Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for September 2006

Akhir-akhir ini, saya menjadi ketagih terhadap buku-buku berkenaan dengan financial freedom, ataupun kata mudahnya, berkenaan dengan wang ringgit. Bukan bermakna saya menjadi mata duitan, tidak… Cuma saya cuba mengambil pengalaman daripada mereka yang telah berjaya. Lagipun, bukankah untuk berjuang itu memerlukan wang ringgit dan juga masa? Dengan konsep financial freedom, kita menjadikan duit bekerja untuk kita.

Dalam kata lain, kita tak perlu bekerja mencari duit. Tetapi duit itu akan datang kepada kita. Pening? Cubalah baca buku Robert T. Kiyosaki ini, mungkin ada mendapat lebih kefahaman. Saya tak berhasrat mengulas lebih. Pengarangnya lebih layak lagi arif.

Anda boleh mendownload e-booknya di sini (agak slow) ataupun juga di sini (lebih laju rasanya). Pilihlah salah satu yang anda rasakan lebih laju. Saya tak mampu menyediakan server yang pantas kerana saya hanyalah menggunakan free hosting. Please just bare with what I have. Thanks…

Wallahualam…

Link tambahan di sini. (Paling laju, tapi limitted bandwidth per hour)


Read Full Post »

Sekadar berkongsi dengan anda, saya kebetulan terjumpa e-book tulisan Donald Trump, How To Get Rich. Buku yang sangat menarik. Bukan terlalu fokus kepada mengejar kekayaan, tapi bagaimana membina kejayaan. Bahasa yang digunakan mudah dan menarik. Saya berjaya membaca 100++ mukasurat di pejabat. Kebetulan kerja tak banyak hari ini.

Kepada yang berminat, anda boleh mendownloadnya di sini.

P/s – Klik sahaja link tersebut, tak perlu right click. Kelajuan muat turun mungkin agak slow, maaf. Saya belum mampu membeli hosting berbayar…

Read Full Post »

Merujuk kepada akhbar TheSUN hari ini (25/9/2006), diberitakan secara cukup ringkas tentang habuan yang diterima oleh mahasiswa Pro Aspirasi yang memenangi pilihanraya kampus di Universiti Malaya.

Tindakan Khir Toyo membazirkan wang rakyat sebanyak RM5000 dipertikaikan oleh DAP sebagai tindakan tidak beretika. Kenapa mahasiswa Pro Aspirasi ini begitu ditatang oleh kerajaan? Saya sendiri tertanya-tanya.

Namun kes pemberian habuan duit rakyat kepada Pro Aspirasi bukanlah perkara baru. Dalam PRK tahun lepas, boleh dikatakan hampir kesemua MPP IPTA diberi habuan melancong ke luar negara. Perbanziran jutaan ringgit duit rakyat. Tak heranlah mengapa harga barangan terpaksa naik.

Dulu hanya menteri-menteri parlimen menyedut duit rakyat. Sekarang, ‘menteri-menteri’ di IPTA turut sama merampas wang rakyat. Bapa borek, anak rintik. Tak gitu? Ke mana hilangnya Pak Lah? Oh, seperti biasa, dia tak tahu, dan dia tak terlibat. Alasan!

Wallahualam…

P/s – Penulis memohon maaf kerana terpaksa mengurangkan keaktifan menulis dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Read Full Post »

Harapan Ramadhan…

Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudahpun berlalu

Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasaku
Berada di bulan ramadhan semula,

Puasa,
Satu amalan
Sebagaimana yang diperintah-Nya
Moga dapatku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak inginku biarkan
Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku memohon diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
Dengan rahmatmu oh tuhanku
Ku tempuh jua…

Semoga kita bersama dapat mengecapi nikmat dan berkat bulan mulia Ramadhan ini…

Read Full Post »

Saya tertarik membaca salah satu berita dalam TheSUN tentang Presiden Ahmedinejad. Menurut TheSUN, beliau menolak untuk menyertai majlis makan tengah hari bersama pemimpin dunia. Alasan beliau ialah kerana arak dihidangkan sewaktu majlis tersebut. Ketegasan beliau wajar dikagumi.

Namun sesuatu yang memalukan apabila akhbar tersebut menulis other Muslim leaders attended. Seolah-olah memerli pemimpin ISLAM yang tidak bersama dengan Ahmedinejad dalam menunjukkan ketegasan dalam ISLAM. Saya pasti bukan sedikit pemimpin dari negara ISLAM.

Saya mengharapkan, ataupun lebih tepat, mengimpikan Pak Lah akan setegas Ahmedinejad. Pak Lah sebagai Pengerusi OIC sendiri turut bersama dalam majlis yang dihidangkan arak. Macam-macam boleh terjadi. Biasanya, (kalau tanya orang yang selalu dengan menteri-menteri) menteri-menteri memang selalu minum arak. Bukan setakat yang NON MUSLIM, yang MUSLIMpun tumpang sekaki. Pelik bukan?

Anda nilaikan sendiri. Mana satu pilihan hati, Pak Lah atau Ahmedinejad?

Read Full Post »

Sejak Pak Lah memerintah, satu per satu barang naik. Dulu time Tun pegang, bukan harga tak naik. Naik jugak. Tapi sekarang bukan naik ‘sikit’ tapi, banyak naik woo. Cuba kira, berapa kali minyak naik sewaktu Pak Lah jadik PM? Berapa banyak yang naik waktu Pak Lah pegang? Bandingkan dengan berapa kali minyak naik waktu Tun pegang, juga berapa banyak? Pak Lah baru 3 tahun lebih. Tun 22 tahun.

Sekarang apa pulak yang naik? Kalau dilihat berita ini hari,

Menjelang masuknya bulan puasa beberapa hari lagi, harga runcit ayam daging seluruh negara akan dinaikkan sebanyak 65 sen setiap kilogram mulai esok.

Naik lagi?

Menarik betul melihat suasana ‘pesta naik harga’ di Malaysia. Sekiranya di negara jiran, Indonesia, pantang ada harga barang naik, pasti rakyat menyuarakan bantahan. Berarak di jalanan perkara biasa bagi mereka. Selagi harga tak turun, selagi itu perarakan tak luntur. Kita di Malaysia, cukuplah sekadar Pak Lah senyum di TV dan kata itu ini. Kemudian akhbar siar kenyataan ntah apa-apa. Rakyat pun angguk-angguk geleng-geleng, lepas tue? Melayu mudah lupa ler… Menarik bukan?
Ingatkan kerajaan akan membantu rakyat mengatasi kenaikan harga macam-macam, rupanya…

‘‘Tidak ada masalah untuk menaikkan harga tapi kita mahu pastikan ia tidak melebihi harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pelaksanaan Skim Kawalan Harga Barang-barang Pengguna bagi tahun 2006/2007 di pejabatnya di sini hari ini.

Terkejut?

Memanglah tidak ada masalah baginya (Datuk Shafie Apdal). Dia masih boleh makan mewah-mewah waktu mesyuarat. Dia masih boleh makan itu ini di restoran ekslusif. Dan paling penting, dia masih DIPILIH RAKYAT. Jadi, apa masalahnya?

Inilah istimewanya orang Malaysia, atau lebih tepat, orang MELAYU. Sudahlah mudah lupa, mudah juga dijual beli maruahnya. Melayu memang hebat. Buat yang Melayu jangan terasa, anggaplah ini muhasabah bersama. Walaupun bukan Melayu tulen, ada jugak darah Melayu dalam jasad ini.

Jadi, barang macam-macam sudah naik. Mudah saja barang dinaikkan harga. Tapi bila sebut fasal naik gaji, kena dibincang berkali-kali. Rakyat protes pun belum tentu gaji naik. Sebab apa? Sebab rakyat yang protes itu jugak ler yang undi BN. Tak begitu? Pasti menteri dan wakil rakyat dok fikir,

“Kita naikkan harga barang, harga minyak. Kita kekalkan gaji. Kita kasi ler rakyat bonus sikit. Kita mansuh yuran periksa. Mesti takde masalahnya. Rakyat tetap undi kita. Lagipun, penggunaan petrol makin naik lepas harga naik. Mesti sebab rakyat suka.”

BN = Barang Naik? = Bila Naik? = Baru Naik = Banyak Naik. Betul tak?

Wallahualam…

Rujuk juga,

  1. 1,000 workers demonstrate outside Parliament for better pay, benefits
  2. Elaun wilayah tentera perlu dikaji

Read Full Post »

Duhai Sahabat…

Hari ini mood untuk menulis mengenai isu-isu semasa seolah-olah tiada. Ntah mengapa, dua tiga menjak ini, jiwa ini dibingit kerinduan. Rindukan sahabat-sahabat. Rindukan teman-teman. Benarlah bagai dikata, alam kampus merupakan alam paling manis, paling gembira. Kenangan di kampus tak mampu diusir.

Tatkala sibuk mengejar tugasan yang bersusun di pejabat, memori mengungkai kembali satu persatu kenangan indah, suka dan duka bersama teman seperjuangan di kampus. Bagaimanalah agaknya teman yang kini berada di Terengganu? Tak lupa teman yang jauh di seberang laut. Juga sahabat yang berjuang di pulau mutiara. Bagaimana agaknya anda semua?

Dalam kesibukan mencari habuan dunia, bagaimana pula hambatan bekalan akhirat kita ye sahabat-sahabat? Bermonolog sendirian, menginsafi diri, menyelak kembali memori… Terlalu banyak salah dan silap yang telah saya lakukan selama hidup di dunia ini. Salah dan silap kepada ALLAH, TUHAN yang MAHA PEMURAH. Juga kesilapan terhadap sahabat handai, manusia sejagat. Bagaimanalah agaknya nasib saya sewaktu dia titian sirat? Malah penghisaban di Padang Mahsyar turut mengundang getar di hati.

Apatah lagi tatkala mengenangkan amanah-amanah yang pernah dipikul suatu ketika dahulu… Pasti satu per satu akan disoal oleh ALLAH. Segala kemungkaran, segala kesilapan dan kesalahan yang terjadi sewaktu memegang amanah akan disingkap kembali. Terasa diri terlalu kerdil. Terlalu hina.

Sejauh mana ‘amar makruf nahi mungkar’ amanah ILLAHI telah berjaya dilaksanakan? Apatah saya berjaya menjadi antara golongan ummat terbaik, yang mengajak kepada yang makruf dan mencegah kepada yang mungkar? Segalanya masih kekal sebagai persoalan. Persoalan yang menggusarkan.

Hidup perlu diteruskan. Yang telah berlalu jangan dilupakan, jadikan teladan. Yang penting, kita telah berusaha yang terbaik untuk melaksanakan tuntutan TUHAN. Tak begitu? Dan kita terus berusaha untuk menjadi lebih baik. Kan? Kita hanya mampu merancang, ALLAH juga merancang, dan perancangan DIALAH yang terbaik.

Bila menyebut tentang usaha; tak semua usaha kita berjaya. Ada yang gagal langsung, ada yang berjaya separuh, ada yang sangat berjaya. Semuanya telah ditetapkan oleh-Nya. Yang penting, kita BERUSAHA, kemudian BERDOA dan BERTAWAKKAL. USAHA tanpa DOA dan TAWAKKAL adalah seolah-olah kitalah menentukan segalanya. DOA dan TAWAKKAL tanpa USAHA, ibarat pasrah membuta.

Sahabat-sahabat, yang akan dinilai di penghujung hari bukanlah hasilnya; kerana hasil itu dibawah kuasa-Nya. ALLAH akan menilai USAHA kita. Sejauh mana anda berusaha, sebanyak itulah ganjaran yang akan anda peroleh. Sebagai orang ISLAM, kita kena terus berusaha. Berusaha tanpa berputus asa.

Nampaknya saya berlari agak jauh dari topik post ini. Maafkan saya. Sekadar mengisi kekosongan di jiwa…

Buat sahabat-sahabat seperjuangan yang membaca… Saya rindukan anda semua. Semoga ukhuwwah yang telah kita semai dan bajai di kampus terus mekar mengharum. Biarkan kuntuman ukhuwwah fillah kita menjadi pewangi sepanjang jalan perjuangan yang tidak ada penghujungnya ini.

Akhirul kalam, sahabat-sahabat yang dikasihi, tanpa anda semua, siapalah saya? Semoga perjuangan kita terus diberkati dan diredhai ILLAHI. Semoga ukhuwwah ini dipelihara-Nya. Semoga kita kan terus bersama…

Wallahualam…

Read Full Post »

Minggu ini minggu yang getir buat mahasiswa/i di IPTA seluruh negara. Pilihanraya kampus (PRK) yang bermula dengan penamaan calon semalam akan berakhir Khamis ini dengan pengundian oleh pihak pelajar. Persoalan biasa setiap kali pilihanraya; kampus mahupun peringkat negara, teluskan PRK kali ini?

Sekiranya persoalan ini ditanya pada Mustapa Mohamed, pasti beliau akan mengatakan ia telus setelus-telusnya. Namun, bagi pihak pelajar dan beberapa NGO, mereka tegas mengatakan PRK dipenuhi penyelewengan. Malah SUHAKAM sendiri mengatakan peraturan PRK lebih teruk daripada peraturan pilihanraya di sekolah. Begitu sekali…

KUALA LUMPUR: The rules and regulations and practices governing campus elections are unfair and “cruel”, the Human Rights Commission Malaysia (Suhakam) said yesterday.

Commissioner N. Siva Subramaniam said Suhakam is aware of the difficulties the students face in contesting.

“The prefect elections in secondary schools are more democratic than campus elections,” he said at a dialogue with Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) before receiving its memorandum demanding free and fair campus elections.

Siva called for clean and fair campus elections due to take place next Thursday. Monday is nomination day.

He said Suhakam will submit the memorandum to the Deputy Prime Minister’s office today.

Siva expressed disappointment that Suhakam was not allowed to monitor the campus elections although numerous requests had been made in past years.

He disclosed that at a meeting between Suhakam and Higher Education Minister Datuk Mustapa Mohamed last month, the minister had declined Suhakam’s request to monitor the campus elections this year.

Mustapa was also against the proposal to allow Suhakam to meet with university students at any time.

Full News?

Jika SUHAKAM, badan bebas pemantau hak asasi manusia mengatakan PRK tidak telus, apakah kenyataan Mustapa boleh digunapakai? Mengapa kerajaan begitu takut membenarkan SUHAKAM memantau perjalanan PRK jika ia telus? Apakah kerana wujud agenda tersembunyi kerajaan? Malah, mengapa SUHAKAM tidak dibenarkan berhubung dengan pelajar di kampus? Nampaknya kerajaan benar-benar menyembunyikan sesuatu di kampus!

Malah, saya melihat kenyataan Mustapa supaya tidak berlaku perlabelan kumpulan ‘pro aspirasi’ dan ‘pro pembangkang’ hanyalah sekadar melepaskan batuk ditangga. Realitinya, perlabelan ini masih terus berlaku. Bukan setakat media alternatif, malah media perdana. Rujuk sahaja bahagian POLITIK dalam Utusan. Semuanya ditulis seolah-olah menggambarkan ‘pro aspirasi’ merupakan BALACI kerajaan. (Rujuk 1, 2, 3, dan 4)

Bukankah kerajaan dilihat sangat tidak telus. Dan Pak Lah pula kelihatan seperti HE IS NOT IN CONTROL walaupun puas Pak Lah cuba meyakinkan seluruh dunia bahawa Malaysia masih dalam kawalannya. PRK kali ini benar-benar memeningkan. Terlalu banyak kepelikan dan kejanggalan.

Bukan setakat itu sahaja, langkah Kementerian Pengajian Tinggi mengadakan MPPK pada waktu MPP telah ‘bersara’ dilihat sebagai langkah pelik. Mengapa perlu dihimpunkan orang yang tidak mewakili majoriti mahasiswa/i? Malah tindakan MPPK mempertahankan AUKU sangatlah menampakkan kebodohan mereka di dalam MPPK sendiri. Mempertahankan akta yang menyekat hak asasi sendiri. Bodoh bukan?

Saya melihat MPPK yang telah diadakan selama sehari secara tergesa-gesa itu dirancang khusus untuk membincangkan perihal PRK selain turut merangka strategi untuk mempertahankan Pak Lah yang semakin goyah. Apapun, realitinya, PRK kali ini tetap tidak telus. UMNO tetap DAYUS.

Anda nilaikan sendiri. Gunakan akal kurniaan ILLAHI. Wallahualam…

Read Full Post »

Nazri Semakin Biadap!

Tempoh hari, saya telah menulis post tentang keceluparan Nazri (Sila rujuk Nazri; Semalam, Hari Ini, dan Esok…). Dan hari ini, seperti yang dilaporkan oleh TheSUN, Nazri meneruskan tradisi biadapnya. Utusan turut melaporkan kelakuan buruk Nazri ini, tetapi dengan bahasa ber’lapis-lapis’. Seolah-olah tidak mahu pembaca tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Saya petik sedikit daripada TheSUN;

What roused their ire was that Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz refused to entertain any interjections for clarification and was bent on racing through the text when winding up for the ministry today (Sept 18, 2006).

Defending his speedy delivery, he said: “There are 30 ministers who need to wind up for their ministries in the remaining four days of sitting before the fasting month break.

“They will have their opportunity (to ask questions) in November.”

Nazri, who is the minister overseeing parliamentary affairs, irked the MPs when he uttered ‘kurang ajar’ (ill-bred) against Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) who accused him of misleading the House for providing wrong data on the Tsunami Aid Fund.

Unfazed, Nazri continued to speak amid the commotion. He also ignored Deputy Speaker Datuk Lim Si Cheng attempted to stop Nazri when Karpal Singh invoked the standing order to get Nazri withdraw the words.

Before Lim could restore calm, explaining that Nazri has in fact withdrawn his statement, Nazri interjected: “It’s his business if he (Karpal) is deaf.”

This prompted Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) to shout: “Chase him out of the House.”

Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) then lent his support to the minister by saying: “If they (Opposition MPs) are stubborn. Chase them out of the House.”

Shouts of “Get out! Get out!” were heard from the Backbenchers. Above the din, reporters were unable to hear Nazri who continued readding his speech. At this juncture, the DAP MPs, except Fong and wheelchair-bound Karpal, walked out. They returned about five minutes later.

Karpal Singh had several times tried to stop Nazri from delivering his speech.

“We have to control him (Nazri). He has become mad (gila),” said Karpal Singh, sparking another round of commotion.

Full New – Uproar as Speedy Nazri races through winding-up

Lihatlah betapa kurang ajarnya si Nazri ini. Malah ahli Parlimen BN yang lain turut sama biadap. Walaupun Nazri jelas tidak beretika, ahli Parlimen BN tetap menyokong Nazri. Budaya ‘pak turut’ UMNO yang dibawa sampai ke Parlimen ini sedikit sebanyak memalukan. Mereka yang bergelar ‘YB’ dan berpangkat dato’ ini dilihat tak ubah seperti budak tadika yang masih perlu diajar. Malah tidak keterlaluan kiranya saya katakan budak tadika lebih beradab daripada ahli Parlimen BN.

