Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Februari 1990

Isu kesukaran untuk mendapatkan bantuan Tabuan Bantuan Penyakit sekali lagi heboh. Peruntukan tabung berkaitan yang tidak digunakan walaupun diberi peruntukan RM100 juta menimbulkan tanda tanya; adakah Kementerian Kesihatan terlalu memilih ataupun tiada pemohon yang layak? Walhal jika melihat kepada laporan media massa, banyak pihak mengadu memohon bantuan.
Kali ini isu ditimbulkan oleh Mohamad Arif Samsudin, 58, apabila terpaksa membelanjakan RM3.8 juta untuk membiayai kos rawatan anaknya. Duit tersebut hasil gadaian rumahnya, barang² kemas isterinya dan juga kerja² sampingan. Kos rawatan anaknya untuk sebulan menjangkau RM25000 untuk balang gas dan lain-lain.

Namun, bila isu ini dihebohkan, jawapan daripada Menteri Kesihatan agak mengecewakan dan bagi saya, kurang ajar.

KUALA LUMPUR 3 Feb. – “Kalau dia boleh keluarkan belanja RM3.8 juta untuk rawatan anaknya, bolehkah dia ditakrif sebagai golongan tidak mampu?” kata Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek.

Katanya lagi: “(Walaupun terpaksa menjual rumah untuk mengumpul kos rawatan) kalau dia golongan tidak mampu, dia tidak akan ada rumah pun.

“Ini bukan soal birokrasi, ia adalah mengikut syarat ditetapkan kerajaan.”

Soi Lek berkata demikian ketika ditanya mengenai kes seorang pesara kerajaan yang gagal sebanyak tiga kali untuk mendapatkan bantuan Tabung Bantuan Penyakit (TBP) bagi membiayai kos rawatan anaknya yang menghidap penyakit paru-paru gagal berfungsi.

Kegagalan itu memaksa Mohamad Arif Samsudin, 58, menjual harta benda termasuk rumahnya dan menagih bantuan pelbagai pihak untuk merawat anaknya, Khadijah Hanim, 19, yang kini bertahan hidup atas bantuan ubat khas dan balang oksigen.

Apakah begini jawapan yang diharapkan daripada seorang MENTERI yang mewakili RAKYAT? Jumlah RM3.8 juta bukan jumlah yang sedikit.

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Bapa Khadijah Hanim, gadis yang menderita penyakit paru-paru gagal berfungsi menjelaskan, wang RM3.8 juta yang dikumpulkan untuk anaknya adalah perbelanjaan yang telah digunakan sejak tahun 1997.

“Ini bukan soal mampu atau tidak, seorang menteri sekali pun jika berada dalam keadaan saya, mereka pun tidak mampu menanggung beban ini,” kata Mohamad Arif Samsudin, 58, yang menjawab alasan Kementerian Kesihatan yang meminggirkan permohonannya untuk mendapatkan pembiayaan Tabung Bantuan Penyakit (TBP).

Beliau yang ternyata kecewa dengan kementerian itu yang seolah-olah meminggirkan permohonannya atas alasan beliau seorang yang berkemampuan, berkata:

“Walaupun saya ada sedikit harta sebelum ini tetapi semuanya telah dihabiskan untuk membiayai kos rawatan anak saya sejak 1997.”

Menurutnya, beliau terpaksa `bergolok bergadai’ sehingga menjual rumah dan barang kemas termasuk cincin perkahwinan, membuat pinjaman Mara dan Bank Rakyat serta berniaga sampai ke Singapura untuk mencari wang. (Sila lihat grafik)

Berita penuh – `RM3.8 juta dibelanja sejak 1997′

Tidak menghairankanlah sekiranya untuk tahun hadapan, Tabung Bantuan Penyakit masih tidak berjaya dipohon oleh mereka yang memerlukan. Kereneh birokrasi dan sikap menterinya yang kejam lagi tidak berhati perut amat mengecewakan. Saya berharap agar Pak Lah masuk campur juga dalam menyelesaikan hal ini. Biarlah rakyat diberi bantuan selayaknya. Janganlah terlalu kejam.

Bersama-samalah kita nantikan jawapan² daripada menteri² lain. Adakah mereka akan bertimbang rasa, ataupun sekadar manambahkan penderitaan Mohamad Arif Samsudin. Wallahualam.

Rujuk juga –

  1. Belanja RM3.8j, gagal mohon tabung penyakit kronik
  2. Sehari satu balang oksigen besar saya habiskan – Khadijah

Advertisements

Read Full Post »