Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Julai 2006


Konflik terbaru menyaksikan Israel semakin ganas menyerang Lebanon. Pelbagai kemudahan awam diserang, jalan raya dibom, malah stesen janakuasa turut diletupkan. Hizbullah turut menyerang balas dengan meletupkan sebuah kapal perang Israel. Berita terkin daripada Yahoo! News dipetik sebagai berikut,

BEIRUT, Lebanon – Hezbollah rammed an Israeli warship with an unmanned aircraft rigged with explosives Friday, setting it ablaze after Israeli warplanes smashed Lebanon’s links to the world one by one and destroyed the headquarters of the Islamic guerrilla group’s leader.

The attack on the warship off Beirut’s Mediterranean coast was the most dramatic incident on a violent day in the conflict that erupted suddenly Wednesday and appeared to be careening out of control despite pleas from world leaders for restraint on both sides.

“You wanted an open war and we are ready for an open war,” Hezbollah leader Sheik Hassan Nasrallah said in a taped statement. He vowed to strike even deeper into Israel with rockets.

Dan lebih mengagumkan, dalam menghadapi tekanan Yahudi laknatullah, inilah kata² seorang penduduk Lebanon,

“If they kill us all, we will still not give them back the prisoners,” said one resident, Nasser Ali Nasser, as palls of smoke rose from fuel depots hit farther south. “We have nothing left to lose except our dignity. We sacrifice ourselves for Sheik Nasrallah,” he said.

dan

“We are on the right and we shall avenge every attack we endure,” said Fadi Haidar, an American-Lebanese who swept up the shattered glass outside his store in south Beirut. “I have huge debts and now my store is damaged. … But as time goes by, they will all realize that Sayyed Nasrallah is right and is working in the interest of Muslims.”

Namun apa yang mengjengkelkan adalah kata² Bush,

President Bush, who has backed Israel’s right to defend itself, spoke by phone with Lebanese Prime Minister Fuad Saniora from a G-8 summit in Russia and “reiterated his position” that the Israeli attacks should limit any impact on civilians, White House spokesman Tony Snow said.

But the promise fell short of the Lebanese leader’s request for pressure for a cease-fire.

Bush hanya meminta Israel mengurangkan kesan ke atas orang awam, bukannya menghentikan. Bush jelas menampakkan sikapnya yang berat sebelah dalam menangani keganasan.

Berita penuh dipetik daripada – Hezbollah drone batters Israeli warship

Bercakap mengenai kecanggihan peralatan perang Hizbullah, saya boleh katakan mereka jauh mendahului melengkapan perang Malaysia,

On Friday, however, a Hezbollah drone loaded with explosives slammed into an Israeli navy vessel off Lebanon, causing severe damage and leaving it burning as it turned and cruised homeward, Israeli officials reported. The Arab television channel al-Jazeera said four sailors were missing after the attack.

After Hezbollah’s first use of a drone in 2004, its leader, Sheik Hassan Nasrallah, warned that the pilotless aircraft were capable of carrying explosives and striking deep into Israel. On Friday, Nasrallah went on the air again, telling listeners the damaged ship could be seen off Beirut. “Look at it burning,” he said.

Itu berita di Lebanon, di Palestin, pejuang HAMAS telah membuka laluan antara Gaza dan Mesir dagi membantu rakyat Palestin menyelamatkan diri. Ini petikan beritanya,

RAFAH, Gaza Strip – Palestinian militants forced open a border gate Friday between Egypt and Gaza, letting hundreds of people pour across despite warning shots from Israeli helicopter gunships.

At least 600 people — mostly students and patients trapped at the border in the weeks the Rafah crossing was closed — passed freely over the frontier. Six Palestinian militants stood by, periodically firing in the air, witnesses and Palestinian security said.

Dan US, sekali lagi cuba mengabui mata dunia dengan menghulurkan sumbangan $50 Juta untuk bantuan kepada pelarian Palestin. Rakyat Palestin, saya pasti, tidak pernah mengharapkan sedikitpun bantuan kewangan daripada US yang jelas dari dahulu lagi, ibarat talam dua muka. Memberi bantuan kewangan, namun dalam masa yang sama, memberi sokongan kepada Israel. Mereka seperti memperbodohkan diri mereka sendiri.

Berita penuh boleh dibaca di Militants open border between Egypt, Gaza

Dan dalam situasi yang semakin genting, Israel, tanpa segan silu memohon bantuan daripada US untuk bekalan minyak jet rejimnya, atas alahan, menjaga keamanan dan keselamatan wilayahnya. Dan Pentagon turut menyokong permintaan tersebut. Kongres US mempunyai masa 30 hari untuk membantalkan tuntutan tersebut, sekiranya tidak, ia akan terus diluluskan. Rujuk Israel asks to buy US jet fuel for military aircraft.

Dalam berita terkini, Lebanon yang meminta Majlis Keselamatan mengadakan sidang gempar kecewa selepas perdebatan hebat menyaksikan wakil US menyalahkan Iran dan Syria kerana menyokong Hizbullah dan Hamas selama ini. Malah wakil US juga enggan membenar Israel diberi amaran apatah lagi arahan untuk berundur.

“Syria and Iran must be held to account for supporting regional terrorism and their role in the current crisis,” Bolton said, condemning both countries for aiding and protecting militant groups like Hezbollah and the armed wing of Hamas.

“All militias in Lebanon, including Hezbollah, must disarm and disband immediately,” he said.

Lebih menyedihkan, wakil daripada Syria tidak dijemput sekali walaupun isu yang diperbincangkan melibatkan negaranya. Apa yang mampu dibuat oleh PBB hanyalah menghantar misi khas melibatkan tiga wakil ke Israel, Palestin, Lebanon dan Syria untuk bantu mengamankan suasana. Rujuk UN Security Council offers no action on Lebanon call for ceasefire.

Dalam situasi cemas ini, Hizbullah tetap yakin dengan pertolongan ALLAH, malah mereka menjanjikan kemenangan kepada Lebanon dan juga kemusnahan lebih dasyat ke atas Israel,

The Hezbollah leader also repeated a threat to hit the Israeli coastal city of Haifa and other towns farther south. “To Haifa? Believe me, beyond and beyond Haifa.”

“Our homes will not be the only ones to be destroyed, our children will not be the only ones to die. … Those days are over, I promise you.

“You (Israelis) must take responsibility for what your government has done,” he added. “You will soon discover how stupid and foolish your new government is.”

Nasrallah called on the Lebanese people to be patient and steadfast.

“I promise you a new victory, just as I always have,” he said.

Sidang pembaca sekalian, sekali lagi, marilah bersama bersatu mendoakan kemenangan ISLAM. Ikutilah berita² terkini daripada media antarabangsa yang dikemaskini hampir setiap jam. Jangan diharapkan siaran berita Malaysia yang lebih cenderung ke arah berita sensasi melibatkan artis semata-mata.

Lihatlah ketabahan penduduk Palestin, renungi kecekalan penduduk Lebanon. Walau diasak dengan keganasan berterusan, mereka tetap teguh mempertahankan kedaulatan ISLAM. Jika hendak dibandingkan kita dengan mereka, ibarat langit dengan bumi. Kita yang belum diuji dengan tekanan dan keganasanpun sudah ada yang mengaku kalah. Malu tapi inilah realiti…

Semoga ISLAM terus menang. Takbir!!!

Wallahualam

P/s – Maaf andainya terdapat silap ejaan mahupun format yang sedikit bercelaru, artikel ini ditulis secepat mungkin agar dapat disebarkan buat pengetahuan umat ISLAM yang lain. Sama-samalah membantu menyebarkan info buat sahabat yang lain.

Advertisements

Read Full Post »

Israel kembali mengganas buat ke sekian kalinya. Cuma kali ini sedikit berbeza. Jika dahulu, keganasan rejim tersebut hanya sekali sekala dan tidaklah melibatkan sebegitu banyak tentera. Kali ini, rejin terlaknat tersebut melakukan kekejaman diluar batas² kemanusiaan, dan seperti biasa, dengan sokongan dan perlindungan kerajaan rejim US pimpinan Bush laknatullah. Malah Bush dengan mudahnya mengatakan Israel terpaksa berbuat demikian atas sebab mempertahankan negara mereka.

