Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Julai 2008

Alhamdulillah, selesai menonton debat perdana secara langsung. Debat antara Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek ternyata menarik. Walaupun masa asalnya 90 minit telah dipendekkan ke 60 minit berserta 3 minit iklan. Tetap PUAS! Anwar ternyata berjaya menjawab semua persoalan dengan baik dan tidak terikut-ikut dengan rentak serangan peribadi daripada Shabery. Shabery yang seolah-olah tiada hujah asyik memainkan kisah silam Anwar dengan menyerang peribadi Anwar sewaktu dalam kerajaan. Anwar menjawab dengan bijak, kalau dah tahu beliau salah sewaktu tahun 1990, kenapa sampai 2008 tak nak betulkan? Terkedu Shabery! (selanjutnya…)

Read Full Post »

Sudah 8 bulan saya meninggalkan alam kampus. Sudah 8 bulan juga saya seakan terpisah dengan dunia mahasiswa. Namun serasanya, tidak salah untuk saya menulis sesuatu berkaitan dengan kampus dan mahasiswa; tulisan khusus untuk menjawab posting “Adakah Demokrasi Di Utp Masih Wujud?“.

Secara jujur, saya tidak mengenali penulis blog tersebut. Jadi saya kira penulisan dan komentar ini sebagai tulisan yang neutral dan tidak memihak kepada pihak pentadbiran UTP mahupun kepada ‘pejuang demokrasi UTP’. Saya menulis berdasarkan pengalaman dan penglibatan saya dalam dalam MPPUTP selama dua tahun, serta berkecimpung dengan aktiviti pelajar selama 4 tahun. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Agak lama blog Musafir Kelana kelihatan terabai. Keinginan menulis itu ada, tetapi terlalu banyak isu yang terlalu pantas berlalu. Dari satu isu ke isu yang lain. Komen dari sahabat bloggers yang lain juga menyusul saban jam mahupun minit. Jadi saya memilih untuk menulis perihal peribadi, yang tidak ada disentuh dalam blog yang lain, iaitu pernikahan adik saya, sahabat saya, iaitu saudara Khaled Hamdan dengan saudari Zaiti dari UIA. (selanjutnya…)

Read Full Post »