Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Disember 2006

~ Hatiku Milik-Mu ~

Hari ini, kebetulan saya tidak mempunyai banyak kerja di pejabat. Alhamdulillah, minggu ini saya telah ‘bebas’ daripada tugasan-tugasan stress engineer yang membuatkan saya stress sendirian. Masa yang terluang saya curikan untuk menghayati cerpen Islamik yang saya download tempoh hari. Mungkin ada yang sudah membacanya, mungkin ada yang belum.

Merasakan cerpen tersebut mempunyai nilai dan mesej yang cukup bermakna, saya berbesar hati untuk berkongsi cerpen tersebut dengan anda. Saya sertakan sebahagian sinopsisnya. Bakinya, perlu anda download dan hayati sendiri.

Tatkala dunia cinta pilihannya dilalui, suara imannya berbicara. Antara dua cinta yang dicari bukanlah segalanya… Hatinya terkesima pada cinta Allah dan Rasul yang mengajaknya kembali kepada tarbiyyah dan da’wah yang pernah dilalui. Cinta tarbiyyah dan da’wah, cinta yang cuba diusir daripada hidupnya kerana terlalu kecewa dengan cinta si dia yang tak berbalas. Baginya, tarbiyyah dan da’wah lah orang ketiga yang merampas cintanya. Namun, tarbiyyah dan da’wah tak pernah kecewa merebut cintanya. Cinta perjuangan itu memburunya saban waktu dengan perantaraan teman-teman tercinta, terutamanya yang sama-sama menuntut di Sekolah Taman Islam. Rupa-rupanya, cinta Allahlah yang berkuntum segar di sebalik cinta tarbiyyah dan da’wah.

Berminat untuk teruskan membaca? Download Hatiku Milik-Mu!

Owh, anda tak perlu risau kelembapan download kali ini. Dulu saya menggunakan free hosting, sekarang saya sudah upgrade ke hosting berbayar. Harapnya anda berpuas hati dengan kelajuan server murah ini.

Saya juga telah mengemaskini kesemua e-book yang telah saya kongsikan sebelum ini ke hosting baru saya. Jadi untuk mereka yang gagal mendapatkan mana-mana e-book sebelum ini, anda boleh cuba lagi kali ini. Disebabkan hosting ini terletak di Malaysia, maka is tidak terjejas akibat gempa di Taiwan.

Harap pembaca sekalian berpuas hati dengan upgrade ini. Sekiranya anda ingin saya menolong anda untuk hosting sebarang bahan Islamik, silalah emel saya. Insya-Allah saya sudi membantu.

Wallahualam…

Read Full Post »

Berikut merupakan petikan daripada HarakahDaily sebagai menjawab pendapat Mufti Perlis, Ustaz Asri berkenaan dengan serbuan dan tangkapan terhadap pasangan khalwat. Semoga dengan perkongsian ini, kita mampu meyakini bahawa hujah Ustaz Asri ada khilaf dan wajar diperbetulkan.

Pertama: Menyalah-tafsirkan makna hak peribadi menurut Islam.

Kenyataan akhbar tersebut menyebutkan bahawa Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin mengatakan amalan tersebut adalah bertentangan dengan prinsip hak peribadi menurut ajaran Islam dan juga terjumlah kepada suatu tindakan pencerobohan.

Penjelasan: Di dalam Islam, hak peribadi diiktiraf selagi ia tidak bercanggah dengan hukum Syarak. Tidak ada di dalam Islam apa yang dinamakan hak atau kebebasan untuk melakukan maksiat atau kemungkaran. Seorang muslim tidak hanya diseru menjauhi munkar dan maksiat, malah diseru agar mengelak dari tempat-tempat yang meragukan, yakni menimbulkan salah tanggap orang lain terhadap dirinya. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Elakkanlah dari yang meragukan kepada yang tidak meragukan.” (Riwayat Imam at-Tirmizi dan an-Nasai. Menurut Imam at-Tirmizi, hadis ini sahih)

Berkata Imam al-Mawardi di dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah (Hukum-Hakam Pemerintahan) dalam bab berkenaan al-Hisbah (Tugas menjalan amar makruf nahi munkar):

“Jika orang yang bertanggungjawab menjalankan tugas amar makruf nahi munkar (yakni al-Muhtasib) telah melihat seorang lelaki bersama seorang wanita di satu jalan yang sunyi, maka kedudukan jalan yang sunyi itu merupakan suatu yang menimbulkan keraguan (terhadap pasangan tersebut), maka hendaklah ia menegah mereka; namun janganlah tergesa-gesa mengenakan hukuman/denda ke atas mereka berdua kerana dibimbangi wanita itu adalah mahramnya.

