Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Muhasabah Diri’ Category

Hotlink Tour di UTP

Pertama sekali, ingin saya tegaskan di sini, post ini bukanlah bertujuan mengaibkan mana-mana pihak. Sama ada pihak pelajar yang terlibat, pihak pengurusan universiti yang berlepas tangan, mahupun komuniti universiti yang gagal memainkan peranan.

Post ini ditulis setelah saya tersentak. Terkedu. Kelu. Marah. Benci. Kecewa. Sedih. Semuanya bersimpul menjadi satu. Semuanya kerana membaca artikel bertajuk “Angguk2 Geleng2: Antara revolusi sexualisme, Melayuisme dan Omputihlisme di UTP” yang disiarkan di UTP Today tempoh hari. Jika anda ke link tersebut, artikel tersebut sedikit sebanyak telah disuam-sejukkan. Sebab itu, saya telah meletakkan post original tersebut di sini supaya anda merasai apa yang saya rasai tatkala membaca artikel tersebut. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Saya Dilamar!

Mendengar perkataan ‘dilamar’, sekilas terlintas difikiran, tentu dilamar sebagai suami (untuk kes sayalah). Jika artis dilamar, itu perkara biasa. Bukan lamaran kahwin, tapi lamaran untuk berlakon. Lamaran untuk membuat album. Menjadi model. Dan macam-macam lagilah. Al-maklum, namapun artis. Dunia penuh populariti. Juga tak kurang penuh dengan maksiat yang menakutkan tatkala hampir kepada MATI. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Lama jari jemari ini kaku untuk menuku. Bukan tidak ada idea yang menyebabkan diri ini buntu. Cuma terasa sukar mencari idea yang betul-betul ‘segar’ dibandingkan dengan blog-blog lain yang bertebaran di alam siber kala ini. Dulu, sewaktu awal-awal mencebur diri dalam arena tulis menulis, blogspot dan wordpress merupakan satu fenomena asing. Tak ramai yang ingin berkongsi karya mahupun berita. Semuanya sekadar membaca dan memberi komentar semata. Hari ini, segalanya berbeza. Terlalu banyak blog yang wujud sampai tak terhitung dek masa untuk mengira, apatah lagi membaca. Kesukaran untuk mencari kelainan idea agak menyempitkan dada. Namun Alhamdulillah, tatkala umur blog ini (di alamat baru ini) mencecah sebulan, jumlah pengunjung sekitar 2500. Suatu jumlah yang boleh saya syukuri. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Orang selalu mengira bahawa nikmat itu adalah merujuk kepada yang manis-manis belaka. Jika diberi rupa yang tampan lagi menawan. Itu nikmat! Jika beroleh isteri yang solehah. Itu nikmat! Jika diberi kerja dengan imbuhan yang lumayan. Itu nikmat! Jika jatuh sakit sampai perlu dioperate. Itu bala! Benarkah begitu? Benarkah kesakitan yang di datangkan TUHAN itu bukan suatu nikmat? (selanjutnya…)

Read Full Post »

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudahpun berlalu

Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasaku
Berada di bulan ramadhan semula,

Puasa,
Satu amalan
Sebagaimana yang diperintah-Nya
Moga dapatku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak inginku biarkan
Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku memohon diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
Dengan rahmatmu oh tuhanku
Ku tempuh jua…

Semoga kita bersama dapat mengecapi nikmat dan berkat bulan mulia Ramadhan ini…

Read Full Post »

Senyum? Senyuman manis? Siapakah tuan punya senyuman itu? Aduh… Sungguh manis. Kerana manisnya senyuman itu, maka bergetarlah jiwa yang terkena. Terkena panahan sakti si dia. Siapa? Biarlah rahsia… (selanjutnya…)

Read Full Post »

Buntu Bicara Kalbu

Jam berdetik, tepat menandakan jam 3 pagi. Jam 10 malam sebelumnya mata saya kuyu dan layu. Badan terasa lesu. Buntu. Kenapa hari ini terlalu sayu? Kaku bertanya pada kalbu…

Kini jam 3 pagi. Mata segar bugar. Badan yang lesu kembali padu. Tapi jam sudah 3 pagi. Otak dah suruh membisu. Badanpun ada hak tertentu. Tak begitu? Buntu. Kenapa sekarang baru hilang lesu dan sayu?

Hari ini (6/9) blog Musafir Kelana kelu. Saya malu. Malu kerana buntu. Apakah salahku wahai yang SATU?

Astaghfirullahalazim… Ya ALLAH, ampunkan dosaku!

Read Full Post »

Dahulukan Bersangka Baik

Menginginkan diri menjadi pendakwah bukan perkara mudah. Namun yang tak mudah dan payah inilah yang perlu kita tadah. Itupun kiranya kita mahu menagih janji-janji ALLAH. Bukankah sudah sebati benar diri kita dengan ingatan ALLAH?

Syurga itu dipagari oleh perkara-perkara yang kita tak suka dan neraka pula dikelilingi oleh perkara-perkara yang kita senang padanya?

Antara yang payah lagi susah ialah mendahulukan bersangka baik. Melihatkan saya menulis perihal bersangka baik ini, tidaklah bermaksud saya mampu untuk sentiasa bersangka baik. Tapi ini merupakan satu seruan tak langsung kepada empunya diri. Nak ajak orang lain bersangka baik, perlu bermula dengan diri sendiri sebagai qudwah. Tak begitu? (selanjutnya…)

Read Full Post »

Demam On-Off

Cuaca akhir-akhir ini sangat tidak menentu. Sekejap panas membahang. Sekejap pula, hujan lebat. Sudah hampir sebulan rasanya negara kita (ataupun mungkin kebanyakan tempat di dunia) diuji-Nya dengan cuaca yang tidak ketentuan.

Disebabkan cuaca yang kerap bertukaran inilah, maka ramai yang demam. Kebanyakan mereka selsema dan lemah-lemah badan. Ini berlaku disebabkan badan yang gagal menyesuaikan diri dengan persekitaran yang terlalu pantas berubah. Udahlah pantas, kerap pula.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

The Come Back!

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama ‘bercuti’, akhirnya saya mengambil keputusan untuk kembali ke arena tulis-menulis. Terlalu ramai yang bertanyakan perihal ‘persaraan’ mengejut saya selama hampir lapan bulan. Maaf. Maaf. Dan maaf.

Secara jujur, saya tak berniat menghampakan pembaca sekalian. Tempoh lapan bulan yang berlalu saya gunakan untuk muhasabah diri memikirkan perihal penulisan saya sebelum ini. Terlalu banyak kelemahan. Terlalu banyak kekhilafan.

Insya-Allah kali ini saya cuba membuat kelainan dalam penulisan saya. Saya cuba mengurangkan tulisan berbaur politik. Saya cuba lebihkan persoalan kehidupan seharian kita insya-Allah. Namun saya tak mampu memberikan sebarang jaminan saya mampu menjadi penulis sebegitu. Tapi tak salah mencuba, bukan?

Sama-samalah kita nanti…

Wallahualam…

Musafir Kelana

Read Full Post »