Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Telah sekian lama kita tidak dikejutkan dengan berita tentang kes murtad, kematian muallaf dan pertikaian kuasa Mahkamah syariah dan Mahkamah persekutuan. Namun, hari ini, ketenangan itu telah dikocak kembali dengan kes Subashini yang berkelahi dengan suaminya yang telah memeluk agama ISLAM. Kes ini cuba disepikan oleh media perdana, mungkin untuk mengekalkan feel good factor dikalangan rakyat. Tambah pelik, media-media alternatif juga kurang ambil pusing dengan situasi terkini ini. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Malam semalam, Barisan Alternatif mengumumkan tindakan mereka untuk memboikot Pilihan Raya Kecil Batu Talam yang akan berlangsung 28 Januari ini. Walaupun mungkin ada yang kecewa, janganlah menganggap Barisan Alternatif takut untuk berhadapan dengan Barisan Nasional.

Realiti sebenar, BA tidak berminat untuk bertarung dalam gelenggang yang berat sebelah. Pengerusi SPR sendiri menyatakan sistem Pilihan Raya di Malaysia perlu dirombak. Siapa lagi yang lebhi layak untuk mempertikaikan ketelusan sistem Pilihan Raya di Malaysia kalau bukan Pengerusi SPR? (selanjutnya…)

Read Full Post »

Kenaikan tol terkini di lima lebuhraya di Lembah Klang terasa cukup membebankan rakyat. Pelbagai pihak termasuk parti pembangkang, NGO, kesatuan sekerja dan juga beberapa parti komponen Barisan Nasional sendiri mempertikaikan langkah kerajaan menaikkan tol.Kajian yang dibuat oleh pihak yang membantah kenaikan tol membuktikan bahawa jumlah subsidi yang telah diberi oleh kerajaan kepada syarikat konsesi tol sudah berjumlah RM4.8 billion sedangkan jumlah kos pembinaan kelima-lima lebuhraya tersebut hanyalah Rm4.1 billion. Ini bermakna, tanpa kutipan tol sekalipun, syarikat konsesi telah mengaut keuntungan Rm700 juta. Bukan satu jumlah yang sedikit. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Kes Tan Sri Kasitah Gaddam merupakan antara isu sensasi negara kini. Kes yang difailkan tiga tahun lepas, baru berpeluang diadili sekarang. Kasitah merupakan antara ‘bilis-bilis’ yang diheret ke muka pengadilan oleh kerajaan Pak Lah atas kesalahan korupsi. Boleh juga dikatakan Kasitah antara yang dipergunakan sebagai senjata politik Pak Lah untuk menunjukkan keikhlasannya untuk mem’bersih’kan kerajaan. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Semalam, laporan muka depan Utusan Melayu menyiarkan pengakuan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman tentang kepincangan yang wujud dalan sistem pilihan raya di Malaysia. Sehubungan itu, beliau telah mencadangkan SPR distruktur semula, serta undang-undang pilihan raya dirombak secara drastik.Selain mengatakan undang-undang yang digunapakai telah berusia 50 tahun, beliau turut menyatakan kelemahan sedia ada yang dihadapi oleh SPR. Baginya, SPR sebagai sebuah suruhanjaya bebas, perlu diberi peruntukan khas oleh Parlimen selain mempunyai sistem gaji yang tidak perlu melalui Jabatan Perkhidmatan Awam. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Gambar yang dikongsi oleh Roslan SMS ini agak mengejutkan. Sekular sungguh UMNO nampaknya. Orang hendak membaca Al-Quran, kitab suci umat Islam, biarlah lebih beradab. Aurat seharusnya ditutup dengan betul. Bukan menutup dengan kain yang jarang dan berpakaian yang ketat. Sama seperti tidak menutup aurat! Memalukan pengasas Islam Hadhari! Di mana Dr Mashitah ya?
Memang sah UMNO merupakan ajaran sesat yang JAKIM masih belum berjaya kesan…

Wallahualam…

Read Full Post »

Post ini ringkas sahaja memandangkan ini post ke-3 untuk malam ini. Kisah pembelaan seorang mahasiswa yang menyaman Universiti Utara Malaysia kerana menyingkirkan beliau. Kesnya berlaku pada tahun 2000, saman difailkan pada tahun 2001. Melibatkan penyebar ajaran sesat terkenal, Astora Jabat. Ikuti sedutan berita dibawah: (selanjutnya…)

Read Full Post »

Saya agak kecewa membaca laporan berita dalam TheSun tentang perhimpunan membantah kenaikan tol yang diadakan di hadapan Sunway Piramid petang semalam. Dalam akhbar TheSun, dikatakan jumlah yang hadir hanyalah 300 orang. Yang ramai ialah pemerhati, iaitu seramai 3000. Kononnya pemerhati ini semuanya datang untuk membeli-belah. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Awal tahun 2006 menyaksikan bermulanya kes perebutan mayat Allahyarham Moorthy ataupun nama Islamnya Mohamed Abdullah. Mayat beliau telah menjadi rebutan antara pihak Jabatan Agama Islam dengan keluarga beliau yang mendakwa beliau telah murtad. Akhirnya Mahkamah Syariah menetapkan Moorthy masih Islam ketika meninggal dunia. Daripada kes ini, gerakan Inter-Faith Commission (IFC) mula menyuntik jarum. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Saya tertarik membaca ‘berita’ yang agak terkini daripada HarakahDaily. Kisahnya tentang Mufti muda Perlis, Dr Asri Zainal Abidin (DAZA). Tempoh hari, DAZA telah mengejutkan negara dengan pandangan ‘sekularnya’ tentang penangkapan kes khalwat oleh Jabatan Agama Islam (diberi sokongan penuh oleh Sisters In Islam). Kini, DAZA buat hal lagi. Lebih kurang macam kesinambungan terhadap ke’sekular’annya.
Kisahnya bermula dengan temuramah Mingguan Malaysia dengan DAZA. Yalah, DAZA ini diberi publisiti lebih esklusif jika dibandingkan dengan mufti-mufti lain. Kenapa ya? Sayapun tak tau. Mungkin sebab UMNO suka ya? Utusan kan UMNO punya. Maybe… Berikut sedikit sedutan yang memberi gambaran DAZA anti pembangkang (harapnya tidak anti Islam).

MINGGUAN: Bagaimana reaksi yang diterima selepas Dr. mengeluarkan kenyataan melarang intipan sesuai dengan kaedah tajassus dalam kes tangkapan khalwat?

MOHD. ASRI: Sepatutnya para sarjana Islam di negara ini tidak terkejut dengan kenyataan ini. Kalau ada yang membaca tulisan para ulama dahulu dan kini tentang bab tidak boleh mengintai ini, ia dinyatakan dengan jelas. Dr. Yusof al-Qardawi menyatakan dengan jelas, tidak boleh mengambil video, tidak boleh mengintip orang di belakang tabir atau balik pintu. Masalah imej Islam itu ialah bagaimana supaya ia tidak menjadi agama yang disalah sangka.

Isunya bukan menghalang banteras khalwat tetapi prosedur dalam membuat tangkapan termasuk intipan. Ada kira-kira 50 tugas penguat kuasa agama termasuk menahan orang yang tidak sembahyang Jumaat tetapi mengapa khalwat sahaja berjalan?

Khalwat bukan zina. Tuduhan zina perlu dibuktikan dengan empat orang saksi. Khalwat baru tuduhan bersekedudukan dan selalunya dilakukan secara bersembunyi. Maknanya mereka takut. Ini berlawanan dengan mereka yang melakukan maksiat secara terbuka di tempat awam seperti berpelukan lelaki dan perempuan bukan mahram, membeli nombor ekor, berjudi dan sebagainya.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, seorang lelaki bernama Mais g berjumpa Nabi dan mengaku berzina. Nabi memalingkan muka ke kanan dan bertanya adakah engkau mempunyai penyakit gila? Barangkali engkau raba atau cium sahaja. Ini menunjukkan Nabi cuba mengelakkan kes bersifat mengaibkan.

MINGGUAN: Sebab itu Dr. menggesa tumpuan diberi kepada mencegah kemungkaran secara terbuka?

MOHD. ASRI: Ya, kita perlu menumpukan kepada menghapuskan maksiat yang terbuka termasuk merompak, mencuri dan berjudi. Jangan tanya pembangkang. Saya tidak tahu bagaimana negara Islam yang mereka hendak bentuk. Kalau sistem khalwat itu diterima pakai seperti saya tengok di laman web pembangkang, ertinya kalau memerintah, mereka terpaksa membuat negara ini negara special branch. Mereka terpaksa merisik untuk mengetahui jenayah dan maksiat orang lain.

Temu ramah Penuh?

Menarik ya? Kenapa pembangkang pulak yang disebut? Ini komen daripada HarakahDaily yang diambil daripada DetikDaily. Penulisnya dikenali sebagai Pak Tam Mat dari Jitra, Kedah. Tajuknya di DetikDaily berbunyi “Mufti Asri sudah jadi barua Umno!” (telah diubah kepada “Mufti Perlis sudah jadi ‘alat’ Umno serang pembangkang!” dalam HarakahDaily).

“Asri sememangnya mahu dan bersedia menjadi tali barut Umno apabila menuduh negara Islam yang pembangkang mahu tubuhkan adalah negara special branch, walhal negara special branch atau yang digelar Tun Mahathir Mohamad sebagai negara polis adalah realiti yang berlaku di Malaysia sekarang di bawah pimpinan Umno-BN!”

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin buat perangai lagi. Mentang-mentang dia jadi tumpuan dan disanjung Sisters In Islam, Asri kali ini menghalakan sasarannya kepada pembangkang pula.

Jelas, mufti termuda ini mahu bermain politik, tapi bukan di gelanggang yang sebenar.

Link berita di DetikDaily HarakahDaily

Seperti yang saya sangka, DAZA sebenarnya sangat bermotifkan politik. Sama seperti Dr Mashitah Ibrahim yang dahulunya terkenal macam DAZA jugak. Sekarang Dr Mashitah menjaga bahagian ajaran sesat Islam Hadhari, DAZA pula bakal menyusul (mungkin…).

Apalah nak jadi dengan Malaysia hari ini. Muftipun sanggup menjadi tali barut pihak yang jelas menentang Islam (Kerajaan pimpinan UMNO memberikan lesen judi dan arak secara berleluasa etc.). Apakah mufti seperti Dato’ Harussani dah outdated? Hebat sangatkan orang muda baru setahun jagung mengenal dunia (dibandingkan dengan mufti-mufti ‘tua’ lain)?

Anda nilaikan sendiri. Saya tidak mengatakan segala pendapat DAZA salah. Ada yang boleh diterima pakai. Tapi banyak yang pelik dan menjanggalkan. Akhir zaman katakan…

Oh, lupa untuk saya nyatakan. Saya juga orang muda, lagi muda daripada DAZA. Mungkin bila DAZA dah ‘tua’, golongan kami (saya dan yang sebaya) akan membawa gelombong muda yang lain. Heh.

Wallahualam…

Rujuk juga post Jawapan Buat Ust Asri Zainal Abidin

Read Full Post »

Older Posts »