Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Januari 2006

Tatkala menyelak helaian akhbar Berita Minggu hari ini (29/01/2006), mata saya tertarik membaca tajuk berita Pertandingan Ratu Berasaskan Moral di Tatarstan, usaha mematahkan minat wanita ISLAM terhadap pertandingan Ratu Cantik barat. Suatu pertandingan yang pertama diadakan, khas untuk wanita ISLAM dimana jurinya adalah WANITA dan penontonnya juga hanya WANITA.

Aspek penilaian yang dititikberatkan bukan cara berjalan yang mengiurkan, bukan aksi berpakaian seksi lagi mengghairahkan dan bukan juga jawapan peserta untuk soalan yang ntah apa². Tetapi aspek penilaian Ratu Muslim ialah kecerdikan, peri laku sopan, menutup aurat, bertudung, pengetahuan tentang ISLAM, kebolehan menghafal Al-Quran dan menghafaz ayat suci, selain memasak dan menjahit. Menarik bukan?

Malah hadiah yang dijanjikan bukan mahkota bertatah intan permata. Bukan wang jutaan ataupun ribuan dollar. Bukan juga tiket pelancongan. Ratu Muslim hanya menjanjikan hadiah senaskhah Al-Quran, sijil pengiktirafan dan tiket penerbangan ke Mesir. Itu saja. Tak lebih tak kurang. Berminat untuk menyertainya?

Sekiranya anda berminat, lupakan saja… Pertandingan Ratu Muslim ini dimenangi oleh seorang Muslimat jelita lagi ayu berumur 17 tahun, Dilar Sadiqova. Katanya,
Saya menyertai pertandingan ini bagi menyampaikan mesej wanita ISLAM juga mampu berdiri pada landasan Pertandingan Ratu asalkan bermoral dan dihormati. Dengan cara ini juga, golongan bukan ISLAM boleh mendapat gambaran sebenar agama suci ISLAM ini

Saya tertarik kerana yang menganjurkan pertandingan ini adalah sebuah akhbar di Tatarstan, Akcharlak. Malah Tatarstan bukanlah satu negara ISLAM yang selalu mencipta nama seperta Malaysia mahupun Indonesia. Malaysia menjadi Pengerusi OIC, badan ISLAM paling besar di dunia kononnya. Indonesia menjadi negara paling besar populasi ISLAM. Tatarstan hanyalah sebuah negara di ceruk timur Eropah yang merdeka pada 30 Ogos 1990, baru 16 tahun! Kita sudah merdeka 49 tahun.

Lebih memalukan, Indonesia pernah menghantar wakil ke Miss Universe, Ratu Indonesia, Artika Sari Dewi. Gadis beragama ISLAM mewakili negara paling ramai umat ISLAM! Malah tindakan Artika dikecam ulama. Lalu berjanjilah si Artika untuk berpakaian mandi yang sopan. Lucu bukan?!

Di England pula, remaja Muslim Uzbekistan mencipta sejarah menjadi wanita ISLAM pertama dinobatkan Ratu Cantik England. Hammasa Kohistani, 18 tahun mewakili England dalam Miss Universe Disember lalu. Nasib Hammasa sama dengan Artika, mereka tewas tetapi berbanggan kerana mewakili wanita ISLAM. Cukup memalukan!

Bagi sang lelaki, tepuk dada tanya selera. Mana satu yang anda mahukan? Dilar, pemenang Ratu Muslim ataupun Artika dan Hammasa yang mewakili negara masing² dalam Miss Universe?

Tatarstan, sebuah negara ISLAM yang kecil dan baru mengecapi nikmat kemerdekaan sudah mampu mengadakan pertandingan Ratu Muslim. Malaysia negara ISLAM yang telah merdeka selama hampir 49 tahun dan menjadi pengerusi OIC. Tak cukup dengan itu, Malaysia melaksanakan dasar ISLAM HADHARI. Namun, bilakah akan ada Ratu Muslim di Malaysia?

Sama-samalah kita menantikan jawapan kepada persoalan tersebut. Anda yang menentukannya… Wallahualam…

Read Full Post »


Sebelum 14 Januari 2006 -> Persiapan Minggu Aluan Siswa
14 Januari 2006 – 21 Januari 2006 -> Minggu Aluan Siswa + Persiapan Terakhir untuk EINIC 2006
22 Januari 2006 – 25 Januari 2006 -> EINIC 2006
26 Januari 2006 – [sekarang] -> Masa bersama keluarga

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi, saya diberi kesempatan oleh ILLAHI untuk kembali menulis. Saya ingin berkongsi dengan anda tentang pengalaman saya ke salah satu pertandingan kejuruteraan peringkat nasional di mana saya melihat begitu banyak kepincangan berlaku akibat kesilapan pengurusan. Kepincangan ini sedikit sebanyak mengusarkan hati kami, para peserta yang sebahagian besar beragama ISLAM.

Tatkala sampai di Dewan Tunku Canselor, kami tidak disambut oleh usher daripada pihak penganjur. Kami tidak mengharapkan disambutpun kerana kami bukanlah VVIP mahupun VIP. Kami meletakkan barang² pameran di dalam booth kami dan membuat persiapan ala kadar. Pada petang tersebut (22/01/2006) diadakan satu simposium. Majoriti yang hadir adalah daripada kampus saya kerana kebetulan kami tiba beberapa minit sebelum majlis bermula. Peserta dari kampus lain kebanyakannya berehat di hostel, mungkin kepenatan.

Owh, ye, sebelum bergerak lebih jauh, EINIC merupakan singkatan untuk Engineering Innovation N Invention Challenge dan merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Kejuruteraan UM (Kalau tak silap saya…). Majoriti pelajar yang terlibat dalam organizing committee adalah Cina, hanya seorang sahaja yang berbangsa Melayu. Sesuatu yang memang dijangkakan memandangkan majoriti pelajar kejuruteraan adalah Cina. Yang Melayu banyaknya di bidang kesusasteraan.

Ok, kembali ke matlamat asal penulisan. Panjang pula mukadimah saya, ala² Ustaz Ismail Kamus lak. Setelah selesai simposium, kami menaiki bas ke hostel kami, iaitu Kolej Kedua Belas. Sekali lagi kami tidak di usher serta sesat beberapa ketika mencari tempat untuk mendaftar diri. Ketiadaan wakil pihak penganjur mahupun papan tanda agak mendukacitakan. Ada juga antara kami yang agak berang dengan kelalaian pihak penganjur. Penantian selama 30 minit lebih berakhir setelah saya menelefon wakil pihak penganjur.

Melihat kepada ketidak-profesionalism pihak penganjur, antara lainnya adalah dari segi pemakaian. Hampir kesemua mereka memakai baju berleher bulat dan kebanyakan berseluar jeans. Menampakkan ketidak-seriusan mereka dalam menguruskan acara yang kononnya peringkat nasional. Malah ada antara mereka yang berpakaian mencolok mata hingga menyukarkan kami menjaga pandangan. Penggunaan bahasa oleh pemberi taklimat juga sedikit sebanyak menambahkan berang kami. Bahasa yang agak keras seolah-oleh tidak mengalu-alukan kedatangan kami ke UM.

Berbalik kepada masalah di hostel. Setelah mendaftar diri, kami dibawa menaiki lif ke tingkat 6. Yang peliknya, lif untuk lelaki dan perempuan tidak diasingkan. Kami kebingungan. Adakah kami akan menginap di blok yang sama? Kami cuba menepis pra sangka buruk. Apabila sampai di bilik, kami membuka pintu belakang, dan alangkah terperanjatnya kami apabila melihat bilik peserta perempuan bersetentang dengan bilik kami. Bagaimana pihak penganjur boleh meletakkan kami dalam blok yang hanya bersetentang?

Itu baru sedikit, apabila tiba waktu makan malam, kami sempat bertanya kepada peserta perempuan dari hal bilik mereka dan kelengkapan yang diberikan. Mereka mengadu tentang kewujudan pelajar lelaki UM yang mandi di tandas mereka. Sesuatu yang menimbulkan marah di hati dan menjengkelkan sekali. Setelah diselidiki, barulah kami tahu, blok hostel tersebut bercampur lelaki dan perempuan untuk tingkat ke-6 manakala tingkat ke-7 semuanya perempuan.

Pelik, tapi benar. Realiti yang sukar diterima akal. Bagaimana boleh lelaki dan perempuan diletakkan dalam satu hostel, satu blok yang sama? Malah menggunakan tandas yang sama? Ini merupakan suatu UNIVERSITI TEMPATAN, bukan LUAR NEGARA. Tak usahlah pelik sekiranya gejala sosial bertambah, terutamanya kes anak luar nikah. Pihak universiti langsung tidak ambil peduli tentang keselamatan mahasiswi dengan membiarkan mereka tinggal seblok dengan mahasiswa. Malah melalui pengamatan penulis, lelaki dan perempuan bebas keluar masuk pintu yang sama.

Bertambah menyedihkan, pihak penganjur langsung tidak sensitif dengan perasaan dan budaya bangsa MELAYU dan ISLAM. Kami tidak rela tinggal bercampur lelaki perempuan. Malah di luar negara sekalipun, ada hostel yang mengasingkan jantina. Mengapa tidak di UNIVERSITI MALAYA? Alasan yang diberi, hasil penyiasatan penulis, ialah ketiadaan bilik kosong untuk pelajar perempuan. Penyelesaian mudah pihak universiti, letakkan baki pelajar perempuan di blok pelajar lelaki. Tindakan berani tapi BODOH!

Maaf sekiranya penulisan ini menyentuh hati mana² pihak. Saya merasakan kesilapan sebigini tidak sepatutnya berlaku di mana-mana universiti tempatan. Semua pihak seharusnya peka kepada sensitiviti setiap bangsa dan agama.

Alhamdulillah, pihak universiti saya prihatin dengan keselamatan kami setelah kami membuat aduan beramai-ramai. Akhirnya kami dipindahkan ke hotel di PJ. Biarpun terpaksa mengeluarkan belanja lebih, tapi ia berbaloi demi keselamatan kami.

Penulisan ini tidak berniat memalukan mana-mana pihak. Tetapi sekadar untuk menyedarkan semua pihak bahawa kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran beberapa universiti tempatan. Yang peliknya, di mana MPP UM yang gah memperjuangkan aspirasi kerajaan? Sanggup mereka membiarkan ‘rakyat’ dalam bahaya yang nyata…

Buat pembaca budiman, renungkanlah penulisan saya ini. Sama-samalah kita menegur pihak yang melakukan kesilapan. Moga dapat diperbaiki untuk kebaikan bersama. Wallahualam…

Read Full Post »

Berehat Seketika….

Saya ingin memohon maaf kepada para pembaca budiman kerana saya tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog saya untuk beberapa ketika kerana kesibukan dengan gerak kerja dan taklifan yang dipegang. Insya-Allah saya akan cuba menggunakan masa terluang untuk kembali mencoret di blog ini seberapa cepat yang boleh. Maaf… Maaf… Maaf…

Wallahualam…

Read Full Post »

Tatkala ramai mengucapkan kesyukuran dan lega dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak rayuan Kaliammal (Isteri Mohamad Abdullah, rujuk Kes Jenazah Koperal M.Moorthy; Alhamdulillah!), ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan mencadangkan pindaan ataupun pemansuhan ke atas Perkara 121 yang mengatakan Mahkamah Sivil tidak mempunyai kuasa membatalkan keputusan Mahkamah Syariah.

Mereka bermain dengan isu kebebasan beragama dan hak ke’samarata’an antara berbilang agama. Malah DAP sendiri telah mengada persidangan meja bulat khas untuk membincangkan perkara ini (rujuk Apa Muslihat Persidangan Meja Bulat DAP di Parlimen). Selain itu, beberapa NGO bukan ISLAM turut menghantar memorandum bantahan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, sekali gus memohon Perkara 121 dipertimbangkan semula (rujuk ::Roslam SMS Corner).

Bila perkara ini dibawa ke Parlimen, beberapa komen diberikan oleh pemimpin-pemimpin ISLAM yang kita sayangi dan kita harap akan mempertahankan ISLAM.

Menteri di JPM Nazri Azizi menyatakan perkara tersebut telah dibincangkan secara PANJANG LEBAR semasa mesyauart cabinet Rabu lalu

Kabinet TIDAK membincangkan secara mendalam perkara tersebut – Radzi

Inilah yang saya sebut sebagai PERTUKARAN AGAMA YANG TIDAK TELUS. Dan ianya akan mencetuskan masalah besar kepada anggota keluarga – Menteri di JPM Dr Maximus Ongkili

Saya tak pasti apa pandangan anda dalam mendengar ulasan pemimpin yang saya paparkan di atas. Wujud percanggahan kenyataan antara Radzi dan Nazri, sukar ditentukan mana satu yang berbohong. Rujuk pula komen Pak Lah, pelopor ISLAM HADHARI…

“Banyak yang fikir, perlu diperjelaskan soal undang-undang dan perlembagaan supaya tidak ada kekeliruan yang timbul. Soal apa tindakan yang perlu kita ambil dari segi undang-undang itu adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan, yang penting kita bagi keadilan kepada semua.

“Dalam apa jua tindakan kita hendak ambil, kita perlu berhati-hati supaya nanti tidak berlaku sebarang tindakan yang menyalahi kepercayaan kaum-kaum yang tidak seagama dengan kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidiladha di Masjid Kubang Menerong di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdullah mengakui bahawa hak untuk setiap rakyat yang menganut sebarang agama harus dihormati dan meminta mereka supaya mengamalkan sifat saling menghormati, bekerjasama dan bermuafakat bagi mengekalkan keharmonian negara.

(Rujuk – Perjelas hal tukar agama — Masih ada kekeliruan dalam undang-undang sedia ada – PM)


Itu kenyataan seorang yang kononnya memperjuangkan ISLAM. Risau saya bila melihatkan Pak Lah seolah-oleh ingin memenangkan ‘kebebasan beragama’ dan kelihatan seperti ingin meminda perkara 121. Ini kenyataan seorang peguam syarie yang bercanggahan dengan pendapat Pak Lah…

Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar berkata, perkara mengenai tukar agama telah termaktub dalam undang-undang sedia ada. “Kalau kita lihat, Mahkamah Tinggi juga telah membuat keputusan iaitu kes tukar agama dari agama bukan Islam kepada Islam adalah terletak di bawah Mahkamah Syariah…ini sudah jelas,” kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengenai banyak perkara dalam perlembagaan yang kurang jelas dan perlu diperbaiki terutamanya berkaitan konteks tukar agama.

Zainul Rijal berkata, bukan sahaja Mahkamah Tinggi yang memutuskan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam hal-hal berkaitan agama Islam tetapi juga Mahkamah Sivil.

“Kalau kita lihat ini, ia sudah jelas. Cuma ia dipertikaikan bila ada pihak yang masih tidak berpuas hati,” katanya.


Sementara itu, Profesor Salleh Buang menyifatkan ia sebagai langkah ke belakang jika kerajaan ingin meminda Perlembagaan yang berkaitan menukar agama bukan Islam kepada Islam.

Dahulu, katanya, Mahkamah Syariah dibayangi Mahkamah Sivil sehinggalah pada tahun 1998 yang meletakkan Mahkamah Syariah sebagai satu mahkamah yang berkuasa dalam soal agama Islam tanpa campur tangan Mahkamah Sivil.

“Saya tak nak cakap banyak mengenai isu ini, nanti orang marah tetapi apa yang penting ialah adakah kita (orang Islam) mahukan Mahkamah Syariah dibayangi oleh Mahkamah Sivil,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya sebarang pindaan dalam konteks tukar agama membabitkan orang bukan Islam memeluk agama Islam mesti mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.

(Rujuk – Peguam perjelas soal tukar agama)

Kedua-duanya sependapat untuk pertahankan Perkara 121, cuma bezanya, ada cadangan untuk membawa kepada Majlis Raja-raja. Persoalannya, apakah Majlis Raja-raja yang biasanya menurut kata-kata PM akan mempertahankan maruah ISLAM? Mereka bukannya orang yang AHLI dalam bidang agama. Mengapa tidak terus merujuk ALIM ULAMAK? Dan dimanakah suara ULAMAK dalam menyuarakan tentang soal ISLAM ini?

Harapan saya, sama-samalah kita berdoa agar maruah ISLAM terus terbela. Agar pemimpin kita diberi HIDAYAH oleh ALLAH untuk mempertahankan maruah ISLAM. Kes Mohamad Abdullah memberi satu impak yang besar kepada padangan dan pemikiran masyarakat Malaysia. Apapun, kita seharusnya yakin bahawa terdapar seribu satu hikmah ILLAHI sebalik tragedi ini. Sama-samalah kita berdoa untuk kemenangan ISLAM… Wallahualam…

Read Full Post »

Astora Jabat sekali lagi menggemparkan rakyat Malaysia dengan penulisannya yang dibayangi kejahilan, kefasikan dan kesesatan. Astora Jabat (laknatullah) merupakan penulis tetap dalam ruangan Bicara Ahad (dahulunya Bicara Agama) untuk akhbar Mingguan Malaysia. Astora selalu mengulas isu-isu sensitif melibatkan agama dengan akalnya yang singkat lagi jahil.

Kali ini, Astora mengulas tentang Ariel Sharon laknatullah dengan mengatakan si penjenayah perang yang sedang nazak itu telah berjasa buat negara Palestin. Sharon yang terkenal dengan keganasannya terhadap umat ISLAM terutama di Palestin boleh dikatakan berjasa oleh si keparat Astora.

Ariel Sharon merupakan Perdana Menteri Israel yang paling jahat berbanding mana-mana perdana menteri Israel yang lain kerana dia adalah penjenayah perang dan pengganas, tetapi pada waktu yang sama dia juga merupakan pemimpin negara yang paling berjasa kepada bangsa Palestin, umat Muslim dan umat manusia di seluruh dunia.

Ini disebabkan penglibatan Sharon dalam usaha mengurangkan ketegangan berpanjangan di rantau Asia Barat yang menyebabkan meletuskan beberapa perang menggemparkan seluruh dunia itu melalui tindakan berani berundur dari Gaza dan merancang akan mengundurkan diri dari Tebing Barat pada masa akan datang. Usaha Sharon berhasil, manakala usaha pemimpin-pemimpin Yahudi hanya setakat rancangan di atas kertas sahaja.

Mereka sama sekali tidak akan melihat apa jua perbuatan baik Sharon kecuali dari sudut negatif belaka walaupun perbuatannya itu menguntungkan mereka dan bangsa Palestin. Ini kerana terdapat fahaman stereotaip telah membudaya dan tertanam dalam pemikiran masyarakat Arab bahawa orang Yahudi mesti jahat dan mereka tidak mungkin menjadi orang baik.

Padahal orang Yahudi sama seperti semua bangsa dan penganut agama lain di mana ada yang baik dan ada yang jahat. Dalam al-Quran sendiri ada menyebut tentang orang Yahudi yang jahat dan pada waktu yang sama wahyu Allah itu juga ada menyebut tentang orang Yahudi yang baik. Begitu juga al-Quran menyebut tentang orang Arab, yang ada baik dan ada yang tidak baik.

ecara umumnya di negara-negara Arab berlaku keadaan perasaan menguasai akal dengan ketara. Lalu purata penduduknya menyambut masalah kesihatan yang dihadapi Sharon itu dengan sorak-sorai kerana gembira. Padahal pemimpin Yahudi yang merupakan pengganas yang paling jahat itulah satu-satu pemimpin Yahudi yang berani mengambil keputusan berundur dari Gaza dan merancang akan berundur dari Tebing Barat secara berperingkat dengan meninggalkan Baitulmaqdis dan blok-blok penempatan Yahudi tertentu di wilayah itu di tangan Israel.

Mereka menggelarkan Sharon sebagai drakula, Hitler Yahudi, penyembelih, bulldozer dan macam-macam. Penulis tidak menganggap keterlaluan menggelarkan Sharon begitu kerana betul pun dia kuat membunuh orang Palestin, tetapi tindakannya berhubung perdamaian boleh dinilai.

Di antara perkara yang menjadi hambatan dan halangan orang Arab tidak dapat menilai Sharon selain banyak jenayah yang dilakukan ke atas bangsa Palestin dan bangsa-bangsa Arab lain termasuk penyembelihan di Sabra dan Shatila pada tahun 1982 ialah penyerahan kuasa pentadbiran wilayah kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) secara terbatas, Baitulmaqdis dikekal di bawah Israel.

(Artikel penuh – Sharon pengganas yang berjasa kepada Palestin)

Sepintas membaca tulisan Astora, terasa ada benarnya. Tapi sanggupkah kita untuk mengatakan Sharon BERJASA? Adakah dengan beberapa langkah pengunduran (yang sekadar lakonan itu), dunia sudah mampu memaafkan Sharon?

Apa pun Sharon akan `dikenang’ sebagai orang yang mempunyai `jasa baik dan buruk’ kepada Israel dan Palestin.

Pada masa yang sama banyak `dosa’ yang akan diingati oleh masyarakat dunia khususnya di kalangan masyarakat Islam lebih-lebih lagi dalam peristiwa Sabra dan Shatila.

Sharon muncul sebagai `orang lama’ yang mempunyai banyak peranan dalam kerajaan regim zionis itu.

Beliau memulakan kariernya dalam tentera pada usia muda apabila menyertai unit komando utama Israel – Haganah. Unit ini bertanggungjawab melakukan keganasan dan serangan sehingga memaksa penduduk Palestin meninggalkan kediaman mereka.

Pada tahun 1953, beliau mengasaskan Unit 101, sebuah unit tentera berasaingan yang melancarkan beberapa serangan merentasi sempadan Israel terhadap pelarian dan perkampungan Palestin.

Beliau mengetuai unitnya itu untuk melancarkan serangan terhadap penempatan Badwi di Al Auija, yang membunuh berpuluh-puluh penduduk.

Pada tahun yang sama beliau menyerang Kampung Qibya di Jordan. Dalam serangan itu, Sharon yang mula dikenali dengan kekejamannya telah mengarahkan anggota bawahannya supaya meletupkan bangunan, memusnahkan pintu dan tingkap rumah penduduk sebelum melontarkan bom tangan. Akhirnya serangan itu mengorbankan 69 orang awam, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak.

Siasatan yang dijalankan menunjukkan rumah yang dikatakan tidak berpenghuni itu ditembak berulang kali. Mayat bergelimpangan dan ini menyebabkan pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bansga Bersatu (PBB) menyatakan mustahil Sharon tidak tahu rumah berkenaan didiami.

Sharon meneruskan dasar tidak berperikemanusiaannya pada 1971 melalui program `penawanan Gaza’. Beliau mengambil tindakan meletupkan rumah orang awam, menyeksa dan memenjarakan beratus-ratus penduduk Palestin.

Pada 1977, beliau diberi tanggungjawab sebagai Menteri Pertanian setelah menyertai parti Likud pimpinan Menahem Begin yang memenangi pilihan raya umum Israel. Antara tugasnya ialah beliau bertanggungjawab terhadap penempatan haram Yahudi di Palestin.

Pada masa yang sama beliau juga menjadi penyokong kuat Gush Emunim, pergerakan agama Yahudi yang mendesak supaya menyekat penubuhan sebuah negara Palestin dan memperluaskan penempatan haram.

Sikap kejamnya lebih terserlah apabila dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Pada awal 1982, beliau merancang melakukan pencerobohan terhadap Lebanon menerusi dasar `Keamanan untuk Galilee’. Beribu-ribu tentera ditempatkan di sempadan supaya menceroboh negara jiran itu.

Dalam serangan itu, tentera Israel melalui udara dan darat memusnahkan sebahagian Lebanon dan membunuh 14,000 orang awam.

Pada 12 Ogos tahun yang sama, tentera Yahudi itu sekali lagi melancarkan serangan meriam besar-besaran selama 11 jam ke atas Lebanon yang mengorbankan kira-kira 500 penduduk tempatan dan pelarian Palestin. Kejadian ini dikenali sebagai `Khamis Hitam’.

Sharon tidak puas dengan tindakan itu apabila sebulan kemudian mengarahkan tenteranya menyerang Beirut dengan alasan kononnya mahu mengusir 2,000 pejuang Palestin di bandar raya itu.

Beliau juga mengarahkan serangan terhadap kem pelarian Palestin di Sabra dan Shatila pada 16 September. Serangan bermula pukul 6 petang itu berakhir pada 8 malam 18 September 1982. Kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman itu. Ramai wanita diperkosa dan diseksa sebelum dibunuh. Inilah kekejaman yang dianggap paling dahsyat dilakukan oleh Sharon. Dan dunia tidak akan melupakan `dosa’ besar ini sama ada semasa Sharon masih hidup atau sebaliknya.

(Artikel penuh – Damai Palestin – Israel tidak menentu)

Nah! Sebagai seorang ISLAM, saya tidak sekali-kali akan mengatakan Sharon BERJASA kepada Palestin. Selagi tanah Palestin belum kembali menjadi milik ISLAM, selagi Baitulmaqdis tidak dipulangkan kepada yang HAQ, selagi penindasan tidak dihentikan, selagi Sharon tidak dihukum, selagi itulah Sharon tetap seorang pengganas.

Sharon menyebabkan beribu-ribu orang terbunuh, kehilangan maruah, tempat tinggal, terseksa dan sebagainya. Bagaimana anda sebagai seorang ISLAM mampu untuk mengatakan orang yang telah menyeksa SAUDARA SEISLAM kita di Palestin sebagai BERJASA? Sharon manusia laknatullah yang tidak layak digelar manusia, apatah lagi berjasa.

Cuba anda hayati penyeksaan yang dilakukan ke atas seorang MUSLIMAH dengan membaca Surat Fatimah… ini. Jika anda sanggup mengatakan Ariel Sharon BERJASA… Saya pasti, ada sesuatu yang tidak kena dengan HATI anda… Wallahualam…

Read Full Post »

Satu lagi isu untuk dikongsi bersama… Sekadar dipetik daripada TranungKite namun mempunyai hubungan dengan post saya sebelum ini.

“Seminggu sudah sekolah bermula. Bermacam ragam dapat dilihat dr kanak2 yang ke sekolah. Tidak ketinggalan juga ibubapa dan guru. Namun di Kelantan terutama Pasir Mas, suasana bercampur baur dihadapi oleh guru. Episod pertukaran guru ke kawasan pedalaman (Hulu Kelantan) bermula kembali. Sepanjang minggu ini kisah guru2 yang ditukarkan atas dasar politik rancak diperbincangkan, apalagi ia melibatkan jumlah yang agak besar. Saya difahamkan seramai 50 orang kesemuanya di sekitar Pasir Mas.

Dendam politik yang tak pernah padam dari parti yang kalah (walaupun diisytiharkan menang) nampaknya semakin menggila. Kali ini yang menjadi korban bukan sahaja guru yang secara jelas bekerja utk PAS dlm Pilihanraya Kecil DUN Pengkalan Pasir yang lalu, malah mereka yang hanya duduk di rumah, masjid dan sekolah juga turut menjadi mangsa tanpa melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti parti.

Lebih malang lagi, ada beberapa org ustaz yang tempoh perkhidmatannya hanya tinggal 3 atau 4 tahun sahaja lagi sebelum pencen turut menjadi mangsa. Tumpuan tempat pertukaran kali ini adalah ke sekitar Gua Musang dan Kuala Krai.

(Artikel penuh – Episod Pertukaran Guru Pengkalan Pasir Bermula Kembali)

Nah, bukankah benar jangkaan saya bahawa BN sedang memperalatkan pendidikan untuk kejayaan politik sempit BN? Apatah lagi tatkala Hishamuddin memegang kuasa. Habis Pemuda UMNO dianggapnya sebagai Kementerian Pelajaran. Sama-sama kita insafi… Wallahualam…

Read Full Post »

Saya tertarik membicarakan status sekolah agama rakyat (SAR) yang sewaktu pemerintahan Tun Dr. Mahathir telah dihentikan bantuan perkapita (atas sebab² kononnya pelajar di SAR dihasut untuk menentang kerajaan). Apakah benar dakwaan tersebut yang sehingga kini masih tidak dapat dibuktikan? Alhamdulillah kerajaan ISLAM HADHARI pimpinan Pak Lah telah memutuskan untuk menyambung kembali bantuan per kapita kepada SAR…

Namun, yang merunsingkan saya, apakah ikhlas niat kerajaan sekular BN untuk menyambung bantuan tersebut? Ataupun sekadar gimik politik? Saya merasakan ia suatu tindakan politik kerana jika merujuk akhbar Utusan Meloya, berita tentang SAR ini diletakkan dalam bahagian POLITIK bukan bahagian PENDIDIKAN ataupun bahagian² lain. Juga rujuk sedutan artikel tersebut…

KOTA BHARU 7 Jan. – Kerajaan Kelantan pimpinan Pas diminta tidak menyekat usaha Kementerian Pelajaran memberi penerangan kepada 87 Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan 18 Sekolah Agama Negeri (SAN) di negeri ini mengenai kelebihan mendaftar sebagai sekolah agama bantuan kerajaan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Annuar Musa berkata, langkah tersebut adalah perlu bagi memudahkan ahli lembaga pengelola sekolah membuat keputusan sama ada menerima tawaran kementerian terbabit atau sebaliknya.

Menurut Annuar, UMNO Kelantan sedang mengkaji kemungkinan menganjurkan kempen penerangan bagi membolehkan pentadbir sekolah terbabit mendapat maklumat yang jelas.

“Saya juga sudah mengarahkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk turut memberikan penerangan kepada ibu bapa mengenai kebaikan langkah tersebut,” ujarnya.

Apakah kaitan Badan Perhubungan UMNO dalam hal ini? Mengapa Anuar Musa yang terhegah² buat rajin? Dan kenapa UMNO Kelantan yang perlu memikirkan soal SAR ini? Biarkanlah pendidikan tidak dipolitikkan, apatah lagi pendidikan ISLAM. UMNO masih terus menampakkan kebodohan dan kejahilan pemimpin mereka.

Sampai bila Malaysia akan terus begini? Semuanya ingin dipolitikkan sampai anak² yang tidak mengerti apa-apa menjadi mangsa. Biarkan ISLAM bebas dipelajari. Mengapa perlu disekat perkara berkaitan dengan ISLAM? Apakah benar pemimpin kita begitu jahil dan haprak? Wallahualam…

Rujuk

  1. Pusat sambung bantuan 92 SAR
  2. Jangan sekat program penerangan SAR
  3. Exco bimbang sekolah agama diambil alih bila daftar di bawah Pusat

Read Full Post »

Older Posts »