“Jika ia dapati wanita itu adalah mahramnya, maka hendaklah ia berkata kepada lelaki tersebut: ‘Jagalah wanita kamu itu dari tempat-tempat yang mendatangkan keraguan.

“Adapun jika ia mendapati wanita itu bukan mahramnya, maka hendaklah ia berkata kepada lelaki itu: ‘Takutlah kepada Allah dari bersunyian (dengan wanita yang bukan mahram) yang akan membawa kamu kepada melakukan maksiat kepada Allah.’ Dan cara ia bertindak mencegah perkara tersebut hendaklah bergantung kepada tanda-tanda yang dilihatnya.” (Halaman 376)

Jika berada di satu jalan yang sunyi sudah dianggap meragukan, maka bagaimana jika seorang lelaki dan wanita yang diketahui bukan muhrim dilihat oleh orang yang mengenali mereka telah menyewa bilik yang sama. Tidakkah itu lebih meragukan? Adakah hal sedemikian perlu dibiarkan dengan alasan menjaga hak peribadi?

Kedua: Mufti Perlis berkata, Islam tidak menggalakkan manusia untuk pergi mendedahkan perbuatan maksiat.

Penjelasan:Sememangnya Islam tidak menggalakkan pendedahan maksiat, namun harus diingat bahawa Islam juga mewajibkan maksiat dicegah apabila ia berlaku atau diketahui akan berlaku. Pencegahan terhadap munkar menjadi tanggungjawab yang amat besar di dalam Islam.

Ini dibukti dengan banyaknya ayat di dalam al-Quran yang mewajibkan umat Islam melaksanakan tugas al-‘amru bil-makruf wa an-nahyu ‘anil-munkar (mengajak kepada makruf dan mencegah dari munkar). Mengikut banciannya, sebanyak sembilan kali perintah tersebut diulang oleh Allah di dalam al-Quran.

Apabila dua orang yang bukan mahram dilihat atau diketahui berada dalam satu bilik yang tertutup, adakah mereka tidak perlu diselidiki atau dicegah dengan alasan Islam tidak membenarkan pendedahan maksiat atau munkar? Apakah apabila telah berlakunya zina dan perempuan yang terlibat dilihat mengandungkan anak haram, ketika itu barulah pencegahan boleh dibuat?

Kita meyakini bahawa para pegawai agama yang menjalankan operasi pencegahan maksiat, niat dan tujuan mereka pergi ke sarang maksiat atau ke tempat-tempat yang dikhuatiri berlaku maksiat bukan untuk mendedah maksiat tetapi untuk menyelidik dan melakukan pencegahan jika didapati maksiat/munkar benar-benar berlaku.

Tugas ini menepati peranan Hisbah yang telah lama dihuraikan oleh ulamak-ulamak Islam dalam kitab-kitab karangan mereka. Malah menurut ulamak, peranan Hisbah ini adalah salah satu cabang tugas atau tanggungjawab yang wajib dilaksanakan dalam sebuah pemerintahan Islam. Huraian lebih terperinci tentang Hisbah ini akan kita kemukakan di depan nanti.

Ketiga: Mufti Perlis berpendapat prinsip amr makruf nahi munkar hanya boleh dilaksanakan apabila sesuatu perbuatan maksiat dan jenayah dilakukan secara terbuka.

Penjelasan: Kenyataan tersebut pada amnya benar, namun ia memerlukan penjelasan lanjut untuk mengelak kekeliruan.

Dalam Sistem Pemerintahan Islam terdapat satu jawatan khusus yang dinamakan al-Hisbah. Orang yang menjawatnya dinamakan al-Muhtasib. Jawatan Hisbah tersebut berperanan secara rasmi bagi menangani tugas dalam negara untuk mengajak orang ramai kepada makruf (melaksana perintah Allah) dan mencegah munkar dan maksiat.

Menurut ulamak, antaranya Imam al-Mawardi; Al-Muhtasib (orang yang menjawat jawatan Hisbah tersebut) hendaklah benar-benar menjalankan peranannya tersebut. Tidak harus ia meninggalkan peranan tersebut kerana urusan-urusan yang lain.

Atas dirinya tugas amar makruf nahi munkar adalah fardhu ain yang tidak boleh diabaikan. Kenyataan tersebut menggambarkan kepada kita bahawa betapa pentingnya tugas amar makruf dan nahi munkar dalam sebuah negara dan masyarakat Islam pada pandangan ulamak. (al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 363)

Dalam hal berkaitan dengan perbahasan kita, Imam al-Mawardi menjelaskan: “Harus al-Muhtasib untuk menyelidik kemungkaran-kemungkaran yang diketahui secara zahir dengan tujuan untuk mencegahnya dan juga menyemak jika ada perkara makruf (perintah Allah) yang diabaikan dengan tujuan untuk mengajak orang ramai melaksanakannya.”

Sememangnya munkar yang menjadi tanggungjawab al-Muhtasib menurut ulamak ialah munkar yang zahir. Lebih jelas, para ulamak meletakkan tiga syarat bagi munkar yang hendak dicegah oleh al-Muhtasib:

1. Munkar itu adalah munkar yang zahir.

2. Munkar itu ialah munkar yang sedang berlaku atau dikhuatiri berlaku, yakni bukan munkar yang telah berlalu (kerana munkar yang telah berlalu menjadi tanggung jawab pemerintah untuk mengenakan hukuman).

3. Munkar itu bukanlah yang diiktilafkan terhadap hukum munkarnya.

Namun demikian, perlu difahami bahawa syarat pertama (iaitu hendaklah munkar itu zahir), bukan bermaksud hanya munkar yang berlaku terang-terangan atau di depan mata sahaja yang perlu diselidiki dan dicegah.

Secara tepatnya, syarat tersebut bermaksud: “Hendaklah munkar itu terdedah kepada al-Muhtasib atau sampai ke pengetahuannya, bukan melalui intipannya.”

Menurut penjelasan Dr. Abdul-Karim Zaidan: “Termasuk dalam pengertian munkar yang zahir (nyata) ialah mana-mana tempat yang dirasai oleh al-Muhtasib dengan sangkaan yang ghalib bahawa terjadi munkar di situ, maka wajib atasnya untuk keluar ke tempat tersebut dan melakukan pemeriksaan serta pencegahan. Tidak harus ia mengabaikan perkara tersebut dengan duduk di rumahnya dengan alasan munkar itu belum berlaku atau belum diketahui.” (Usul ad-Dakwah, hlm. 190)

Berhubung dengan hukum melakukan intipan oleh al-Muhtasib, menurut Imam al-Mawardi dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah; larangan-larangan Allah (maksiat atau munkar) yang tidak zahir (yakni yang tidak terdedah atau tidak sampai ke pengetahuan al-Muhtasib), tidak harus ia membuat intipan terhadapnya.

Oleh demikian, tidak harus al-Muhtasib mengintai-ngintai ke dalam rumah seseorang untuk melihat ada berlaku munkar atau tidak.

Namun dalam pada itu, beliau (yakni Imam al-Mawardi) menegaskan; jika al-Muhtasib merasai dengan sangkaan yang ghalib bahawa ada kumpulan atau pasangan sedang merancang secara rahsia untuk melakukan munkar berdasarkan tanda-tanda atau kesan-kesan yang dapat dilihat atau menjadi petunjuk, maka dalam hal ini, hendaklah diperhatikan jenis munkar tersebut.

Pertama: Munkar dari jenis yang boleh membawa kepada rosaknya kehormatan jika dibiarkan seperti pembunuhan atau penzinaan.

Contohnya al-Muhtasib telah diberi tahu oleh seorang yang siqah (dapat dipercayai) bahawa seorang lelaki sedang bersunyian dengan seorang wanita (yang bukan mahram) untuk berzina dengannya. Dalam kes ini menurut Imam al-Mawardi, harus al-Muhtasib membuat intipan dan melakukan tinjauan atau siasatan.

Kedua: Munkar dari jenis yang tidak sampai pada tahap tersebut, maka tidaklah harus dilakukan intipan oleh al-Muhtasib.(Rujuk halaman 379-380)

Itu adalah ulasan Imam al-Mawardi tentang munkar yang berlaku secara tertutup.

Adapun munkar atau maksiat yang dilakukan di tempat terbuka (di taman, di tepi jalan, tempat-tempat reakreasi dan sebagainya), apa yang dapat kita fahami dari tulisan beliau dalam kitab tersebut adalah munkar-munkar yang berlaku secara terang-terangan tidak harus dibiarkan sama sekali.

Menjadi kewajipan al-Muhtasib (atau pegawai agama yang bertanggung jawab hari ini) untuk melakukan tindakan mencegahnya sama ada dengan amaran atau disusuli dengan denda/hukuman jika perlu. Malah beliau menyebutkan:

“Jika seorang lelaki terang-terangan meminum arak di khalayak ramai, jika ia seorang muslim, maka hendaklah dicurahkan araknya dan dikenakan hukuman ke atasnya.

“Jika ia seorang kafir zimmi, hendaklah didenda atas kesalahan meminum arak secara terang-terangan (bukan atas kesalahan meminumnya).” (al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 377)


Sekian dibawakan untuk tatapan sidang pembaca. Untuk berita penuh, sila rujuk Pemuda PAS Pusat sanggah Mufti Perlis.

Maaf kiranya penjelasan ini agak lewat. Tetapi bak kata mat salleh, better late than never!

Read Full Post »


Sekadar memaparkan beberapa gambar yang membuktikan PAS tidak pernah melupakan rakyat yang menderita. Walaupun PAS bukanlah kerajaan yang memerintah, dan Johor terkenal sebagai kubu kuat UMNO, PAS tetap turun membantu.


Gambar-gambar ini mungkin tidak akan kelihatan di akhbar seperti Utusan mahupun Berita Harian. Yang biasanya dipaparkan, muka menteri-menteri Barisan Nasional yang kadang-kadang pertama kali turun padang.

Sekilas ikan di air, sudahkah anda tahu jantan betinanya?

Read Full Post »

Sekadar berkongsi dengan pembaca antara gambar yang menarik sewaktu Perhimpunan 15000 Pemuda PAS yang dibuat di Padang Perdana, Kota Bharu, Kelantan. Walaupun dibuat di tengah panas terik, Pemuda PAS tetap bersemangat mendengar ucapan dan amanat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz.

Saya tertanya-tanya, mampukah Pemuda UMNO melaksanakan himpunan yang serupa? Dibuat ditengah padang yang lecak, dibawah terik matahari yang membakar. Mampukah mereka? Mereka biasanya berhimpun di dewan yang berhawa dingin. Kerusi yang empuk. Makanan yang lazat².

Anda nilaikan…

Read Full Post »

Semalam, berita di Utusan Online menyiarkan tentang sikap PAS yang lebih bersemangat untuk menghadapi pilihanraya daripada menolong mangsa banjir. Malah dalam ruangan ‘Senyum Kambing’nya, Pemuda PAS telah diperli kerana mengabaikan rakyat Johor yang sedang dilanda banjir.
Agak melucukan jika diamati dan diteliti dakwaan Utusan dan UMNO. Mereka mengatakan PAS ghairah nak berpilihanraya sampai mengabaikan rakyat. Namun mereka lupa tentang Pak Lah yang lebih ghairah MELANCONG dan BERCUTI daripada turun padang menolong mangsa banjir. Pak Lah bukanlah orang sembarangan, tetapi PERDANA MENTERI. Rakyat sedang menderita, Pak Lah bersuka ria?

Nah, siapakah yang melupakan rakyat? Selepas lawatan Pak Lah ke Venezuala, Pak Lah telah pergi bercuti selama dua minggu. Ketika itu permulaan banjir di Johor. Beginikah pemikiran dan hati perut seorang ‘Mr.Nice Guy’? Untuk orang UMNO, mereka ibarat kata pepatah, “Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak”.

Walhal, sekiranya pemfitnah-pemfitnah UMNO ini hadir ke Perhimpunan 15000 Pemuda tersebut, sudah pasti mereka akan mendengar lafaz janji setiap cawangan untuk menyumbang membantu mangsa banjir di Johor dan negeri-negeri yang sewaktu dengannya. Bukan setakat itu sahaja, telah diadakan kutipan derma kilat di mana sebanyak lebih RM12K berjaya dikutip dalam jangka masa tak sampai 30 minit.

Kepada Utusan Melayu, walaupun sudah hampir berkubur (bergabung dengan NST), namun jagalah etika kewartawanan anda. Pastikan berita yang ditulis BENAR dan BEBAS daripada unsur politik. Kalau tidak, lebih baik Utusan menjadi lidah rasmi UMNO. Bukannya wadah perjuangan Bangsa Melayu.

Akhirul kalam, semoga kebenaran ditegakkan. Semoga Islam terus dipertahankan. Dan semoga mangsa banjir terus dipermudahkan. Wallahualam…

Rujuk – Pemuda PAS nafi tidak sensitif penderitaan mangsa banjir

Read Full Post »

Mungkin ramai yang belum sedar, ataupun baru tersedar bahawa dalam bulan November lepas, Perlis telah mendapat seorang mufti baru. Personaliti yang dilantik bukanlah calang-calang orang, tapi seorang pensyarah merangkap penceramah yang begitu terkenal. Siapa ye?
Orang yang dimaksudkan ialah Dr Asri Zainal Abidin, pensyarah Universiti Sains Malaysia. Beliau telah mencipta rekod sebagai mufti paling muda dilantik, dalam umur 34 tahun. Hebat bukan? Terkenal sebagai seorang yang petah menangkis dakyah Astora Jabat serta ‘pakar’ dalam bidang hadis, beliau juga selalu menulis untuk Majalah I.

Saya tak bermaksud untuk memuji ataupun memuja Dr Asri, cuma saya agak tertarik dengan asbab kerajaan negeri Perlis melantik beliau sebagai mufti. Dalam Majalah I terbaru, dikatakan perlantikan itu kerana Perlis ingin memajukan pemikiran dan kefahaman Darul Sunnahnya. Benarkah begitu?

Perlu saya ingatkan, Dr Asri sebelum ini sering mencetuskan kontroversi dengan penulisan beliau yang kerap mengkritik dan memerli parti politik Islam, PAS. Beliau juga kadang kala mengkritik dasar kerajaan yang kurang Islamik, walaupun biasanya sekadar ‘sembang deras!’.

Setelah dilantik sebagai mufti, pasti ramai yang menantikan beliau mengorak langkah untuk mempertahankan Islam sehebat beliau biasanya berceramah di masjid-masjid. Apakah Dr Asri mampu untuk menjadi seberani dan setegas Dato’ Harussani? Ataupun beliau sekadar mufti-gelaran semata?

Jumaat lepas, saya dikejutkan dengan berita di akhbar TheStar berkenaan dengan pandangan Dr Asri tentang serbuan ke atas pasangan yang berkhalwat. Berikut merupakan padangan beliau:

The bigger issue than catching couples committing khalwat (close proximity) behind closed doors is preventing sinful acts in the open, a state mufti (jurist expert on Islamic law) said.

“I’m not condoning sinful acts, but we must address the bigger issue of amar makruf nahi mungkar (practising good, rejecting the bad) or sinful things which are being carried out in the open and can cause trouble to society,” said Perlis Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


“Yes, Islam compels us to stop mungkar (evil deeds), but it does not say we can shame people or spy on them.

“Nor does it allow us to accuse someone of doing something or to look for acts of sin in hidden places.

“Prophet Muhammad didn’t say ‘Let’s spy on people (if they commit khalwat)’.

