Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mei 2008

Kajian seorang neurosurgeon Profesor Dr. Vini Gautam Khurana dari US membuktikan penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun boleh menggandakan kemungkinan mengidap kanser otak. Beliau yang pernah memenangi 14 anugerah dan menerbitkan lebih 36 kertas kerja sains┬átelah melaksanakan kajian selama 15 bulan untuk mencari kaitan antara penggunaan telefon bimbit dan ketumbuhan otak. (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »

Ezam SAH Masuk UMNO

Beberapa hari yang lalu, saya telah menulis tentang khabar angin Ezam akan menyertai UMNO. Berita terkini dalam Utusan Melayu mengesahkan sebentar tadi, Ezam telah menyerahkan by hand borang keahlian UMNO kepada Presiden UMNO, Pak Lah.

Saya kira perkembangan politik tanah air makin menarik. Tun Dr. Mahathir keluar dari UMNO, pejuang (atau bekas pejuang) pembebasan rasuah masuk UMNO. Semuanya menimbulkan 1001 pertanyaan, ke mana hala tuju politik tanah air?

Rujuk berita terkini dari akhbar paling Pro-BN, Utusan di sini.

Read Full Post »

Mendengarkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkenaan dengan hak milik ke atas Pulau Batu Putih mengundang kesedihan di setiap jiwa rakyat Malaysia yang cintakan tanah air. Keputusan yang memihak kepada Singapura jelas mengecewakan rakyat yang diberi keyakinan penuh pengharapan bahawa Malaysia bisa menang mudah dalam kes tersebut. Namun nyata, itu semua tinggal angan-angan. Kini rakyat Malaysia hanya mampu berputih mata dengan keputusan tersebut. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Minggu lepas, PKPIM mengutarakan cadangan supaya pakaian seragam sekolah untuk pelajar perempuan diubah ataupun dikemaskini. PKPIM mendakwa baju sekolah yang berwarna putih boleh merangsang syahwat. Apatah lagi dengan trend baju sekolah sekarang yang berkain lembut dan nipis (jarang). Isu yang mulanya seolah-olah tampak hambar akhirnya marak apabila diputarbelit oleh banyak pihak termasuk media. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Saya amat terkejut pagi ini apabila membuka akhbar online The Star yang antara lain memaparkan berita keinginan Ezam untuk menyertai UMNO semula. Ezam yang dahulu merupakan setiausaha politik Anwar Ibrahim merupakan bekas orang kuat PKR. Beliau keluar dari PKR setelah berlaku perebutan kuasa dalaman sewaktu pemilihan parti tahun lepas. Setelah tidak berparti, beliau menubuhkan GERAK, sebuah NGO untuk berhasrat mewujudkan masyarakat yang bebas rasuah serta memperjuangkan kebebasan media dan badan kehakiman. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Membelek-belek berita terkini di malam hari, satu per satu lembaran akhbar online saya selak. Bermula dengan akhbar kegemaran terbaru, The Star, diikuti akhbar kuat BN, Utusan kemudian akhbar percuma The Sun. Satu per satu saya layari. Akhir-akhir ini, terlalu banyak berita hangat lagi sensasi dikemaskini dari waktu ke waktu.

Antara yang menarik ialah ucapan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melahirkan kerisauan baginda melihatkan kerakusan ADUN BN berbelanja sebelum pilihan raya. Pendedahan oleh YB Ronnie Liu nyata diberi perhatian serius oleh baginda. Manakan tidak, RM27 Juta dihabiskan dalam masa 50 hari. Untuk apa? Masih menjadi tanda tanya. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Some people might be wondering on how to write a resignation letter. Well, I’m planning to resign soon, so I have to write such a letter soon. The problem is, I don’t know which letter to choose. Care to help me choose from the below templates? (selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »