah yang saya rasai. Saya berdoa “Ya Allah!!! tetapkanlah hati ini dan palingkanlah hati dari yang lain Ya Allah, agar hati ini melupakan penyeksaan ini. Ya Allah!!”

Kemudian saya dengar pintu dibuka orang, dan saya dibawa keluar. Saya menyangka pakaian saya yang putih bersih ini berlumuran darah… itulah yang saya rasai dan sangkakan. Alangkah terkejutnya saya, tiada apa apa kesan, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Saya tahu bahawa Allah S.W.T bersama-sama dengan saya…Maha suci Engkaulah Wahai Tuhan ku.

Beliau mengeluh dan merasai ni’mat kurniaan Allah yang tinggi serta kemurahan Allah S.W.T kepadanya dan pemeliharaan Allah kepadanya.

Zainab Al Ghazali menceritakan; syaitan yang memegang tangan saya bertanya kepada saya: Bagaimana anjing-anjing itu tidak merubak rabikkan daging engkau. Bagaimana anjing itu tidak menggigit engkau!!! Ada dua orang syaitan ketika itu, masing-masing memegang belantan di tangan mereka.

Waktu itu hari hampir ‘Isyak… kerana bayang-bayang dari luar kelihatan kemerah-merahan. Saya dibiarkan bersama anjing-anjing itu selama tiga jam. Inilah satu bentuk penyeksaan yang saya rasai… Saya berserah bulat kepada Allah S.W.T kerana lebih berkuasa dari segala-galanya. Kemudian peningkatan penyeksaan pun diteruskan. Satu ketika saya direndam dalam air sejuk, pada hal ketika itu musim sejuk… dilepaskan pula udara sejuk.

Beliau menyatakan, satu ketika ia melihat surat arahan tulisan tangan Jamal Abdel Nasser (la’natullah ‘alaih) kepada pegawai penjara yang memerintahkan supaya Zainab Al-Ghazali diseksa lebih dari seksaan terhadap lelaki.

Demikianlah! segala macam penyeksaan mereka lakukan. Bermula dengan gigitan anjing-anjing, ke dalam sel yang berisi air dan udara sejuk… dan macam-macam lagi penyeksaan… dengan segala sepak terajang dan pukulan-pukulan cota… menyebabkan Zainab Al-Ghazali terpaksa dirawat di hospital beberapa kali.

Beliau mengesahkan, satu hari pengawal penjara yang ditugaskan untuk memukulnya, tidak mahu memukulnya. Ia berkata “Duhai Makcik ku (Ya Khali), tidak sanggup saya memukulmu, tidak ada sebab mengapa harus saya memukul mu, Ya Khali”. Rupa-rupanya ketika itu, ketua penjara mengintai perbualan mereka, ia menyeret keluar dan memaki hamun pemuda itu. Pada esok harinya, ketua penjara memberitahu kepada Zainab Al-Ghazali, pemuda itu ditembak mati.

Pegawai penyeksa-penyeksa di penjara terkejut kehairanan bagaimanakah keseksaan yang amat berat itu sanggup ditanggung oleh wanita… yang lebih berat penyeksaan yang ditanggung oleh lelaki… dan tidak sanggup ditanggung oleh sebarangan lelaki. Iman seorang wanita yang kebal dan kental, lebih kuat dari bubur — Muhathah. Mereka amat takjub dan mereka mengatakan, ini adalah suatu perkara yang luar biasa. Salah seorang dari mereka datang berjumpa dengan Zainab Al-Ghazali. Ia bertaubat dan meminta Zainab untuk mengajarnya Islam dan bagaimanakah hendak mendirikan Solat. Ini menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja dilatih keganasan fizikalnya, malah dilatih dengan fahaman mereka.