“To stop praying to Allah is a bigger sin than committing khalwat, but do we want to go to the extent of organising raids to check whether a Muslim is performing his prayers faithfully?”

Full news?

Pandangan beliau ini tidaklah 100% betul ataupun salah. Memang kesilapan dalam melakukan serbuan boleh memalukan Islam. Namun apakah itu bermakna kita harus membiarkan ia terus berlaku? Dr Asri sepatutnya lebih bijak mengeluarkan pendapat, takut disalahertikan oleh media dan orang ramai. Apatah lagi apabila ditaklifkan sebagai seorang mufti ataupun ‘jurist expert on Islamic law’.

Seperti disangka, banyak pihak yang suka melihat Islam porak peranda pasti menyambut padangan beliau dengan gembira. Antaranya Sisters in Islam dan Zainuddin Maidin. Berikut adalah hujah sokongan daripada SIS:

Sisters in Islam (SIS) agrees that the state has no role in policing morality.

It said yesterday that it agreed with Perlis Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin that state religious authorities should stop spying, snooping and looking for couples to be charged with khalwat.

“Dr Mohd Asri is right in saying that the recent case of a khalwat raid mistakenly carried out against an elderly American couple in Langkawi was an example of an operation that did not follow Islamic principles.”

The group said the practice of moral policing went against the injunctions laid out in various verses in the Quran, such as “?do not pry into others’ secrets?” (Surah Al-Hujurat 49:12); “Do not enter other houses except yours without first asking permission and saluting the inmates?If you are asked to go away, turn back. That is proper for you” (Surah An-Nur 24:27, 28).

“We have also pointed out repeatedly that moral policing by state religious authorities has often led to rampant abuses of power.

“We have maintained from the outset that the Syariah Criminal Offences Enactment is vaguely drafted so that its ‘catch all’ provisions provide room for abuse by enforcement officers,” said SIS in a statement.

Full news?

Seperti disangka, SIS pastinya sangat gembira kerana ada mufti yang telah ‘berpihak’ kepada mereka. Zainuddin Maidin, wakil kerajaan Islam Hadhari turut menyambut baik pandangan Dr Asri:

The Perlis Mufti has come under some fire for his views on khalwat (closed proximity) raids but he has found another supporter in Information Minister Datuk Zainuddin Maidin.

While the Malaysian Islamic Development Department (Jakim) was reported yesterday as having dismissed Dr Mohd Asri Zainul Abidin’s view that enforcement officers should stop spying on khalwat couples, Zainuddin said Dr Mohd Asri was right in saying that there were other sinful acts committed in the open, which had been overlooked by the ulama.

“It’s about time the ulama start thinking out of the box,” Zainuddin told reporters when opening a seminar on “Merbok – Tourism Prospects and Potential” here yesterday.

He said the act of publicly embarrassing couples found in close proximity would not make them repent or learn but would instead make them angry and more defiant.

“This approach to correct the wrongdoing of others is not the Islamic way,” he said.

While Sisters in Islam had also voiced its support in The Star yesterday for Dr Mohd Asri’s proposal, Jakim director-general Datuk Mustafa Abdul Rahman dismissed it as merely the view of one individual.

Full news?

Bagi saya, Zainuddin Maidin patutnya memerhatikan apa yang ditayangkan oleh pihak stesen penyiaran yang semakin melampau. Ini nak menyibuk menyokong saranan agar usaha menangkap pasangan khalwat dihentikan. Nasib baik JAKIM tidak terikut-ikut dengan pendapat Dr Asri.

Serentak dengan pandangan Dr Asri, menteri di Jabatan Perdana Menteripun mengumumkan isu ini akan dibawa ke Majlis Fatwa (Rujuk berita ini). Begitu mudah! Saranan dan pendapat Dato’ Harussani walaupun disokong oleh alim ulama lain, tidak begitu mudah dibawa ke Majlis Fatwa. Kenapa ada double standard?

Ini sedikit sedutan daripada berita di akhbar Melayu yang sudah hampir layu:

Dr. Asri menambah, jika isu seperti khalwat menjadi keutamaan pihak berkuasa dengan melakukan serbuan maka perkara mungkar yang lain juga wajar diambil tindakan yang sama.

