Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Februari 2006

Kisah ini saya tujukan khas buat sahabat² seperjuangan. Saya yakin kita kadang-kala menghadapi situasi seperti dalam kisah yang ingin saya kongsikan ini. Sama-sama hayati dan insafi diri…

Bismillahirmahmanirrahim
Mohon Keampunan daripada Allah Tuhan yang Maha Perkasa.

Meneliti skrin laptop di lunch hour ini, terasa sungguh perit kepala dan seluruh badanku kerana symptom biasa yang kuhadapi. Dengan kerja di pejabat yang cukup banyak untuk diselesaikan sepanjang minggu ini, aku cuba menghimpunkan seluruh tenaga untuk melaksanakan tugas tugasku hari ini.

Sudah memang sedia maklum kepalaku ini akan mudah terasa sakit setiap kali badanku terlalu penat atau letih tak cukup rehat. Namun Alhamdulillah nasibku lebih baik daripada sahabat2 dan saudara saudaraku seagamaku di seluruh tanah air ummat Islam yang jauh lebih letih dan sengsara dihujani serangan dan tekanan daripada musuh2 Allah dan RasulNya.

Aku terfikir sendirian,mengapa terjadi begini pada diriku dalam seminggu dua ini? Banyak sangat ke kerja di pejabat tu? Berapa banyak lagi “work breakdown structure” yang belum terlaksana dan dimonitor? Byk sangat ke tugas2 itu sehingga terpaksa balik lewat malam atau kerja terpaksa dibawa ke rumah? Kenapa byk sgt sampai kena balik rumah pukul 2-3 pagi?

Aku mula mencari jawapannya. Bukan amanah tugasan pejabat yang kulaksanakan sehingga hampir lewat pagi itu. Bukan “Work Breakdown Structure” dan “Capability Maturity Model Integration Document” yang kutatap sehingga pagi. Rupanya aku hanya berjaga sehingga pagi itu hanya kerana untuk menampal poster “Menentang Penghinaan Kepada Muhammad Rasululllah SAW” di seluruh surau di kawasan ku. Arahan yang kudapati supaya dapat menghimpun sejuta ummat utntuk bersama sama pimpinan jamaah Islam untuk bangun menentang penghinaan kepada Rasulku.

Aah…mengapa lah aku menyusahkan diriku sehingga begini. Sehingga perit kepala di waktu hari ini untuk menumpu kembali tugasan di pejabat pada hari ini. Mengapa mesti sampai begitu?

Sekali lagi aku mendapat jawapannya. Mudah. Kerana tidak ramai manusia yang ingin dan sanggup menampal poster dan banner2 seperti itu. Kerana ramai kawan-kawanku mempunyai tugasan2 dan komitmen2 yang lebih penting untuk dilaksanakan. Aku ditarbiyyah untuk mendahulukan sahabat2 ku dalam soal ini.

Mungkin masa mereka untuk anak2, isteri dan keluarga dan tugasan2 penting mereka adalah jauh lebih berharga berbanding diriku ini. Mungkin masa bersama ibu tercintaku, yang hidup keseorangan dan perlukan perhatian daripada diriku kurang penting berbanding keperluan sahabat2 ku itu.

Semalam aku hanya sempat bersama ibuku 30 minit meluangkan masa menonton tv bersama. Dia terpaksa keluar mencari rezeki di waktu malam hari. Malam sebelumnya aku tidak sempat mencium tangan ibuku seperti biasa, kerana aku terpaksa bersama sahabat2 seaqidahku untuk membuat perancangan untuk mempertahankan Rasulullah SAW nanti.

Entah berapa kali agaknya dalam hidupku ini aku berhelah dengan ibuku dengan pelbagai helah, setiap kali aku terpaksa lewat pulang ke rumah. Setiap kali program2 yang kuhadiri itu memerlukan aku sampai lewat ke rumah.

Dan setiap kali itu jugalah ibuku menefonku bertanya pukul berapa nak balik ke rumah. Ayat2 sms mahupun call seperti “pukul berapa nak balik rumah?”,”kau ni takder rumah ke?”apsal tak angkat / tutup telefon?”

Hati ini cukup risau andai 2 lagi soalan yang tak mampu ku berikan jawapannya.

“Dah tak sayang mama ke? Dah benci sangat ke mama ada kat rumah ni sampai selalu sangat balik lewat2 malam” Andainya soalan ini yang muncul daripada mulut ibuku….pasti aku tidak tahu bagaimana harus ku jawab. Bukan aku tidak sayang, tetapi aku harus berkorban.

“Alaah..berkorbanlah sedikit.” hatiku berdetik. Korban lah sedikit.

Rupanya aku mempunyai jawapan yang jauh lebih besar ertinya dalam hidupku. Jauh lebih penting daripada ibuku, daripada keluargaku, daripada sahabat2ku, daripada seluruh manusia di dunia ini…

Aku teringat satu kata kata daripada Rasulullah SAW yang menyebutkan “Tidak Beriman seorang mukmin itu sehinggalah ia mengasihi diriku lebih daripada dia mencintai anak2nya, hartanya dan seluruh manusia kesemuanya.”

Aku tiba tiba teringat kisah Talhah Bin Ubaidillah, teringat pengorbanan Ziad Bin Sakan, Abu Dajanah, dan Ummu Nusaibah Binti Kaab disaat mereka menjadi perisai manusia yang gugur syahid hanya mempertahankan Rasulullah SAW disaat kegentingan Peristiwa Uhud di syawal tahun 3 Hijrah yang mashyur itu. Disaat mereka yang lemah imannya semua lari meninggalkan Rasulullah SAW dalam keadaaan terbuka menerima hujanan anak panah musuh di atas bukit, mereka ini tidak teragak agak menjadikan diri mereka korban.

Tiba tiba juga aku teringat bagaimana ‘Ammarah Bin Ziad Al Sakan yang gugur syahid di atas pangkuan kaki Rasulullah SAW yang mulia itu. Mereka ini tahu, andai Rasulullah SAW mati dalam peperangan itu, Islam akan hancur kerana baru sahaja bertapak di bumi Madinah. Mereka lebih
pentingkan Rasulullah berbanding nyawa mereka.

Rupanya mereka lebih kasih kepada Rasulullah SAW berbanding diriku. Mereka lebih ikhlas dan membuktikannya secara praktikal bahawa mereka sanggup mati untuk mempertahankan jasad Rasulullah. Aku? tidak mungkin hingga ke tahap itu. Iman dan aqidah mereka jauh lebih mantap jika dibandingkan dengan diriku yang hanya perlu berjaga malam untuk menampal poster2 dan banner2 kecil itu. Sukar sangatkah bertahan menahan sakit di kepala jika nak dibandingkan dengan nyawa2 dan darah2 mereka?

Aku tidak ada peluang untuk mempertahankan jasad Rasulullah SAW yang kucintai tetapi aku berpeluang esok bersama seluruh ummat Islam yang dipimpin oleh jamaah Islam selepas jumaat untuk mempertahankan maruah Rasulullah SAW yang dihina oleh musuh2 Allah itu. Mungkin tindakan ku itu tidak sehebat tindakan para sahabat Rasululllah SAW itu. Dan aku yakin dengan kata2 Rasulullah SAW “Beruntunglah sesiapa yang mengasihiku disaat dia tidak dapat melihat jasadku dan hidup bersama sama denganku”

Aku mesti MEMPERTAHANKAN RASULULLAH SAW!!!!

Jadi anda bagaimana? Saya sendiri pernah berada dalam situasi begini, dan masih menghadapi hingga kini. Sama-samalah kita doakan moga perjuangan kita dipermudahkan-Nya.

Wallahualam…

Read Full Post »

Sidang pembaca sekalian, saya memohon maaf yang amat kerana gagal men’update’ blog untuk begitu lama. Keadaan network yang terlalu teruk mengagalkan usaha saya untuk memasuki laman blogger. Insya-Allah saya akan berusaha untuk kembali membawakan isu² terkini lagi sensasi buat muhasabah bersama.

Sekian, nantikan daripada saya, insya-ALLAH…

Wallahualam….

Read Full Post »

Isu kesukaran untuk mendapatkan bantuan Tabuan Bantuan Penyakit sekali lagi heboh. Peruntukan tabung berkaitan yang tidak digunakan walaupun diberi peruntukan RM100 juta menimbulkan tanda tanya; adakah Kementerian Kesihatan terlalu memilih ataupun tiada pemohon yang layak? Walhal jika melihat kepada laporan media massa, banyak pihak mengadu memohon bantuan.
Kali ini isu ditimbulkan oleh Mohamad Arif Samsudin, 58, apabila terpaksa membelanjakan RM3.8 juta untuk membiayai kos rawatan anaknya. Duit tersebut hasil gadaian rumahnya, barang² kemas isterinya dan juga kerja² sampingan. Kos rawatan anaknya untuk sebulan menjangkau RM25000 untuk balang gas dan lain-lain.

Namun, bila isu ini dihebohkan, jawapan daripada Menteri Kesihatan agak mengecewakan dan bagi saya, kurang ajar.

KUALA LUMPUR 3 Feb. – “Kalau dia boleh keluarkan belanja RM3.8 juta untuk rawatan anaknya, bolehkah dia ditakrif sebagai golongan tidak mampu?” kata Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek.

Katanya lagi: “(Walaupun terpaksa menjual rumah untuk mengumpul kos rawatan) kalau dia golongan tidak mampu, dia tidak akan ada rumah pun.

“Ini bukan soal birokrasi, ia adalah mengikut syarat ditetapkan kerajaan.”

Soi Lek berkata demikian ketika ditanya mengenai kes seorang pesara kerajaan yang gagal sebanyak tiga kali untuk mendapatkan bantuan Tabung Bantuan Penyakit (TBP) bagi membiayai kos rawatan anaknya yang menghidap penyakit paru-paru gagal berfungsi.

Kegagalan itu memaksa Mohamad Arif Samsudin, 58, menjual harta benda termasuk rumahnya dan menagih bantuan pelbagai pihak untuk merawat anaknya, Khadijah Hanim, 19, yang kini bertahan hidup atas bantuan ubat khas dan balang oksigen.

Apakah begini jawapan yang diharapkan daripada seorang MENTERI yang mewakili RAKYAT? Jumlah RM3.8 juta bukan jumlah yang sedikit.

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Bapa Khadijah Hanim, gadis yang menderita penyakit paru-paru gagal berfungsi menjelaskan, wang RM3.8 juta yang dikumpulkan untuk anaknya adalah perbelanjaan yang telah digunakan sejak tahun 1997.

“Ini bukan soal mampu atau tidak, seorang menteri sekali pun jika berada dalam keadaan saya, mereka pun tidak mampu menanggung beban ini,” kata Mohamad Arif Samsudin, 58, yang menjawab alasan Kementerian Kesihatan yang meminggirkan permohonannya untuk mendapatkan pembiayaan Tabung Bantuan Penyakit (TBP).

Beliau yang ternyata kecewa dengan kementerian itu yang seolah-olah meminggirkan permohonannya atas alasan beliau seorang yang berkemampuan, berkata:

“Walaupun saya ada sedikit harta sebelum ini tetapi semuanya telah dihabiskan untuk membiayai kos rawatan anak saya sejak 1997.”

Menurutnya, beliau terpaksa `bergolok bergadai’ sehingga menjual rumah dan barang kemas termasuk cincin perkahwinan, membuat pinjaman Mara dan Bank Rakyat serta berniaga sampai ke Singapura untuk mencari wang. (Sila lihat grafik)

Berita penuh – `RM3.8 juta dibelanja sejak 1997′

Tidak menghairankanlah sekiranya untuk tahun hadapan, Tabung Bantuan Penyakit masih tidak berjaya dipohon oleh mereka yang memerlukan. Kereneh birokrasi dan sikap menterinya yang kejam lagi tidak berhati perut amat mengecewakan. Saya berharap agar Pak Lah masuk campur juga dalam menyelesaikan hal ini. Biarlah rakyat diberi bantuan selayaknya. Janganlah terlalu kejam.

Bersama-samalah kita nantikan jawapan² daripada menteri² lain. Adakah mereka akan bertimbang rasa, ataupun sekadar manambahkan penderitaan Mohamad Arif Samsudin. Wallahualam.

Rujuk juga –

  1. Belanja RM3.8j, gagal mohon tabung penyakit kronik
  2. Sehari satu balang oksigen besar saya habiskan – Khadijah

Read Full Post »

Akhirnya, penantian rakyat untuk mengetahui keadaan sebenar jejambat MRR2 terjawab. Perjumpaan antara beberapa pakar dengan Pak Lah dan Samy Vellu menjawab segala pertikaian yang timbul. MRR2 ditutup berkuatkuasa hari ini, setelah isu ini diperdepatkan banyak pihak.

Yang musykilnya, Samy Vellu mengatakan, suatu ketika dahulu (beberapa minggu lepas) bahawa MRR2 selemat untuk digunakan. Hujah itu berdasarkan hasil siasatan Halcrow yang dilantik khas. Walaupun terdapat keretakan, tapi MRR2 masih selamat digunakan. Itulah hujah Samy. Rujuklah keratan akhbar MRR2 selamat diguna.

Walau bagaimanapun, setelah isu ini menjadi makin hangat dengan kerisauan pelbagai pihak terutama pengguna, Pak Lah membuat keputusan bijak dengan menutup laluan MRR2, keputusan yang dinantikan oleh rakyat. Ini bermakna Samy Vellu seorang menteri yang tidak prihatin terhadap keselamatan rakyat, hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

Syabas buat Pak Lah kerana sekali lagi mengambil langkah bijak (selepas langkah menolak pindaan Akta 121(A) tempoh hari). Saya melihat kemajuan yang ditunjukkan oleh Pak Lah sedikit sebanyak memuaskan hati. Moga Pak Lah terus kekal amanah dalam kepemimpinannya dan tidak tertipu dengan menteri² yang gilakan kekayaan dan dambakan kesenangan semata-mata. Wallahualam…

Rujuk juga

  1. Jejambat MRR2 ditutup — Arahan PM selepas mendengar taklimat beberapa pakar
  2. Samy Vellu dicabar dedah laporan penuh syarikat perunding
  3. MRR2 boleh runtuh – Pakar
  4. Jejambat MRR2 tak selamat — Kontraktor dilantik masih belum mulakan kerja-kerja pembaikan


Penulis ingin memohon maaf kerana tidak dapat meng’update’ blog sekerap dahulu disebabkan semester yang telah bermula dan juga keadaan internet yang tidak stabil. Harap maaf.

Read Full Post »