Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Saya semacam keliru untuk mengetahui kisah sebenar di sebalik tragedi 1988. Tragedi yang menyaksikan badan kehakiman negara diganyang oleh badan eksekutif negara. Pemberian ‘bayaran saguhati’ kepada hakimĀ² yang terlibat oleh kerajaan dilihat sebagai tindakan memohon maaf atas tragedi tersebut. Walau bagaimanapun, Tun Dr. Mahathir begitu marah dengan tindakan kerajaan dan memberikan hujah beliau dalam postingnya bertajuk, The Tun Salleh Saga. Teruskan pembacaan »

Advertisements

Saya tak pasti sekiranya Pak Lah tersasul ataupun mengatakan yang benar. Dalam muka depan akhbar The Sun, sekiranya diamati, Pak Lah mengatakan,

“Since the price of petrol has increased, we could hope to get additional revenue from PETRONAS”

Adakah ini bermakna keuntungan PETRONAS akan meningkat disebabkan peningkatan harga minyak dunia? Ataupun adakah bermakna kerajaan akan meminta lebih duit daripada PETRONAS? Teruskan pembacaan »

Isnin lalu, Pak Lah mengumumkan pemotongan elaun hiburan Menteri dan Timbalan Menteri serta PM dan DPM sebanyak 10% disamping cuti mereka dihadkan kepada negara Asean dan selama seminggu sahaja. Malah pembelian aset baru untunk mereka, seperti kereta dan lain-lain dibekukan. Ini sebagai untuk menunjukkan ahli jemaah menteri bersama dengan rakyat merasai beban kenaikan harga minyak?

Persoalannya, terbebankah mereka dengan pemotongan 10% itu? Sebanyak manakah 10% itu? Teruskan pembacaan »

Kepada Pak Lah… PM kesayanganku…

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepade Pak Lah kerana menaikkan harga minyak… Selepas ini apabila harga minyak naik… Harga barang yang lain akan naik…

Saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mata dan pecah perut kepada ikan kering sahaja…

Saya sanggup berkorban untuk UMNO dan BN… Teruskan pembacaan »

Sekali lagi badan kehakiman negara menerima kejutan apabila Hakim Datuk Ian H. C. Chin mendedahkan beliau dan beberapa hakim lain dihantar ke kem khas untuk di’basuh’ oleh seorang bekas Perdana Menteri, iaitu Tun Dr. Mahathir. Beliau membuat pendedahan tersebut sebelum mendengar petisyen pilihan raya untuk kerusi Parlimen Sarikei yang dimenangi oleh calon BN dengan majority tipis, 51 undi. Teruskan pembacaan »

Saya baru selesai menonton Debat Perdana Khas di RTM1 yang membincangkan isu panas, kenaikan harga minyak di Malaysia. Panel jemputan:

  1. YB Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Pusat
  2. Datuk Shahrir Samad
  3. Syed Munawar, penganalisis bebas
  4. Hanifiah Man, Editor Agendadaily

Saya tak sempat menangkap nama pengerusi debat tersebut. Yang nyata, debat tersebut jelas mengecewakan. Bukan kerana RTM1 berat sebelah ataupun pengerusi memihak kepada kerajaan. Saya kecewa kerana wakil pembangkang tampil lemah dan tanpa persediaan. Saya malu mengakui inilah antara pemimpin core sebuah parti pembangkang yang gah di mata masyarakat Malaysia. Teruskan pembacaan »

Sebagaimana yang telah saya janjikan dalam posting Selamat Pengantin Baru Afham!, akhirnya saya berjaya menguploadkan beberapa video yang telah dirakamkan oleh seorang sahabat menggunakan kamera Wan Abdul Rahman Wan Mansor. Video yang pertama merupanya video sewaktu upacara akad nikah.

Teruskan pembacaan »