Oleh kerana itu ada di antara mereka berkata kepada Zainab Al- Ghazali: Kamu sering berkata tentang Neraka Jahanam. Sekarang kamu berada dalam neraka Jamal Abdul Nasser. Mintalah keampunan dari Nasser atau Engkau terima syarat-syarat yang ditawarkan olehnya. Ketika Zainab berkata: Allah…Allah…., salah seorang dari mereka berkata: Seandainya kami nampak Allah yang kamu sebut itu, kami akan tangkap ia dan penjarakan bersama-sama kamu. Inilah kekufuran yang berlaku. Inilah yang menyebabkan mereka takut dan gentar kepada gerakan Islam.

Kemudian beliau dibicarakan dalam mahkamah pura-pura, beliau dipenjara seumur hidup. la dipenjara bersama-sama dengan Hamidah Qutb, bersama-sama seorang wanita yang sarat mengandung. Pada hari-hari awal di dalam kem tahanan tentera, mereka dihidangkan dengan roti kering yang disapu dengan najis. Mereka menahan kelaparan yang amat sangat. Mereka ditempatkan di tempat yang busuk lagi kotor. Mereka menjenguk keluar, manalah ada kiranya sisa-sisa makanan, ada pengawal penjara yang baik sedikit mencampakkan kulit-kulit pisang ke dalam sel kurungan, mereka ambil dan makan kulit-kulit pisang itu, mereka tidak sanggup memakan roti yang disapu dengan najis.

Zainab Al-Ghazali dipenjara di sebuah kem tahanan tentera yang terletak di pinggir kota Kaherah. Beliau melihat wanita-wanita yang telah rosak akhlaknya, mereka rosak kerana dadah dan arak, mereka telah kehilangan kehormatan mereka, akibat dari proses pembaratan yang dilakukan oleh rejim sosialis. Zainab Al-Ghazali dan saudara-saudaranya itu diberi layanan yang buruk, berbeda sama sekali layanan yang diberikan kepada wanita-wanita Yahudi yang ditangkap kerana kegiatannya sebagai “spy” adalah lebih baik daripada layanan yang diterima oleh Zainab Al-Ghazali, Hamidah Qutb dan saudara-saudara mereka yang lain.

Sehingga beberapa lama beliau ditahan, di satu pagi sekitar tahun 1973, beliau dipanggil dan ditunjukkan surat pembebasan. Betapa berat kakinya untuk meninggalkan saudaranya Hamidah Qutb, tapi apakan daya semuanya diserahkan kepada ALlah S.W.T, kerana Allah S.W.T lebih berkuasa dari segala-segalanya. Tidak lama kemudian Hamidah pun dibebaskan. Menurutnya, satu perkara yang menguatkan beliau sanggup menanggung penyeksaan, kerana beliau sering berjumpa Rasulullah S.A.W dalam mimpinya. Oleh itu beliau yakin bahawa perjuangannya adalah benar dan jalan yang ditempohinya adalah benar. Rasulullah S.A.W bersabda “Syaitan diharamkan menyerupai ku”. Oleh itu ia bermimpi berjumpa Rasulullah S.A.W adalah satu perkara yang benar.

Demikianlah kisah Zainab Al-Ghazali, yang kini masih hidup, dan terus menjalankan tugas-tugas yang berat ini bersama-sama Mujahid-Mujahid yang lain untuk mengembalikan umat manusia dan alam ini kepada Islam.

Berikutan dengan penangkapan beramai-ramai sahabat kita Ikhwan Muslimin oleh rejim Mendiang Anwar Sadat dan diteruskan oleh rejim Husni Mubarak (Zainab Al Ghazali) turut juga ditangkap, tapi kali ini ia hanya ditahan di rumah sahaja kerana dengan alasan sudah uzur. Semoga Allah S.W.T memelihara mereka.

Sekian sahaja kisah serikandi, mujahidah sejati, Zainab Al-Ghazali… Insya-Allah dalam penulisan akan datang, saya akan sertakan cetusan hati penulis asal kisah tersebut. Terima kasih kerana sabar menanti hingga kesudahan kisah. Harap dapat dijadikan pedoman pembakar semangat juang. Wallahualam…

Read Full Post »

Older Posts »