‘‘Kalau begitu kita kena intip rumah-rumah yang dikatakan berlaku kemungkaran termasuk suami isteri yang mungkin melakukan perkara mungkar seperti tidak bersembahyang dan menahan pasangan lelaki dan perempuan yang menaiki kereta yang sama,” ujarnya.

Mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman yang mahu mengadakan muzakarah bagi membincangkan cadangan itu, katanya, beliau akan berjumpa dengan Jakim esok.

Dr. Asri memberitahu, umat Islam boleh bertindak menyekat kemungkaran sekiranya sesuatu perbuatan mungkar itu melibatkan kepentingan pihak lain seperti rasuah, dadah atau meminum arak yang mendatangkan masalah kepada orang lain.

Dosa khalwat katanya, hanya melibatkan antara mereka yang berkenaan dengan Tuhan dan mereka juga mungkin bertaubat setelah dihadapkan ke mahkamah.

Berita penuh?

Saya tidaklah bermaksud untuk tidak bersetuju dengan pendapat beliau yang nyata lebih arif. Tetapi sepatutnya beliau mengambil kira bahawa setiap pernyataan beliau akan memberi impak kepada seluruh negara. Beliau bukan sekadar penceramah jalanan seperti dulu. Beliau sekarang seorang MUFTI. Umat Islam memandang mufti dengan harapan yang menggunung agar Islam dipertahankan. Tetapi…

Akhirul kalam, saya biarkan anda menilai sendiri situasi yang sedang berlaku. Sila baca artikel dalam link berikut yang berkaitan dengan isu ini:

  1. Menjaga Kesempurnaan Islam
  2. Undang-undang Khalwat Perlu Diperkemas
  3. Isu serbuan khalwat: Pemuda PAS bantah syor Mufti Perlis
  4. Mufti Perlis “orang muda, bagi dia bercakap”

Wallahualam

Penulis memohon maaf kerana tidak mampu mengemas kini blog ini sekerap dahulu. Insya-ALLAH penulis akan cuba yang terbaik untuk tidak mengabaikan pembaca sekalian.

Read Full Post »

Rasanya ramai sudah mengetahui kisah menyayat hati, tragedi yang berlaku di Kampung Berembang. Sekitar sebulan yang lepas, penempatan setinggan penduduk di sana dimusnahkan. Alasannya mudah, untuk membuka laluan kepada pembangunan. Walaupun surat penangguhan dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, pegawai penguatkuasa tidak ambil peduli. Mungkin Khir Toyol lebih berkuasa dari Pak Lah…

Ketika penempatan mereka dirobohkan, ada antara anak-anak penduduk sedang menduduki peperiksaan SPM. Terdapat gambar-gambar menunjukkan pelajar-pelajar malang ini terpaksa mengulangkaji pelajaran di bawah khemah yang tak serupa khemah. Inilah kekejaman seorang anak Toyol!

Tak cukup dengan merobohkan penempatan penduduk, minggu lepas, mereka merobohkan pula surau yang menjadi satu-satunya tempat berlindung untuk kanak-kanak dan wanita yang penempatan mereka dimusnahkan. Malah surau itu jugalah tempat mereka mengabdikan diri pada yang ESA.

Tindakan penguatkuasa tersangatlah kejam. Lebih menyedihkan, kebanyakan penguatkuasa adalah orang Melayu yang rasanya Islam. Saya tak pasti adakah mereka benar-benar Islam kerana mereka tidak berasa sedih dengan tindakan mereka merobohkan tempat ibadat umat Islam sendiri.

Jika di Pulau Pinang, sebuah tokong gagal dirobohkan kerana dihalang, di Selangor, sebuah surau dirobohkan walaupun ditentang. Wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa kerakusan dan keganasan penguatkuasa apabila diperlakukan dengan kasar. Kejam lagi biadap!

Saya tak tahu apa lagi istilah yang sesuai untuk manusia kurang ajar seperti ini… Biarlah ALLAH membalas kembali kejahatan puak ini yang sangat tidak brperikemanusiaan.

Wallahualam…

Rujuk – Catatan perobohan surau Kampung Berembang

Read Full Post »