Alhamdulillah, selesai menonton debat perdana secara langsung. Debat antara Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek ternyata menarik. Walaupun masa asalnya 90 minit telah dipendekkan ke 60 minit berserta 3 minit iklan. Tetap PUAS! Anwar ternyata berjaya menjawab semua persoalan dengan baik dan tidak terikut-ikut dengan rentak serangan peribadi daripada Shabery. Shabery yang seolah-olah tiada hujah asyik memainkan kisah silam Anwar dengan menyerang peribadi Anwar sewaktu dalam kerajaan. Anwar menjawab dengan bijak, kalau dah tahu beliau salah sewaktu tahun 1990, kenapa sampai 2008 tak nak betulkan? Terkedu Shabery!
Beberapa hujah Anwar nyata cukup berasas dengan disandarkan fakta-fakta mudah yang nyata diketahui oleh majoriti rakyat. Shabery pula ternyata gagal membuat homeworknya apabila hanya membuat personal attack terhadap Anwar. Sikit-sikit, demonstrasi di Baling tahun 1975 gitu. Sikit-sikit, IMF tahun 1997. Orang bincang hal sekarang. Nak bicara kisah silam, letaklah dalam Utusan Meloya UMNO! Jangan bazirkan 60 minit yang ada.
Paling memualkan, menjijikkan, “PETRONAS maju seperti sekarang kerana UMNO dan BN”. Erk~ What the FUNNY you BODOHWI guys! Sebagai seorang yang dipinjamkan duit oleh PETRONAS dan menuntut di Universiti Teknologi PETRONAS, saya terasa jijik mendengar seorang Menteri UMNO dan BN mengaku mereka punca PETRONAS maju. Bagi saya, PETRONAS boleh lebih maju kalau bukan kerana UMNO dan BN! Tan Sri Hassan Merican lah antara key player yang membawa PETRONAS menduduki kedudukan ke-8 syarikat terkaya di dunia. Pernahkah beliau mengatakan PETRONAS maju kerana dipimpin oleh beliau?
Soal korupsi UMNO dan BN yang melibatkan PETRONAS terlalu banyak. Contoh mudah, pemberian kontrak-kontrak kepada Scomi yang dikepalai oleh Kamaluddin Abdullah. Saya pernah bertemu dengan seorang ‘orang kuat’ PETRONAS yang menjaga bahagian pemberian kontrak. Beliau memberitahu saya bahawa PETRONAS seolah-olah terpaksa memberi projek kepada Scomi dengan harga yang lebih tinggi. Terpaksa? Malah seorang kenalan di Scomi mengakui, projek di Scomi sejak Pak Lah memegang kerajaan begitu banyak. Hebat sangatkah Scomi sampai berjaya dianugerah pelbagai projek?
Owh, itulah sumbang UMNO dan BN kepada PETRONAS. How stupid do they expect us to be?!
Apapun, saya berpuas hati dengan penghujahan Anwar dan kebodohan Shabery. Rata-rata yang menghubungi saya selepas menonton debat tersebut memberitahu mereka berpuas hati dan bangga dengan hujah Anwar. Mereka juga mual bila dikatakan PETRONAS maju kerana UMNO. Satu hujah yang langsung tidak boleh diterima akal. Ramai juga yang tidak berpuas hati kerana tempoh debat yang terlalu singkat.
Anyway, kita tunggu esok untuk melihat reaksi majoriti masyarakat di Malaysia. Apakah mereka terus diperbododkan dengan kisah silah Anwar? Ataupun terus sedar bahawa UMNO dan Barisan Nasional sedang membawa Malaysia ke arah kehancuran?
Tahniah Anwar! Takziah Shabery! Apa lagi, janji nak letak jawatan kan? Silakanlah meletak jawatan secepat mungkin…
hmm,,puas hati nampaknya,,walaupun tak dapat tgk secara langsung,,ana pun rasa much more better than yb salahudin n shahrir dulu,,
ermm..betul, ok dari yg sebelum ni.. Kepakaran anwar kan pancung org..hehe lagipun, shabery bercakap sbg org atasan..yg xtau susah payah dan penat lelah orang bawahan..hujah2 dia sume seperti menjadi arahan spy ubah mind set spy terima kenaikan taraf hidup kita mengikut negara2 barat yg skrg tahap inflasi meningkat. Secara psikologinye..hujahnya mmg xdpt diterima oleh rakyat krn manusia biasa mmg xsuka paksaan. Add value pada anwar sbb dia pernah menyandang jawatan TPM dan menjaga kewangan negara dulu..dia tahu selok belok kewangan dan sistem ekonomi kita..pengalaman tu penting.. 😀
puas rse nyer dpt tgok debat secara live……trime ksh DSAI krna telah mnjwb semua soalan yg diajukan kpd anda dgn hati yg ikhlas dan tdk ada selindung2.Tuhan sntasa bersma org2 yg bersbar……insyaallah kesbran anda akn membuah kn hsil tdk lamer lg….AMIN
Tahniah, apa-apa pun setakat ini jawapan atau keputusan rasmi untuk pilihanraya permatang pauh sudah pun terungkai.. kemenangan dengan majoriti melebihi calon BN di perolehi oleh pihak DSAI (PKR), tahniah Dato seri Anwar Ibrahim. Jalanilah tanggungjawab yang di pertanggungjawabkan kepada Dato Seri, amanah rakyat perlu di titikberatkan. pada masa yang sama kami ingin mempelawa kepada blogger2, pelawat2 blog supaya Dapatkan Perisian E-Perakaunan (E-Perniagaan) untuk kegunaan kira-kiraan dalam kerja perakaunan. Elok bagi individu yang berurusan dengan kerja-kerja akaun. Di jamin 100% dengan sokongan / memiliki perisian ini, pelajar tingkatan 3 dapat melakukan kerja-kerja perakaunan sebagaimana kerani kewangan, akauntan dan graduan-graduan universiti Untuk keterangan lanjut sila layari laman web http://www.guamusang.net
[…] Baca baki entri ini » […]