Malah US sekali lagi menggunakan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan PBB untuk menafikan kehendak PBB supaya Israel berundur dari Gaza

Ten of the council’s 15 member-nations voted in favor of the resolution, while the United States cast the sole “no” vote. Four countries abstained — Britain, Denmark, Peru and Slovakia.

About 30 of the 81 U.S. vetoes cast over nearly 61 years of U.N. history have been linked to the Israeli-Palestinian conflict.

Israel and the United States, its closest ally, had lobbied hard to defeat the Gaza measure in hopes of avoiding a veto. But in the end, the draft attracted more than enough votes for adoption, prompting Bolton to kill it.

Petikan penuh – US vetoes UN demand that Israel leave Gaza

Dan saya yakin kebanyakan daripada kita sudah menjangkakan tindakan berat sebelah US.

Tetapi apa yang amat memelikkan ialah kehilangan Pengerusi OIC, merangkap Pengerusi NAM walaupun ketika mana dua negara umat ISLAM sedang diserang dengan hebatnya oleh Israel. Malah pengasas ajaran sesat ISLAM HADHARI tersebut masih boleh bergembira melancong di Australia bersama keluarganya. Apakah tidak ada terdetik dihatinya untuk menggambil inisiatif menolong Palestin dan Syria yang diancam bahaya?

Saya sebagai rakyat Malaysia, rakyat negara yang di’Perdana Menteri’kan oleh Pengerusi OIC berasa teramatlah malu dan dukacita kerana mempunyai seorang pemimpin haprak yang tidak berhati perut lagi jahil mengenai tanggungjawab dan amanahnya. Saya pasti ramai antara kita, termasuk pemimpin dunia ternanti²kan kenyataan dan arahan daripadanya. Namun cukup menghampakan…

Oleh itu, tidak menghairankanlah sekiranya Mahathir amat kecewa dengan Pak Lah. Saya sendiri merasakan Pak Lah merupakan pemimpin paling jahil dan tidak langsung menampakkan ciri² kepemimpinan. Pak Lah tidak mempunyai ilmu dari segi kepemimpinan mahupun kewangan, lalu jadilah kerajaan pimpinannya ibarat kerajaan boneka si Khairy, yang bijak mempergunakan bapak mertuanya.

Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, kita masih mempunyai pemimpin seperti Ahmedinejad, Presiden Iran yang bangkit mempertahankan maruah umat ISLAM. Beliau bukan sahaja mengugut Israel, malah beliau juga mengesa OIC cepat mengambil langkah mempertahankan ISLAM. Tidak seperti kerajaan Malaysia yang kononnya hebat mengamalkan ISLAM. Apa yang mampu dikatakan oleh Hamid Albar hanyalah, “Kita menyeru negara² kuasa besar untuk menyelesaikan krisis di Timur Tengah”. Kalau sekadar menyeru tanpa disahut, serupalah dengan berdiam diri sahaja.

Iran’s president warned Israel against extending its offensive in Lebanon to neighboring Syria, saying such a move would be regarded as an attack on the whole Islamic world and be met with a “crushing response,” the official Iranian news agency said Friday.

Petikan penuh – Iranian president warns Israel about Syria

dan juga,

“If the Zionist regime commits another stupid move and attacks Syria, this will be considered like attacking the whole Islamic world and this regime will receive a very fierce response,” Ahmadinejad was quoted as saying in a telephone conversation with Syrian President Bashar al-Assad.

The president made the comments after Israel struck Beirut airport and military airbases and blockaded Lebanese ports in reprisals that have killed 55 civilians in Lebanon since Hizbollah guerrillas captured two Israeli soldiers a day earlier. “

He (Ahmadinejad) also said it was a must for the Organization of the Islamic Conference to become more active regarding the new crisis created by the Zionist regime,” state television reported.

Petikan penuh – Iran warns Israel not to attack Syria

Pada masa beginilah seharusnya umat ISLAM bersatu suara, bersatu hati, bersama menyuarakan bantahan dan membantu SAUDARA SEISLAM kita di Palestin. Mereka tidak meminta kita untuk pergi berjihad bersama mereka di sana. Mereka hanya meminta agar kita mendoakan agar ISLAM terus menang, agar mereka mampu bertahan. Adakah itupun begitu berat?

Saya juga begitu kecewa dengan kelembapan dan kejahilan media arus perdana di Malaysia yang seolah² tidak peka dengan situasi yang berlaku di Timur Tengah, di negara² umat ISLAM yang memerlukan perhatian dan bantuan. Malah jika dilihat, Buletin Utama lebih lama menyiarkan kes Mahathir Vs Pak Lah daripada menyiarkan kes Israel menyerang Syria dan Palestin. Apakah yang telah berlaku kepada media² di Malaysia?

Malah saya terpaksa melayari berita² daripada Yahoo! News dan Google News untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai konflik di Timur Tengah. Bukankah ini sangat memalukan? Media yang dikuasai oleh Non-MUSLIM lebih sensitif daripada media yang dikuasai oleh mereka yang kononnya ISLAM (Tidak bermakna mereka tidak ISLAM, cuma sukar dibezakan ISLAM atau KAFIR).

Sesuatu yang menarik untuk difikirkan, adakah kerana Media Prima sekarang mempunyai kontrak dengan UMNO maka beritanya seperti berita UMNO? Media Prima memegang empat stesen TV iaitu TV3, NTV7, TV8 dan TV9. Bukankah ini bermakna semua stesen TV telah dikuasai UMNO? RTM1 dan RTM2 sudah pasti terus haprak kerana jelas dibawah Projek Kerajaan Barisan Nasional. Maka, dimanakah kebebasan media dapat didengari dan ditonjolkan? Pelik bin ajaib. Namun inilah realitinya suasana di Malaysia. Semua saluran TV dimiliki satu pihak. Tidak ada ‘check and balance’.

Saya juga cukup kecewa dengan masjid-masjid yang khutbah Jumaatnya mampu membuatkan yang hadir lentok belaka. Makmum yang hadir ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Tatkala umat ISLAM di Palestin dan Syria diserang hebat, khutbah Jumaat masih berkisar tentang FAEDAH MEMBACA. Lawak tapi benar. Mungkin benar kata² beberapa orang Ustaz iaitu Jabatan Agama zaman sekarang semuanya sesat.

Lebih memeranjatkan saya, seorang MUALLAF juga mengatakan Jabatan Agama Islam di Malaysia berbahaya. Orang yang baru memeluk ISLAM mampu membezakan yang HALAL dan HARAM. Yang HAK dan yang BATIL. Tapi mereka yang menerajui Jabatan² ini sesetengahnya lebih teruk daripada mereka yang baru mengenal ISLAM. Cukup memalukan…

Maaf andainya penulisan saya ini agak keras lagi pedas. Hati ini terlalu lama merentih. Menitis air mata melihatkan penderitaan SAUDARA SEISLAM di Palestin yang tidak pernah aman damai. Mereka ibarat pelarian di negara sendiri. Walaupun berada berhampiran dengan negara² ARAB…

Ayuh, bangkitlah wahai UMAT ISLAM semua. Sama²lah kita doakan kejayaan ISLAM di Timur Tengah. Kita doakan moga HANCUR LEBUR kekuatan regim Yahudi Laknatullah. Kita doakan moga diberikan kesedaran kepada KEPIMPINAN negara² ISLAM yang LESU lagi LAYU. Kita doakan moga ISLAM terus menang.

Kemenangan ISLAM adalah kemenangan kita bersama. Kekalahan ISLAM adalah kekalahan kita semua. Dan yang pasti, kita tentu akan ditanya, APA USAHA KITA UNTUK MEMBANTU KEMENANGAN ISLAM?

Wallahualam… Tepuk dada, tanya IMAN!

Rujuk juga:

  1. Keganasan Israel undang akibat lebih buruk
  2. Mahasiswa gesa PBB heret PM Israel ke ICJ
  3. Bush defends Israel, EU, Russia condemn attacks
  4. Ahmadinejad says ‘Zionists’ are ‘most detested’ people in humanity

Read Full Post »