Malah ulasan Nazri sewaktu menjawab persoalan kewajaran OSA (Akta Rahsia Rasmi) diteruskan turut mengambarkan sikap biadap, tak mengenang budi dan mengampu-ampu.

Nazri also denied Lim’s claim that Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has lost grip of his administration.

“In the previous administration, there was dictatorship (and) people do not have freedom. Now people have freedom to speak up then it has been seen as out of control,” he added.

Full News – OSA stays, says Nazri

Nazri mengatakan Tun seorang diktator? Dulu, Nazri bekerja untuk seorang diktator. Malah Tun menjadi bahan ampuan Nazri sewaktu Tun memerintah. Sekarang lain pula bunyinya. Mungkin setelah Pak Lah tumbang, Nazri akan mengatakan Pak Lah juga diktator. Tak begitu?

Benarlah bagai dikata, Nazri sepatutnya dilucutkan keahlian dalam UMNO. Nazri terlalu banyak mendedahkan kepincangan dalam UMNO sendiri. Mengapakah Tun dibenarkan memerintah selama 22 tahun? Kenapa tidak ada yang berani melawan, semuanya mengampu sewaktu Tun memerintah? Sekarang baru nak kata diktator?

Saya rasa Nazri sudah sampai ke usia ‘nyanyuk’nya. Anda tak rasa begitu?

Read Full Post »

Saya mendapat beberapa pertanyaan berkisar tentang kes Roti High 5 yang saya dakwa haram dimakan. Perkara ini setakat ini masih meragukan dan menimbulkan was-was yang nyata. alau diikutkan sijil JAKIM, produk Silverbird termasuk High 5 masih halal. Malah, Silverbird mendakwa kilang di Nilai, Negeri Sembilan sudah tidak digunakan. Sekarang semua produksi dibuat di Shah Alam.

Mungkin dakwaan Silverbird itu ada benarnya. Namun, beberapa persoalan yang kekal menjadi tanda tanya:

  1. Sekiranya kilang di Nilai sudah tidak digunakan, kenapa PPIM melakukan serbuan ke atasnya? Serbuan ke atas kilang terbiar bukankah mengarut?
  2. Mengapakah terdapat minyak masak yang diimport dari ISRAEL di bekas kilangnya di Nilai? Kenapa perlu ISRAEL, tidak MALAYSIA?
  3. Jika benar kilang di Nilai tidak digunakan, kenapa ketika serbuan terdapat pekerja di kilang tersebut, juga boleh dilihat roti berselerakan? Roti tidak boleh bertahan begitu lama serasa saya.
  4. Sejauh mana Silverbird memastikan kilang pengeluaran rotinya SUCI dan BERSIH? Sedangkan pengarah urusannya sendiri mengatakan kebersihan itu suatu yang subjektif. Kilang di Nilai dikatakan bersih menurut perspektif beliau, begitu?
Rasanya cukuplah sekadar empat persoalan itu. Anda fikirkan yang lain. Bagi saya, sekiranya terlalu was-was, tinggalkan. Terlalu berbahaya untuk menggadaikan diri memakan roti ini. Malah, bukankah kita hendak memboikot ISRAEL? Maka boikotlah syarikat yang menggunakan minyak masak ISRAEL. Alasan selebihnya, anda fikirkan…

Namun, saya ingin juga memohon maaf kerana ada pihak yang kurang senang dengan post saya sebelum ini. Mungkin mengatakan Roti High 5 sah HARAM tidak wajar, tapi sah WAS-WAS lebih patut. Maafkan saya atas keterlanjuran diri ini.

Wallahualam…

Read Full Post »

Older Posts »