Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mac 2006

Membaca berita utama akhbar Utusan Melayu (21/03/06) sedikit sebanyak mengundang pertanyaan di dalam minda. Berita bertajuk Ahli Parlimen bantah — Cadangan tubuh suruhanjaya pantau salah laku polis yang menyatakan bantahan dalam parlimen berkenaan isu penubuhan suruhanjaya agak memelikkan. Mengapa cadangan yang dikemukakan oleh sebuah seuruhanjaya yang dilantik khas boleh dipertikaikan? Walhal ahli suruhanjaya terdiri daripada mereka yang cukup pakar dalam pelbagai bidang. Pasti ada muslihat tersembunyi.

Cuba renungkan beberapa keratan berita tersebut…

Tegas mereka: Penubuhan suruhanjaya itu hanya akan menjadi pasukan polis `lembut’ dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) `mandul’.

Bukankah kita sedia maklum, pasukan polis Malaysia sekarang sudah TERLEBIH GANAS dan pasukan BPR kita memang dari dulu, kini dan mungkin selamanya MANDUL?

Datuk Mohd. Said Yusof (BN-Jasin) berkata, suruhanjaya itu tidak diperlukan dalam pasukan polis kerana mereka telah pun mempunyai badan disiplin sendiri.

Katanya, penubuhan IPCMC memberi pandangan negatif terhadap tugas dan tanggungjawab pasukan polis seolah-olah badan disiplin sedia ada tidak berfungsi dalam menangani penyalahgunaan kuasa di kalangan mereka.

Memanglah polis mempunyai badan disiplin sendiri. Tapi, bukankah terbukti, dengan beberapa banyak kes yang berlaku, badan disiplin polis seolah-olah BISU? IPCMC bertujuan memperbaiki kelemahan tersebut kerana memang ADA PENYALAHGUNAAN KUASA di kalangan polis.

Menurut Mohd. Said, jika diteliti IPCMC mempunyai kuasa yang lebih berbanding Peguam Negara dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Katanya, ia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima kerana jika suruhanjaya tersebut ditubuhkan nanti, ia akan menjadi agensi yang berada di luar kawalan undang-undang.

Kenyataan Mohd. Said itu mendapat sokongan Datuk Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang menegaskan, IPCMC memberi gambaran tentang dua perkara iaitu rasuah di kalangan anggota polis dan kegagalan BPR menjalankan tugas mereka.

“Saya nak tanya apakah kita akan menubuhkan jawatankuasa serupa untuk agensi-agensi lain seperti PBT (pihak berkuasa tempatan) apabila timbul isu rasuah?

“Perlukan kita bentuk jawatankuasa untuk agensi-agensi ini setiap kali ada masalah rasuah? Biarlah BPR jalankan tugasnya,” kata beliau.

Hmm… Apa sebenarnya yang ditakutkan mereka? Takut tugas polis terbeban, ataupun takut kes rasuah banyak terbongkar? Jelas, mereka risau sekiranya suruhanjaya ini terlalu adil, sampai kroni dan puak mereka tertangkap. Kalau BPR terlalu terbeban kerana banyaknya kes rasuah, IPCMC boleh membantu, bukan begitu?

Mengapa dikatakan di luar kawalan undang-undang? Atau yang dimaksudkan, di luar kawalan puak mereka? Ala, bukankah mereka sudah biasa melantik kroni sendiri dalam pelbagai suruhanjaya. Susah sangat ke? Sedangkan SPR pun boleh dikuasai, IPCMC terlalu sukar?

Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri-Gading) turut mencelah dengan memberi pandangannya bahawa tidak wajar untuk kerajaan beranggapan hanya `seekor kerbau membawa lumpur maka semuanya akan terpalit’.

Katanya, jika IPCMC wujud, orang yang disabitkan kesalahan dan dikenakan tindakan tidak boleh membuat rayuan.

“Jika terlalu banyak suruhanjaya diwujudkan, polis kita akan menjadi satu pasukan yang `lembut’ kerana tidak bebas bertindak.

“Apa saja yang mereka lakukan untuk menjaga ketenteraman awam dipantau dan diperhatikan. Ini yang kita tidak mahu,” ujarnya.

Datuk Razali Ismail (BN-Kuala Terengganu) pula berpendapat IPCMC akan “memandulkan” agensi seperti BPR dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kerana tidak mempunyai kuasa lagi untuk bertindak.

Risau kalau tidak boleh membuat rayuan rupanya. Nampak sangat MANDUL dan LEMBIKNYA mereka. Kalau tiada IPCMC, mereka boleh buat rayuan pada BPR. Tidak pun, mereka boleh merayu pada Pak Lah. Bukankah BPR dibawah Pak Lah?

Memang kita tidak berhasrat memberi kebebasan yang terlampau pada pihak polis kerana terlalu banyak kes salahguna kuaa. Itulah juga punca suruhanjaya ditubuhkan di peringkat awal. Kenapalah mereka telalu HAPRAK untuk memahami?

Saya marah kerana mereka sebagai ahli Parlimen, mewakili rakyat, seharusnya meneliti dari segi kebaikan untuk rakyat. Bukan kebaikan untuk perut mereka sendiri. Asyik risaukan rasuah akan terbongkor tanpa boleh dirayu. Bukankah memang itu impian Pak Lah; hapuskan rasuah?

Mereka memang pelik. Sudahlah harga minyak naik dengan mendadak; pelik bukan? Merisaukan sesuatu yang tak perlu. Kalau dilihat dalam akhbar, yang membantah semuanya wakil rakyat dari BARANG NAIK (BN), bertambah pelik. Pasti ada muslihat tersembunyi. Anda sendiri nilaikan. Saya sekadar berkongsi pandangan. Tak wajib betul, harus salah. Wallahualam…

Advertisements

Read Full Post »