Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Politics’ Category

Hari ini dalam sejarah, seorang lelaki berusia 23 tahun telah bersumpah dengan nama ALLAH bahawa dia telah diliwat oleh seorang ‘Datuk’ berusia lebih 60 tahun tanpa rela. Perbuatan tersebut, menurut sumpahnya berlaku pada 26 Jun 2008. Datuk tersebut merupakan seorang yang terkenal dengan sakit belakang beliau akibat penyeksaan sewaktu beliau di penjara.

Lelaki berumur 23 tahun tersebut ialah Saiful Bukhari Azlan, manakala datuk tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »

Pandangan Menteri Besar Selangor yang mencadangkan UiTM membuka penyertaan sebanyak 10% akhirnya berjaya dipolitikkan. Pandangan asal MB bukanlah untuk ‘meruntuhkan’ benteng Melayu terakhir (seperti diwar-warkan oleh penuntut UiTM dan NC serta pensyarah UiTM). Niat beliau hanyalah untuk menambahkan persaingan sihat di kampus. Salahkah itu? Malah, dalam zaman globalisasi yang serba maju, masih perlukah university satu bangsa?

Saya seorang Melayu. Pengkhianatkah saya jika menyokong dibukakan 10% penyertaan UiTM kepada bangsa lain? Pengkhianatkah saya jika saya inginkan bangsa Melayu, Cina dan India belajar bersama dan saling maju bersama? Pengkhianatkah saya jika saya melihatkan penyertaan kaum Cina dan India mampu meningkatkan daya saing bangsa saya?

Semuanya terlalu pelik! (selanjutnya…)

Read Full Post »

Isnin lalu, Pak Lah mengumumkan pemotongan elaun hiburan Menteri dan Timbalan Menteri serta PM dan DPM sebanyak 10% disamping cuti mereka dihadkan kepada negara Asean dan selama seminggu sahaja. Malah pembelian aset baru untunk mereka, seperti kereta dan lain-lain dibekukan. Ini sebagai untuk menunjukkan ahli jemaah menteri bersama dengan rakyat merasai beban kenaikan harga minyak?

Persoalannya, terbebankah mereka dengan pemotongan 10% itu? Sebanyak manakah 10% itu? (selanjutnya…)

Read Full Post »

Saya baru selesai menonton Debat Perdana Khas di RTM1 yang membincangkan isu panas, kenaikan harga minyak di Malaysia. Panel jemputan:

  1. YB Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Pusat
  2. Datuk Shahrir Samad
  3. Syed Munawar, penganalisis bebas
  4. Hanifiah Man, Editor Agendadaily

Saya tak sempat menangkap nama pengerusi debat tersebut. Yang nyata, debat tersebut jelas mengecewakan. Bukan kerana RTM1 berat sebelah ataupun pengerusi memihak kepada kerajaan. Saya kecewa kerana wakil pembangkang tampil lemah dan tanpa persediaan. Saya malu mengakui inilah antara pemimpin core sebuah parti pembangkang yang gah di mata masyarakat Malaysia. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Ezam SAH Masuk UMNO

Beberapa hari yang lalu, saya telah menulis tentang khabar angin Ezam akan menyertai UMNO. Berita terkini dalam Utusan Melayu mengesahkan sebentar tadi, Ezam telah menyerahkan by hand borang keahlian UMNO kepada Presiden UMNO, Pak Lah.

Saya kira perkembangan politik tanah air makin menarik. Tun Dr. Mahathir keluar dari UMNO, pejuang (atau bekas pejuang) pembebasan rasuah masuk UMNO. Semuanya menimbulkan 1001 pertanyaan, ke mana hala tuju politik tanah air?

Rujuk berita terkini dari akhbar paling Pro-BN, Utusan di sini.

Read Full Post »

Saya amat terkejut pagi ini apabila membuka akhbar online The Star yang antara lain memaparkan berita keinginan Ezam untuk menyertai UMNO semula. Ezam yang dahulu merupakan setiausaha politik Anwar Ibrahim merupakan bekas orang kuat PKR. Beliau keluar dari PKR setelah berlaku perebutan kuasa dalaman sewaktu pemilihan parti tahun lepas. Setelah tidak berparti, beliau menubuhkan GERAK, sebuah NGO untuk berhasrat mewujudkan masyarakat yang bebas rasuah serta memperjuangkan kebebasan media dan badan kehakiman. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Terkini!

Husam minta jentera PAS sedia hadapi pilihan raya umum..
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) – Naib Presiden PAS, Dato’ Husam ..
300 di Kedah ikuti Dr M keluar Umno..
Abdul Halim Mohd Rashid
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) – Kira-kira 300 orang ahli Umno Cawan..
“Saya keluar Umno, isteri turut bersama”..
M Khaleel Kas
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) – Demikian luahan peribadi Tun ..

Tindakan Tun Dr. Mahathir untuk keluar dari UMNO telah mengundang pelbagai reaksi daripada dalam UMNO dan juga parti pembangkang. Kebanyakan pemimpin UMNO jelas menzahirkan kekecewaan mereka dengan tindakan Tun yang dilihat hanya akan melemahkan lagi parti. Walau bagaimanapun, Tun Musa Hitam berbeza pendapat.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai DPM sewaktu zaman Tun mengatakan bahawa keluarnya Tun dari UMNO ibarat sudah terkeluarnya duri dari dalam daging. Beliau menggesa ahli UMNO untuk melihat tindakan tersebut sebagai blessing in disguise kerana keluarnya Tun dari UMNO bermakna tamatlah era ‘Mahathirisme’ dan boleh diganti kembali dengan era ‘Bersih, Cekap dan Amanah’. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »