Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for November 2007

Hotlink Tour di UTP

Pertama sekali, ingin saya tegaskan di sini, post ini bukanlah bertujuan mengaibkan mana-mana pihak. Sama ada pihak pelajar yang terlibat, pihak pengurusan universiti yang berlepas tangan, mahupun komuniti universiti yang gagal memainkan peranan.

Post ini ditulis setelah saya tersentak. Terkedu. Kelu. Marah. Benci. Kecewa. Sedih. Semuanya bersimpul menjadi satu. Semuanya kerana membaca artikel bertajuk “Angguk2 Geleng2: Antara revolusi sexualisme, Melayuisme dan Omputihlisme di UTP” yang disiarkan di UTP Today tempoh hari. Jika anda ke link tersebut, artikel tersebut sedikit sebanyak telah disuam-sejukkan. Sebab itu, saya telah meletakkan post original tersebut di sini supaya anda merasai apa yang saya rasai tatkala membaca artikel tersebut. (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »

Tempoh hari, Samy Vellu telah menggemparkan negara apabila mengarahkan ahli MIC untuk tidak mengadakan rumah terbuka sempena Deepavali. Ini sebagai bantahan kepada tindakan kerajaan anak Toyol (baca sebagai Khir Toyol) yang merobohkan kuil Sri Maha Mariamman di Shah Alam. Berita ini dipetik daripada MalaysiaKini dengan perantaraan Roslan SMS. Kenyataan Samy Vellu direkodkan pada 4 November yang lalu, dan hari ini, 7 November, Samy mewarwarkan berita baik yang diterima daripada kerajaan Toyol.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Pada asalnya, perhimpunan BERSIH 10 November ini hanyalah diketahui oleh pejuang-pejuang demokrasi negara. Maklumlah, media perdana sudah pasti tidak akan mempromosikan perhimpunan yang bercanggahan dengan kehendak UMNO khasnya dan BN amnya. Namun, keadaan akhir-akhir ini seolah-olah suatu RAHMAT kerana perhimpunan ini telah dipromosikan secara besar-besaran oleh media perdana dan juga anjing UMNO yang sedang sibuk membodek di PWTC. Tambah menarik, promosi ini PERCUMA!

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Saya Dilamar!

Mendengar perkataan ‘dilamar’, sekilas terlintas difikiran, tentu dilamar sebagai suami (untuk kes sayalah). Jika artis dilamar, itu perkara biasa. Bukan lamaran kahwin, tapi lamaran untuk berlakon. Lamaran untuk membuat album. Menjadi model. Dan macam-macam lagilah. Al-maklum, namapun artis. Dunia penuh populariti. Juga tak kurang penuh dengan maksiat yang menakutkan tatkala hampir kepada MATI. (selanjutnya…)

Read Full Post »