Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Oktober 2005

Tatkala jemari ini sudah lama tidak menulis ‘blog’, hati ini teruja untuk mencoretkan kegalauan perasaan yang dirasai ketika ini. Namun, saya bukanlah seorang penulis yang mampu mengatur ayat-ayat pujangga yang puitis lagi dramatis. Saya bukanlah seorang pemidato mahupun penceramah yang mampu mengegarkan sidang hadirin yang mendengar. Saya hanyalah seorang insan kerdil yang penuh dengan kelemahan, tetapi mempunyai impian… Impian untuk mengapai sebuah kejayaan.

Kebetulan saya baru menghabiskan pembacaan sebuah buku bertajuk “How to Win Friends and Influence People”, karangan Dale Carnegie, seorang pakar dalam Human Relation. Alhamdulillah, buku tersebut banyak mengajar saya tentang kelemahan dan kesilapan saya. Apa yang ditulis dalam buku tersebut adalah perkara yang kita sendiri mudah terfikir, tapi jarang pula kita hendak mengaplikasi. Cukuplah sekadar saya mengambil salah satu ayat daripada buku tersebut,yang lebih kurang bunyinya; Layanlah seseorang itu dengan cara kita mengharapkan kita dilayan.

Kita sukakan pujian, penghargaan. Oleh itu, berikanlah penghargaan kepada mereka yang berhak. Ringankan mulut untuk memberi pujian, yang ikhlas dari hati. Mendambakan pujian dan penghargaan tidak bermaksud kita tidak ikhlas, tetapi akuilah bahawa itu adalah fitrah insani. Tipulah sekiranya anda tidak pernah mengharapkan jasa anda dihargai. Hargailah apa yang orang lakukan untuk anda…

Setiap manusia juga mempunyai ego yang tersendiri. Manusia yang tidak mempunyai ego adalah manusia yang dayus. Sebagai seorang manusia, hormatilah pandangan dan idea orang lain. Walaupun salah, dalam kesalahan itu ada juga betulnya. Cuba fikirkan, mengapa si dia berfikiran begitu? Letakkan diri anda dalam diri si dia, dan jadilah orang yang memahami. Usah mengharapkan orang memahami anda, kitalah yang sepatutnya memahami orang lain. Kerana mengubah diri sendiri lebih mudah daripada mengubah orang lain.

Banyak lagi ilmu yang dikongsi oleh Dale Carnegie dalam buku tersebut. Luangkan masa anda untuk membaca dan memperbaiki diri… Membaca sahaja tidak cukup, tetapi aplikasikan dalam kehidupan seharian sebagai seorang pelajar, pemimpin, mahupun dae’i.

Advertisements

Read Full Post »

Mahar Cinta….

Sekali-sekala… Selepas lama menghilang, seronok juga melayan hati dan perasaan. Saya cuba menghayati lirik lagu Mahar Cinta daripada kumpulan Devotees ini;

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata² yang terucap
Pasti dirimu kan berbahagia
Harapan kasih yang terbiar
Sekian lama disudut hatiku
Hanyalah untukmu…

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa dijiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan
dan mimpi indah hingga terabai segala cinta
Sedang kahayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yg dilafazkan
Bukan sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata² yang terucap
Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yg terpendam sekian lama
di sudut hatiku
Hanyalah untukmu…
Selamanya…

Cukup mengamit perasaan. Heheh… Apapun, segalanya bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk menepis godaan syaitan dan hawa nafsu. Hanya mereka yang mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang utuh terhadap-Nya mampu menghadapinya dengan tenang. Janganlah kita menjadi mereka yang hanyut dalam keasyikan dibuai perasaan.

Read Full Post »

Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.

Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.

_________________
jadilah sahabat yang baik…
Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.
Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Binalah nilai seorg sahabat yg baik..

Read Full Post »

Malam menifesto!

Malam menifesto untuk calon² pilihanraya MPPUTP 2005/2006 telah berakhir. Malam yang sepatutnya digunakan oleh pelajar untuk mengenali bakal pemimpin mereka tidak digunakan sebaiknya. Sasaran seramai 500 pelajar lesap, yang hadir hanyalah kira² 200 orang sahaja. Bagaimana cara yang terbaik untuk memupuk kesedaran dalam diri pelajar yang kononnya, “The best among the best” ini? Sama²lah kita fikirkan…

Ucapan yang disampaikan oleh lebih kurang 15 orang calon (termasuk 6 yang telah menang tanpa bertanding) jelas memperlihatkan kepelbagaian gaya. Bak kata seorang calon, “Creativity in diversity” di mana saya amat bersetuju dengan kata²nya. Ramai antara ahli pemikir mengatakan bahawa “team” yang terbaik adalah yang terdiri dari pelbagai gaya kepemimpinan. Insya-Allah, itu yang kita harapkan.

Saya tertarik dengan soalan² yang dikemukan pada malam tersebut. Dan Alhamdulillah, saya merupakan calon yang paling banyak disoal. Saya bersyukur kerana dengan soalan tersebut, saya dapat membuktikan dua perkara; MPPUTP 2004/2005 telah menjalankan tugas dengan sebaik mungkin, walaupun terdapat sedikit kelemahan. Dan yang kedua, mereka yang bertanya adalah mereka yang ‘jahil’ kerana kurangnya kesedaran mereka.

Kita lihat perkara kedua. Bagi saya. mereka seperti ‘Bangau oh bangau’ yang menuding ke sana sini tetapi tidak mahu melihat kelemahan diri sendiri. Mereka ibarata manusia yang sentiasa inginkan tongkat, seperti kebanyakan orang MELAYU. Sentiasa nak disuap. Usaha dari diri sendiri tidak ada. Yang ada hanyalah sifat PHD (perasaan hasad dengki) dan hendak menjatuhkan orang lain.

Mereka ini tidak berani untuk sendiri menjadi calon atas alasan, “Aku tau aku tak mampu”, “Aku tak gila kuasa” dan lain². Kalau tau diri tak mampu, maknanya mereka tau tanggungjawab sebagai MPP itu berat dan mereka sendiri sekiranya menjadi MPP pasti lagi teruk. Mereka yakin tentang itu. Tetapi, mereka masih mahu mengutuk MPP atas dasar PHD mereka, busuk hati yang selalu sangat dimiliki oleh orang MELAYU yang ISLAM.

Bila bicara bab Gila Kuasa pula… Lebih menyedihkan. Sekiranya nak kata mereka yang hendak menjadik MPP itu gila kuasa, maknanya tidak perlu ada pemimpinlah. Lagi mudah. Sekurang²nya mereka yang bertanding, ada inisiatif untuk membantu mewakili pelajar, walaupun tahu itu tanggungjawab yang berat. Mereka sanggup dimaki, dicaci, dihina dan lain² semata² untuk kepentingan pelajar yang lain. Tapi masih ada yang busuk hati tak terkata ini menuduh calon² ini gila kuasa. Pelik bin ajaib sikap orang MELAYU ISLAM ini.

Inilah yang saya kira, kurangnya kematangan dalam diri mahasiswa UTP yang MELAYU ini… Walaupun ada yang merupakan anak kepada Presidan sebuah pertubuhan ISLAM terkemuka. Sebab itulah dalam sebuah lagu Raihan, mengatakan “iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang beriman”. Sungguh mengecewakan.

Apapun, saya mengucapkan tahniah kepada mereka yang berani untuk bertanding dan memikul amanah yang kelak, ALLAH akan persoal di akhirat. Meletakkan sebelah kaki di neraka bukannya benda yang main². Menjadi pemimpin ibarat antara syurga dan neraka. Namun, tidak semua yang faham. Malah ada yang faham, tapi buat² tak faham. Biarlah ALLAH yang membalasnya. Moga mereka kelak memperoleh hidayah.

Wassalam.

Read Full Post »