Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Isu semasa’ Category

Sebagai membuka tirai bulan penuh barakah, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syukur kepada-Nya kerana memberikan saya peluang untuk mengecapi Ramadhan untuk tahun ini, buat ke sekian kali. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk saya, dan kita semua. Insya-Allah…

Tajuk yang saya ingin bawakan adalah ‘tajuk tertangguh’. Tertangguh sejak 19 Ogos lalu kerana kesibukan dan mood penulisan saya yang tidak menentu. Saya memohon maaf kerana kelemahan saya yang teramat ketara sejak memasuki alam pekerjaan sebagai jurutera ini. Bukan kerana sibuk, tetapi kegagalan saya mengurus masa dan mood saya.

Terus kepada perkongsian kali ini.

Sekitar pertengahan Ogos lalu (2008), Herald, sebuah akhbar yang diterbitkan khas untuk golongan Kristian Katholik telah diberi semacam satu amaran oleh kerajaan untuk tidak mempolitikkan akhbar Herald mereka. Alasan kerajaan, Herald telah menerbitkan suatu artikel yang mengulas tentang situasi politik tanah air. (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »

Hari ini dalam sejarah, seorang lelaki berusia 23 tahun telah bersumpah dengan nama ALLAH bahawa dia telah diliwat oleh seorang ‘Datuk’ berusia lebih 60 tahun tanpa rela. Perbuatan tersebut, menurut sumpahnya berlaku pada 26 Jun 2008. Datuk tersebut merupakan seorang yang terkenal dengan sakit belakang beliau akibat penyeksaan sewaktu beliau di penjara.

Lelaki berumur 23 tahun tersebut ialah Saiful Bukhari Azlan, manakala datuk tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Pandangan Menteri Besar Selangor yang mencadangkan UiTM membuka penyertaan sebanyak 10% akhirnya berjaya dipolitikkan. Pandangan asal MB bukanlah untuk ‘meruntuhkan’ benteng Melayu terakhir (seperti diwar-warkan oleh penuntut UiTM dan NC serta pensyarah UiTM). Niat beliau hanyalah untuk menambahkan persaingan sihat di kampus. Salahkah itu? Malah, dalam zaman globalisasi yang serba maju, masih perlukah university satu bangsa?

Saya seorang Melayu. Pengkhianatkah saya jika menyokong dibukakan 10% penyertaan UiTM kepada bangsa lain? Pengkhianatkah saya jika saya inginkan bangsa Melayu, Cina dan India belajar bersama dan saling maju bersama? Pengkhianatkah saya jika saya melihatkan penyertaan kaum Cina dan India mampu meningkatkan daya saing bangsa saya?

Semuanya terlalu pelik! (selanjutnya…)

Read Full Post »

Isnin lalu, Pak Lah mengumumkan pemotongan elaun hiburan Menteri dan Timbalan Menteri serta PM dan DPM sebanyak 10% disamping cuti mereka dihadkan kepada negara Asean dan selama seminggu sahaja. Malah pembelian aset baru untunk mereka, seperti kereta dan lain-lain dibekukan. Ini sebagai untuk menunjukkan ahli jemaah menteri bersama dengan rakyat merasai beban kenaikan harga minyak?

Persoalannya, terbebankah mereka dengan pemotongan 10% itu? Sebanyak manakah 10% itu? (selanjutnya…)

Read Full Post »

Kepada Pak Lah… PM kesayanganku…

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepade Pak Lah kerana menaikkan harga minyak… Selepas ini apabila harga minyak naik… Harga barang yang lain akan naik…

Saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mata dan pecah perut kepada ikan kering sahaja…

Saya sanggup berkorban untuk UMNO dan BN… (selanjutnya…)

Read Full Post »

Sekali lagi badan kehakiman negara menerima kejutan apabila Hakim Datuk Ian H. C. Chin mendedahkan beliau dan beberapa hakim lain dihantar ke kem khas untuk di’basuh’ oleh seorang bekas Perdana Menteri, iaitu Tun Dr. Mahathir. Beliau membuat pendedahan tersebut sebelum mendengar petisyen pilihan raya untuk kerusi Parlimen Sarikei yang dimenangi oleh calon BN dengan majority tipis, 51 undi. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Saya baru selesai menonton Debat Perdana Khas di RTM1 yang membincangkan isu panas, kenaikan harga minyak di Malaysia. Panel jemputan:

  1. YB Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Pusat
  2. Datuk Shahrir Samad
  3. Syed Munawar, penganalisis bebas
  4. Hanifiah Man, Editor Agendadaily

Saya tak sempat menangkap nama pengerusi debat tersebut. Yang nyata, debat tersebut jelas mengecewakan. Bukan kerana RTM1 berat sebelah ataupun pengerusi memihak kepada kerajaan. Saya kecewa kerana wakil pembangkang tampil lemah dan tanpa persediaan. Saya malu mengakui inilah antara pemimpin core sebuah parti pembangkang yang gah di mata masyarakat Malaysia. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »