Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for September 2007

Ini merupakan siri ke-2 untuk post sebelum ini yang bertajuk PRK UTP; Kemenangan Dalam Kekalahan!

Alhamdulillah, siri 1 tentang PRK UTP telah mendapat sambutan agak panas daripada pembaca. Malah, sampai ke hari ini, statistik pembacaan menunjukkan masih berpuluh-puluh pengunjung membaca post tersebut. Tambah menarik kerana ada beberapa pengunjung yang sempat meninggalkan komentar mereka. Kebanyakan komentar menyatakan perubahan syarat bertanding menjadi punca kelesuan ini terjadi. Saya akur dengan realiti ini, namun punca syarat diubah perlu diketahui… (selanjutnya…)

Read Full Post »

Cukupkah Sekadar Panel Bebas?

Umum sudah mengetahui tentang pendedahan video perbualan antara seorang peguam dengan seorang hakim kanan sekitar tahun 2002. Pendedahan berani oleh penasihat PKR, DSAI itu sedikit mengharubirukan kerajaan. Pak Lah terpaksa menperbodohkan dirinya dengan memberi komen ala ‘kaki tidur’ manakala Nazri pula melenting dalam usahanya mempertahankan Tun Ahmad Fairuz sebagai Ketua Hakim Negara. Pelbagai pihak mendesak agar sebuah Suruhanjaya DiRaja, namun lain pula yang dibuat kerajaan. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Pilihan Raya Kampus (PRK) seperti mana yang pernah saya utarakan sebelum ini merupakan suatu gelenggang latihan untuk mahasiswa mengasah bakat menimba pengalaman berjuang dalam Pilihan Raya Umum kelak. Selain itu, PRK juga menjadi satu wadah pengerak kesedaran politik di kalangan mahasiswa. Kiranya PRK di satu-satu kampus itu hambar, hanya ada dua kemungkinan. Satu, mahasiswanya tiada kesedaran politik. Dua, pemilihan pucuk pimpinan pelajar itu tidak memberi sebarang erti kepada penghuni kampus tersebut. Either way, kedua-dua kemungkinan ini tidak menayangkan masa depan yang cemerlang, gemilang mahupun terbilang untuk kampus itu. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Medan Pilihan Raya Kampus (PRK) merupakan suatu latihan ala Real Case Situation untuk mahasiswa merasai bagaimana Pilihan Raya Umum (PRU) berjalan. Ia hampir terlalu real sehinggakan jika dlm PRU, puak BN menyalahgunakan jentera kerajaan; dalam PRK tidak kurang bezanya. Dalam PRK, puak aspirasi (baca sebagai Pro-BN) dibantu oleh HEP dan pegawai-pegawai universiti untuk menjatuhkan kumpulam Pro-Mahasiswa ataupun lebih dikenali sebagai kumpulan idealisme mahasiswa (betulkan jika salah). (selanjutnya…)

Read Full Post »

Orang selalu mengira bahawa nikmat itu adalah merujuk kepada yang manis-manis belaka. Jika diberi rupa yang tampan lagi menawan. Itu nikmat! Jika beroleh isteri yang solehah. Itu nikmat! Jika diberi kerja dengan imbuhan yang lumayan. Itu nikmat! Jika jatuh sakit sampai perlu dioperate. Itu bala! Benarkah begitu? Benarkah kesakitan yang di datangkan TUHAN itu bukan suatu nikmat? (selanjutnya…)

Read Full Post »

Telah sekian lama kita tidak dikejutkan dengan berita tentang kes murtad, kematian muallaf dan pertikaian kuasa Mahkamah syariah dan Mahkamah persekutuan. Namun, hari ini, ketenangan itu telah dikocak kembali dengan kes Subashini yang berkelahi dengan suaminya yang telah memeluk agama ISLAM. Kes ini cuba disepikan oleh media perdana, mungkin untuk mengekalkan feel good factor dikalangan rakyat. Tambah pelik, media-media alternatif juga kurang ambil pusing dengan situasi terkini ini. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Index Akauntabiliti; Berkesankah?

Susulan daripada Laporan Audit Negara 2006 yang dibentangkan tempoh hari, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mencadangan perlaksanaan Index Akauntabiliti ataupun lebih sedap, Acountability Index (AI). Dengan perlaksanaan AI ini, setiap kementerian dan kerajaan negeri akan diberi akan diberi penarafan dan markah. Bunyinya menarik sekali! (selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »