Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Oktober 2006

Sekadar post ringkas tentang penemuan kontena yang menyimpan ikan bersama daging babi beku. Penemuan yang mengejutkan. Lebih mengejutkan, bekalan tersebut adalah untuk restoran-restoran di sekitarnya. Bertambah mengejutkan, bekalan ikan tersebut dikatakan tidak ada masalah untuk diedarkan kerana telah diikrarkan. Hanya bekalan daging babi tersebut yang akan dilupuskan.

Persoalannya, tidak jijikkah anda untuk memakan ikan yang telah disimpan bersama daging babi? Halal dan sucikah ikan tersebut? Pasti timbulnya was-was dan syak wasangka yang amat tinggi. Tambah menyedihkan, pengguna tidak dapat mengenalpasti adakah ikan yang dimakan di restoran (yang berkenaan) merupakan bekalan ikan yang telah disimpan bersama daging babi beku.

Apakah ini satu lagi usaha pihak yang ingin menghancurkan ISLAM? Bukankah dengan merosakkan pemakanan umat ISLAM, maka doa daripada umat ISLAM akan terhijab? Saya risau melihat penemuan mengejutkan sebegini. Ini baru yang diketemukan. Yang gagal diketemu bagaimana?

Menurutnya, pihak Kastam belum menahan pemilik syarikat tersebut.

Difahamkan, daging babi dan ikan itu disimpan dalam kontena itu untuk diedarkan ke beberapa restoran di kawasan berhampiran.

Menurut jurucakap itu, bekalan ikan tersebut diberi kelepasan untuk diedarkan kerana syarikat berkenaan mempunyai permit manakala daging babi itu mungkin akan dilupuskan.

Rujuk Kontena ikan campur daging babi disita

Sekian ‘post-sebelum-ke-ofis’ hari ini. Wallahualam…

Read Full Post »

2 Syawal 1427

Saya bangun Subuh agak lewat. Walaupun tidur sudah terlebih cukup, tapi faham sajalah. Orang demam memang rasa tidurnya tak pernah cukup. Pelik bukan? Nasib baik saya seorang engineer bukan doktor. Saya kurang arif bab ilmu biologi, sejak sekolah memang tak pernah dapat 1A untuk biologi.

Selepas Subuh, saya hanya melelapkan diri seketika. Terasa kebas pula badan jika terlalu dimanjakan begini. Saya melangkah ke dapur mencari pengalas perut. Semalam tidak sempat untuk menjamah makan malam. Saya mengisi perut ala kadar, selera tidaklah terlalu mengancam.

Saya kembali ke katil, cuba mencari keinginan untuk tidur, namun gagal. Saya kembali ke ruang tamu dan menonton TV. Saya tak ingat apa nama cerita yang ditonton. Lama jugalah saya melayan siaran TV. Walaupun tidaklah terlalu menarik, tetapi layan sajalah. Daripada terperap di bilik buat ‘tahi mata’, lebih baik duduk di ruang tamu ini.

Kami pulang ke rumah sekitar waktu Asar. Gembira rasanya dapat menjejakkan kaki ke Istana Taman Siswa II. Walaupun di kampung seronok juga, tapi di rumah lagi seronok. Mungkin sebab lebih selesa dan ada internet yang menjadi kegilaan saya. Lagipun, Alhamdulillah, demam saya makin kebah. Syukur pada-Nya kerana memberikan kekuatan kembali buat yang daif ini.

Walaupun makin sihat, ummi tetap menyuruh saya berjumpa doktor. Sekadar langkah berjaga-jaga. Saya ke Kedah Medical Center (KMC). Lega kerana tidak begitu ramai yang sedang menunggu giliran. Namun kelegaan itu hanya seketika. Doktor yang memeriksa saya tersangatlah pemalas. Tak sampai 5 minit saya di dalam bilik doktor, saya dah dibenarkan keluar mengambil ubat. Dia hanya bertanya itu dan ini, maka siaplah senarai ubatnya. Bedebah betul!

Saya ke bahagian Farmasi dan mengambil ubatan saya. Memandangkan saya melebihi umur 18 tahun, saya terpaksa membayar sendiri. Agak mahal, RM51.30. Kos konsultasi sahaja sudah RM15. Memang saya menyumpah-nyumpah dalam hati. Doktor yang sekadar tanya itu ini dibayar RM15. Ubat yang diberi standard GH saja. Apalah malang nasib diri.

Malamnya saya tidur awal, kesan ubat yang diberi terlalu kuat. Selamat tinggal 2 Syawal…

3 Syawal 1427

Sepatutnya hari ini kami ke Penang, tapi disebabkan saya yang demam serta ummi yang keletihan, kami batalkan saja rancangan kami. Kami sekadar merehatkan diri di rumah sambil melayan tetamu yang sudi hadir. Syukur demam saya tidaklah seteruk hari sebelumnya. Walaupun peningnya masih ada, tapi selsemanya telah banyak berkurang.

Saya teringat jemputan sahabat sekampus untuk konvoi raya di sekitar Alor Setar. Teringin benar untuk turut serta. Namun awal-awal lagi saya sudah menolak memandangkan perancangan asal kami adalah untuk ke Penang. Sahabat sekolah rendah saya turut membuat konvoi sekitar Jitra. Namun demam yang masih bersisa memberatkan jiwa untuk turut serta.

Walaupun tidak dapat bersama dengan sahabat sekolah rendah menjelajah Jitra, saya menjemput mereka ke rumah. Lama benar kami tidak bertemu, hampir 9 tahun. Bukan tempoh masa yang sekejap. Saya menanti dari jam 12 tengah hari, tak sabar-sabar. Tertidur saya dibuatnya; mungkin kerana kesan ubat batuk.

Kawan-kawan saya tiba jam 5.30 petang, agak lewat. Saya sambut mereka di muka pintu dengan wajah demam saya. Semuanya sudah besar panjang. Barulah saya sedar, sayalah yang paling kecil antara semua. Kerdil sungguh diri ini, walaupun 9 tahun dahulu, ada yang lebih kerdil. Apakan daya, ALLAH mentakdirkan diri ini kekal comel sebegini.

Walaupun pertemuan agak ringkas, selama sejam dengan dihidangkan bihun goreng dan kuih muih, ia tetap memuaskan. Berjumpa muka-muka yang suatu ketika dahulu cukup muda dan berbeza. Nostalgia silam mengamit kisah suka dan duka persekolahan dahulu. Kenangan yang pasti tinggal kenangan.

Malamnya, tak banyak yang dibuat. Saya menghayati novel ‘Biarkan Aku Menangis’, karya baru daripada Norhayati Berahim. Kisah yang menarik. Bukan kisah jiwang, tapi kisah kekeluargaan. Saya tak mampu menghabiskan pembacaan dalam satu malam. Apatah lagi memandangkan saya perlu tidur awal; takut demam makin melarat.

4 Syawal 1427

Pagi ini seperti pagi-pagi sebelumnya. Seusai pulang dari solat Subuh di masjid, saya melayari internet. Saya agak kagum dengan kelajuan internet di Jitra yang jauh lebih baik daripada prestasi internet di Petaling Jaya. Mungkin kerana tak ramai orang Jitra yang menggunakan Streamyx, maka kesesakan trafik kurang.

Asalnya saya bercadang mahu ke rumah sahabat baik saya di Taman Bahagia, tetapi terpaksa saya batalkan kerana kepala pening-pening lalat. Saya sekadar berehat di atas katil menghayati sambungan novel semalam. Hari Jumaat memang tak banyak aktiviti untuk dibuat.

Jam 11.30, saya melelapkan diri supaya beroleh kekuatan untuk tidak syahid sewaktu khatib membaca khutbah. Saya bangun jam 12.30 dan terus mandi sunat Jumaat. Hari ini kebetulan saya ke masjid agak awal bersama ayah saya. Biasanya kami lambat. Entah mengapa, ayah saya bersemangat lain macam hari ini.

Selesai solat, saya menerima panggilan daripada sahabat karib saya yang di Pahang. Beliau menyampaikan berita penting kepada saya. Beritanya saya sambut dengan tenang dan penuh kesyukuran. Besar sungguh nikmat dan hikmah yang ALLAH sembunyikan dalam setiap kejadian. Tak terjangkau dek pemikiran kita insan yang lemah lagi hina.

Sisa-sisa hari berlalu dengan syahdunya. Ketenangan yang begitu unik menyelinap masuk ke dalam diri tatkala memikirkan betapa indahnya aturan alam dan kehidupan yang diurustadbir oleh ALLAH yang MAHA KUASA. Subhanallah!

Malam ini malam terakhir saya di rumah. Malam esoknya saya akan beradu di atas kerusi empuk bas Transnasional. Saya ingin sekali tidur dengan adik bongsu saya. Selalunya begitu jika saya balik ke rumah. Namun cuti kali ini, keadaan diri yang kurang sihat tidak mengizinkan adik saya bermanja dengan saya.

5 Syawal 1427

Hari terakhir di rumah untuk sambutan Aidilfitri tidak begitu terasa. Mungkin sudah terlalu lama di rumah. Biasanya saya hanya bercuti 4-5 hari, kali ini 8 hari. Paginya saya melayari internet untuk mendapatkan berita terkini seperti biasa. Sekitar 1-2 jam membaca berita, saya masuk ke bilik untuk menghabiskan helaian-helaian terakhir novel tempoh hari.

Tengah hari nanti, saya akan ke rumah sahabat baik saya untuk lunch bersama. Saya ke sana bersama ayah dan adik saya. Memang setiap tahun beliau akan menjemput kami ke rumahnya untuk jamuan raya istimewa. Masakan ala Pakistan + Langkawi ibunya memang memikat hati. Masakan yang boleh dinikmati setahun sekali.

Petangnya, dua orang adik saya kembali ke sekolah. Yang perempuan ke Sekolah Agama Kedah (Mergong) manakala yang lakinya ke Maktab Mahmud. Rumah sudah terasa hilang serinya. Malam ini, saya pula bakal berangkat pulang ke Petaling Jaya. Apakan daya, semua anak sudah besar panjang…

Saya menaiki bas pulang ke Petaling Jaya jam 10.30 malam. Alhamdulillah, bas Transnasional tiba jam 10.40. Kondisi bas selesa dan menyenyakkan. Asalnya saya bercadang untuk tidur awal, namun saya tertarik menonton drama yang disiarkan di TV3. Saya lelap jam 12.00 malam.

Bersambung…

Read Full Post »

Malam Raya

Saya diserang selsema yang agak teruk. Mungkin kerana cuaca di Kedah yang panas terik dan kering, ditambah jerebu yang masih belum menampakkan tanda mahu berundur. Apapun, pasti ada hikmah disebalik ujian yang melanda ini. Saya tidur awal malam raya tahun ini, jam 10 saya sudah nyenyak atas katil empuk yang dirindui.

Tidur saya terganggu sekitar pukul 2-3 pagi, saya merasakan badan saya amat panas. Bukan kehangatan, tapi suhu badan saya panas. Saya rimas. Lemas. Terasa lemah seluruh anggota badan. ALLAH memberi lagi ujian kepada diri ini, mungkin sebagai kifarah kealpaanku.

Apapun, saya bersyukur kerana saya diserang selsema, jadi saya berjaya tidur awal; tidak lalai dan alpa dengan hiburan di kaca TV. Saya bersyukur kerana saya diserang demam panas, kerana tatkala itu saya terjaga dan menyedari betapa kasih-Nya ALLAH padaku. Bukankah beruntung orang yang berjaya menghidupkan malam Aidilfitri dengan beribadat kepada-Nya? Dan, bukankah penyakit itu datangnya dari ALLAH sebagai peringatan buat hamba-Nya yang dikasihi?

1 Syawal 1427

Saya dikejutkan awal pagi untuk ke masjid menunaikan solat Subuh berjemaah. Mulanya saya liat untuk ke masjid. Menyedari bahawa diri ini sedang demam, apalah salahnya solat di rumah? Segera saya usir hasutan syaitan yang kembali menghasut anak Adam setelah bebas dari penjara Ramadhan. Saya segera mengagahkan diri ke masjid. Alhamdulillah sempat berjemaah Subuh dan mengikuti tazkirah Aidilfitri.

Seusai tazkirah, saya pulang ke rumah dalam keadaan badan yang panas dan hidung yang merah. Saya segera ke katil merebahkan diri sementara menunggu solat Aidilfitri. Saya membungkus diri supaya dapat mengeluarkan peluh sebanyak mungkin.

saya bangun jam 8 pagi dan terus mandi sunat Aidilfitri kemudian bergegas ke masjid. Kami agak lambat ke masjid, maklumlah, ramai adik-beradik yang bersiap sakan. Kami tiba tatkala masjid sudah penuh dan imam sudahpun memulakan solat. Apapun, syukur kerana kami masih sempat mendapat dua rakaat solat Aidilfitri walaupun beralaskan tikar getah dan beratapkan langit cerah lagi terik.

Selepas solat, kami mengisi perut dan memulakan sesi fotografi dan sesi bermaaf-maafan. Selsema saya makin menjadi-jadi, namun saya kuatkan diri. Mungkin inilah Syawal terakhir, bergembiralah wahai diri! Saya pulang ke kampung di Perlis dalam keadaan tak bermaya, namun cuba saya gagah-gagah buat hebat. Nak tidur atas van memang tak berjaya sebab adik bongsu saya nak bermanja-manja. Apakan daya…

Kami beraya di rumah sanak dan saudara sampai ke petang. Duit raya yang saya simpankan untuk ‘adik saudara’ tak sempat saya berikan. Saya seperti separuh sedar. Keletihan dalam usaha mengagahkan diri. Ya ALLAH, Kau berilah aku kekuatan untuk menyambut hari lebaran ini!

Sampai ke rumah terakhir, selepas solat asar, saya tak mampu untuk bertahan. Saya masuk tidur di dalam van. Walaupun panas, tapi sangat selesa bagi orang yang demam seperti saya. Sempat juga saya syahid selama sejam. Kami pulang ke rumah tok di Taman Kemajuan dalam jam 6.45 petang. Destinasi pertama saya, KATIL.

Azan Maghrib berkumandang. Saya meliatkan badan. Terasa terlalu letih. Namun sekali lagi, saya cuba lawan hasutan iblis yang masih mencuba menghasut agar saya mengabaikan panggilan ILLAHI. Seusai pulang dari Surau, saya syahid sampai ke jam 11.00 malam. Saya bangun untuk solat isyak dan terus syahid sampai ke subuh.

2 Syawal 1427

Akan bersambung…

Read Full Post »

Assalamualaikum,

Sidang pembaca yang dikasihi, dalam kesempatan ini, saya ingin memohon maaf sekiranya selama saya memceburkan diri sebagai penulis blog Musafir Kelana ini, ada antara penulisan saya membuatkan anda tidak senang duduk mahupun terasa hati. Saya masih penulis jalanan yang sedang merangkak ke alam penulis profesional.

Saya berharap anda akan kekal menghayati penulisan saya selama mana saya masih belum menulis yang bercanggah dengan ISLAM. Dan harapnya, terus berkongsi apa yang anda peroleh dari blog ini kepada sahabat-sahabat yang tidak berpeluang untuk tahu.

Untuk mereka yang pulang dengan kereta ataupun motor, pandulah dengan berhemah di jalan raya. Buat yang menaiki bas, semoga selamat tiba ke destinasi yang dihajati. Semoga kita semua akan kembali ke fitrah kita selepas sambutan kali ini.

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin!

Yang ikhlas,

Musafir Kelana

Read Full Post »

Beberapa hari lagi, umat ISLAM akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hari kegembiraan selepas berjaya menahan diri, iaitu berpuasa, selama sebulan. Majoriti rakyat beragama ISLAM membuat persiapan yang sebegitu gah untuk merayakan hari yang mulia ini. Malah, seawal minggu pertama Ramadhan, lagu raya telah berkumandang.
Inilah realiti rakyat di Malaysia, negara yang aman damai. Negara kita tidak merasai kesengsaraan perang mahupun sekatan itu dan ini. Walaupun ada segolongan yang dizalimi dengan akta binatang, ISA, namun majoriti masih bergembira. Umat Islam seolah-olah tidak terasa betapa sayu dan sepinya sambutan Syawal mereka yang sedikit ini. Memang mereka sedikit, tetapi itu tidak bermakna kita boleh mengabaikan kesengsaraan mereka. Bukankah umat ISLAM seperti satu jasad, jika tangan kiri dicubit, tangan kanan turut merasa pedihnya?

Itu realiti di Malaysia. Bagaimana pula jika kita menjejaki kesengsaraan mangsa kekejaman rejim yahudi laknatullah? Mereka yang di Palestin saban tahun merayakan sambutan Aidilfitri dalam ketakutan. Merayakan dalam serba kegawatan. Kegembiraan mungkin ada, tetapi sangat sedikit. Sudah berpuluh tahun mereka menderita, terseksa, sedang kita di sini masih lagi lena.

Masjidil Aqsa menjadi simbol penting penindasan rejim yahudi terlaknat ke atas Palestin. Malah ia juga simbol bahawa perjuangan gerakan ISLAM masih lagi jauh. Sudah bertahun-tahun sejak peristiwa Al-Quds, Masjidil Aqsa telah dirampas daripada umat ISLAM. Masjid yang menjadi kiblat pertama umat ISLAM kini ditawan yahudi terlaknat.

Masjidil Aqsa bukanlah calang-calang masjid. Mungkin senibinanya dan kecanggihannya tidak seperti masjid-masjid di Malaysia, tetapi nilainya di sisi ALLAH sangatlah besar. Jika tidak, mengapa Rasulullah singgah di Masjidil Aqsa dalam peristiwa Isra Mikraj? Malah di Masjidil Aqsa jugalah Rasulullah menjadi imam kepada para Rasul dan Nabi.

Ikuti sedutan artikel menarik tentang memperingati Al-Quds,

Isu al-Quds dan Palestin bukan sekadar isu kemanusiaan sejagat, ia merupakan isu aqidah yang wajib dipertanggungjawabkan ke atas pundak umat Islam untuk membebaskannya kerana Masjid al-Aqsa merupakan tanah suci ketiga mereka.

Masjid al-Aqsa dirakamkan Allah SWT dalam al-Quran menerusi firman-Nya (mafhumnya):

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Sural al-Isra’ ayat 1).

Palestin dan al-Aqsa merupakan kiblat pertama kiblat pertama umat Islam, bumi para anbiya dan pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkam dalam sirah Rasulullah s.a.w.

Palestin, al-Quds dan Masjid al-Aqsa sebenarnya berada pada kedudukan dan tempat yang terhormat di hati kaum umat Islam seluruh dunia. Islam telah menempatkan dan menambah kemuliaan bagi al-Quds dan Masjid al-Aqsa melalui ungkapan ayat-ayat Al-Quran yang menyebutkannya sebagai negeri penuh berkah dan suci.

Kemuliaan dan penghormatan semakin bertambah dengan Isra Rasulullah s.aw, di mana beliau menjadi imam solat bagi para Nabi dan Rasul di Masjid al-Aqsa.

Dan saat yang memilukan ini, al-Quds dan bumi Palestin yang penuh keberkatan itu menjadi tawanan tangan-tangan Yahudi yang mencalarkan luka yang amat dalam di hati setiap Muslim.

Artikel penuh?

Saya hairan, bagaimana kita masih boleh merayakan ketibaan Syawal dengan sebegitu gembira sedangkan masih ada umat ISLAM yang terseksa dan merana? Jika dilihat perumpaan yang dibuat oleh Nabi Muhammad SAW, iaitu umat ISLAM ibarat satu jasad, apakah umat ISLAM masa kini masih seperti satu jasad?

Dalam kita bersuka ria, janganlah dilupa saudara seagama kita nun jauh di Palestin, Lubnan, Chech, Filipina dan merata lagi. Memang kita dianjurkan untuk menyambut meraikan kemenangan kita berpuasa, tapi biarlah berpada-pada. Lagipun, berapa ramai sangat antara yang beraya sakan ini betul-betul ‘menang’ dalam berpuasa?

Aidilfitri bermaksud kembalinya kita kepada fitrah. Maka marilah kita bersama kembali kepada fitrah kita sebagai umat ISLAM. Dan marilah kita mengembalikan agama ISLAM kepada ‘fitrahnya’.

Saya tak mampu menyambut kegembiraan Syawal dalam keadaan memikirkan sambutan Syawal mangsa dan keluarga mangsa tahanan ISA. Dan saya juga tak mampu bersuka ria tatkala terkenangkan saudara-saudara saya di Palestin yang masih terus diseksa. Malah, saya belum mampu tersenyum penuh suka tatkala kiblat pertama umat ISLAM belum menjadi milik kita. Anda bagaimana?

Wallahualam…

Read Full Post »

Tempoh hari, negara telah digembirakan dengan pembebasan seramai 17 mangsa tahanan ISA. Antara yang dibebaskan ialah Nik Adli, iaitu anak kepada Tuan Guru Nik Aziz. Berita ini telah menggembirakan rakyat. Akhirnya mangsa-mangsa kezaliman kerajaan ini berjaya juga mengecapi nikmat Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Namun, harus diingat, kesyukuran perlu kita panjatkan hanya pada ALLAH yang SATU. Ucapan ‘terima kasih’ tidak layak buat Pak Lah mahupun kerajaan Barisan Nasional. Merekalah yang telah menahan, malah menyambung tempoh tahanan mangsa-mangsa ISA ini. Apakah layak mereka dihargai? Semuanya berlaku dengan izin ALLAH, bukan kerana Pak Lah. Manusia kejam seperti Pak Lah tak layak untuk ucapan semurni ‘terima kasih’!

Tambah menyedihkan dan menyakitkan hati tatkala membaca berita-berita arus perdana yang masih menyatakan bahasa kesemua 17 mangsa ini merupakan ahli KMM dan JI yang merancang untuk menggulingkan kerajaan kerana jihad. Walhal, realitinya, mereka tidak pernah dibuktikan bersalah oleh mana-mana mahkamah. Menurut prinsip keadilan yang digunapakai negara, seseorang tidak boleh dikatakan bersalah selagi mana belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Mengapa akhbar perdana masih ingin memainkan isu ini? Malah akhbar utama tidak langsung menyentuh betapa terseksanya kehidupan keluarga mangsa ISA serta kezaliman yang berlaku di dalam Kem Kemunting. Walaupun SUHAKAM pernah menyatakan ISA melanggar hak asasi manusia, pernahkah akhbar perdana sudi melaporkannya?

Itu baru soal hak asasi manusia. Sedangkan IFC juga kononnya menuntut kebebasan hak asasi manusia, kenapa apa yang SUHAKAM sendiri utarakan ini tidak pernah diberi pendedahan? Apakah kerana kawalan kerajaan terhadap media? Sadis dan dayus sekali kerajaan hari ini. Media dikawal sesuka hati. Media arus perdana pun satu, pengecut. Memikirkan keuntungan semata-mata sehingga sanggup menggadaikan prinsip kewartawanan sendiri.

Saya sebak memikirkan nasib yang sedang dihadapi oleh keluarga mangsa ISA ini. Walaupun 17 orang telah dibebaskan, ada kira-kira 60 mangsa lagi yang masih terus dizalimi. Mengapa mereka ini masih lagi ditahan? Ditahan atas kesalahan yang tidak mampu dibuktikan kerajaan. Nah, wajarkah kita berterima kasih? Tidak! Tidak sama sekali…

Kita mungkin tidak merasai keperitan yang ditanggung oleh keluarga mangsa ISA. Berata mata memandang, berat lagi bahu memikul. Pasti ada antara rakyat yang melihat seolah-olah baik benar Pak Lah kerana membebaskan 17 orang ini. Realitinya, ini cumalah permainan politik jijik UMNO. Mereka yang dibebaskan ini, hakikatnya, masih lagi dikawal. Pembebasan bersyarat namanya.

Dibawah saya sertakan sedutan berita dan artikel tentang kezaliman kerajaan pimpinan Pak Lah, tak lupa Tun. Mereka berdua sama zalim…

Image

“Saya mengucapkan syukur kerana sebahagian daripada tahanan ini dibebaskan. Bagaimana saya ada menerima kiriman sistem pesanan ringkas(SMS) isteri-isteri tahanan yang tidak dibebaskan, yang merintih kenapa suami mereka masih ditahan.

“Perkara ini menyebabkan saya tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasib mereka kerana saya tahu mereka tidak berdosa dan bersalah,” kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu.

Dr Lo’ Lo’ sebak kenang nasib anak isteri tahanan ISA

“Dalam kesulitan mereka, masyarakat khususnya umat Islam perlu menjadi galang ganti sementara sebagai ‘suami’ dan ‘ayah’ kepada anak-anak mereka, tambahan pula pada saat menyambut Aidilfitri ini,” katanya yang ditahan sewaktu berlaku Operasi Lalang tahun 1987.

“Kita mesti membantu dalam memenuhi keperluan hidup seperti sokongan moral, bantuan kewangan dan merawat sakit pening mereka,” katanya yang ditahan dua tahun di Kem Kamunting, Taiping termasuk tidak dibenarkan keluar daerah selama satu tahun.

Teringat kesedihan dan kesunyian yang diungkap Pak Lah, spontan saya terbayang wajah-wajah isteri tahanan ISA, yang telah lama kesunyian dan dilambung kesedihan, malahan lebih lama berbanding Pak Lah sendiri.

Ya! Hampir lima tahun mereka diselubungi kesunyian dan kesedihan. Hampir lima tahun pelbagai perasaan terimbau di jiwa mereka. Sedih, kecewa, terkejut, marah, sakit hati, pedih, dan segala macam rasa yang ada tersemat kukuh dalam jiwa mereka.

Isteri-isteri yang selama ini banyak bergantung harap kepada suami mereka semata-mata, dipisahkan secara kejam hingga mengakibatkan mereka mengalami ‘kejutan budaya’ apabila terpaksa mengambil alih tugas dan tanggungjawab suami selama ini.

Sebelum ini, sebelum saya menjadi wartawan, saya tidak tahu apa itu ISA. Pada pandangan saya, ISA ini sama seperti undang-undang lain. Aduh! Alangkah ceteknya pengetahuan saya ketika itu. Dan saya sedar, ramai di luar sana yang masih kabur, malah tidak memahami apa ISA itu sebenarnya.

ISA terdiri daripada empat bahagian, 12 bab dan 85 seksyen.

Terdapat 2 seksyen dalam Bahagian I, 45 seksyen dalam Bahagian II, 25 seksyen dalam Bahagian III dan 14 seksyen dalam Bahagian IV.

Seksyen-seksyen ini memberikan kuasa yang luas kepada Menteri Dalam Negeri dan pihak polis untuk membuat penangkapan dan penahanan sewenang-wenangnya.

Seksyen-seksyen ini juga membolehkan menteri dan polis bertindak yang mana sebelum ini hanya boleh dilakukan dalam keadaan darurat.

Seksyen-seksyen ini diambil daripada Ordinan Darurat 1948-1960 dahulu!

Darurat berakhir pada 30 Julai 1960. ISA dikuatkuasakan pada 1 Ogos 1960.

Ini bermakna dalam sejarah, Umno-Perikatan dan Umno-BN hanya berjalan selama 24 jam tanpa tongkat.

Tongkat tersebut adalah dalam bentuk undang-undang menahan dan memenjarakan pencabar-pencabarnya secara tanpa bicara.

Saya tak pasti sekeras mana hati saya, namun artikel yang saya lampirkan di atas cukup menyentuh emosi. Air mata mampu bergenang dibuatnya. Anda yang membaca, saya tak pasti terasa bagaimana. Saya hanyalah pemerhati, bagaimana agaknya perasaan mangsa sendiri?

Kezaliman Pak Lah dan konco-konconya akan dibalas kelak oleh ALLAH. Mungkin di dunia lagi, mungkin di akhirat. Yang penting, mereka tetap berdosa dan bersalah pada isteri-isteri dan juga anak-anak mangsa ISA. Dosa yang tidak terhitung banyaknya…

Celakalah Pak Lah dan barisan pengampunya!

Wallahualam…

P/s – Hayati kisah kezaliman kerajaan BN terhadap mangsa ISA di Blog Saari Sungip aka Abu Urwah. Itu merupakan bahagian ke-30 kisah beliau. Sila pilih seksyen ‘Sengsara Kem Kemunting’ untuk membaca bahagian 1-29.

(Masih menulis dalam keadaan kehangatan menyambut ketibaan Syawal.)

Read Full Post »

Dear Sir,

You are a learned man and should be well-versed in the laws related to your job, but for the benefit of the readers of this column, please allow me to enlighten them on the appointment of councillors.

Section 10 (2) of the Local Government Act states: Councillors of the local authority shall be appointed from amongst persons the majority of whom shall be persons ordinarily resident in the local authority area who in the opinion of the state authority have wide experience in local government affairs or who have achieved distinction in any profession, commerce or industry, or are otherwise capable of representing the interests of their communities in the local area.

That is the law. It’s simple – the majority shall be residents who have experience in local authority or are professionals like lawyers, doctors and engineers or those capable of looking after the community.

That’s all. There is no mention of representation by members of political parties or families or dynasties. Therefore, your reaction to the fact that three members from one family will be sitting as councillors is indefensible.

You were quoted by the New Straits Times as saying that “there is nothing wrong in appointing three members of a family as municipal councillors” and that “they are there by virtue of their party positions.”

Sir, your rationale breaches the basic pre-requisites prescribed in the Act. It is understandable if you had said that they are “professionals” or “they have excellent knowledge on local government affairs”.

But if you had said that “they are looking after the interests of the community” the people of Klang will certainly take umbrage.

Therefore, under what limb of the Act are they being appointed? How could you disregard what the law states and appoint councillors based solely on their positions in their parties?

Below I append an e-mail from Krishna Singh of Seremban which was sent to you:

One more scandal in the most developed state in the country? Why is it only in your state? Maybe theSun Exco has a secret agenda against you. You should investigate. Maybe being riddled with scandals is a sign of being the most developed state. Are the councillors in all these town councils appointed by you? Then maybe you need a better vetting system.

And your reply, reproduced in verbatim, to his mail was:

Thank you for sending e-mail to me. For your information, all the names to be appointed as councillors will be vet (sic) by Police and also BPR. If any of the names have problems, the state government won’t appoint them as councillors.

Sir, councillors may have not done anything wrong in the eyes of the law. As the ACA always defends its ineffectiveness by saying that “there is not enough evidence”, let it rest.

But what about the moral and ethical wrongs that have been conducted by councillors, and sometimes even assemblymen and government officials?

By building a mansion without prior approval, a serving councillor breached the Town and Country Planning Act. Instead of revoking his appointment, you have re-appointed him.

So, the so-called vetting process is nothing but an eyewash to say they have no criminal records.

By the way, Sir, your government alienated 43,000 sq ft of land to the wife of the councillor to build his palace.

Do you know how many people are living in shanty sheds nearby? You talk about housing for all and your “zero squatter” campaign, and yet, a drive around Klang will show otherwise.

How do poor people who deserve or need land go about applying for land in your state?

Is there a formal application or must the request be made through party officials? I am sure there are many out there who would want to build a small house – not a mansion – and they do not know how to go about it.

Could you enlighten us, please?

And Sir, remember the Petaling Jaya City Councillors who voted to give Seni Jaya Sdn Bhd monopoly of billboards? The decision was revoked after a public outcry.

The police and the ACA have no records of the councillors’ decisions, but don’t you think they were morally wrong? And don’t you think it is unethical to contra donations for the football team for licence fees?

Well, we are told that most of them are being re-appointed. And it is because they hold positions in their political parties.

But Sir, what about whether they had served the interests of the local community in their current term? Or is it a case of Semuanya OK! with how they had performed?

Taken from TheSUN, written by R. Nadeswaran, the deputy editor (special reporting) at theSun. He can be reached at: citizen-nades@thesundaily.com

Read Full Post »

Older Posts »