Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for September 2007

Najib Oh Najib!

Dalam kehangatan rakyat berbincang tentang Laporan Audit Negara 2006 yang mendedahkan penyelewangan kerajaan yang keterlaluan, Timbalan Perdana Menteri turut terkena tempiasnya. Walau bagaimanapun, media perdana bijak dimanipulasikan supaya nama Najib tidak terjejas. Adil? Mungkin bagi sesetengah orang, adil lah. Strategilah katakan. Pilihanraya kan dah dekat… (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »

Assalamualaikum,

Sidang pembaca budiman, saya memohon maaf kerana gagal mengemaskini blog ini sejak beberapa hari lalu, bermula 1 Ramadhan tempoh hari. Kebetulan jadual saya agak ketat bermula 1 Ramadhan. Ini ditambah pula dengan demam yang datang secara on and off yang menyebabkan saya terpaksa terlantar di atas katil.

Insya-Allah kiranya berkesempatan, saya cuba mengemaskini blog ini dengan isu-isu terbaru. Maaf. Maaf. Dan Maaf. Pasti ada hikmah tersembunyi yang ingin disampaikan ILLAHI.

Wallahualam…

Musafir Kelana

Read Full Post »

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudahpun berlalu

Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasaku
Berada di bulan ramadhan semula,

Puasa,
Satu amalan
Sebagaimana yang diperintah-Nya
Moga dapatku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak inginku biarkan
Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku memohon diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
Dengan rahmatmu oh tuhanku
Ku tempuh jua…

Semoga kita bersama dapat mengecapi nikmat dan berkat bulan mulia Ramadhan ini…

Read Full Post »

Laporan Audit yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang tempoh hari menyebabkan beberapa menteri bagai cacing kepanasan. Gelabah. Risau. Takut. Semuanya bercampur menjadi satu. Masing-masing cuba mempertahankan perbelanjaan yang dibuat dan menyalahkan laporan Audit sebagai too technical dah tidak menggambarkan keadaan sebenar. Kononnya ramai yang salah faham dengan laporan tersebut. Sayapun naik confius... (selanjutnya…)

Read Full Post »

Berlari seketika daripada kehangatan isu Tragedi Berdarah Batu Buruk, saya hendak back track kepada kes perlantikan Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Zaki Azmi. Mungkin tak ramai yang tahu, apatah lagi sedar akan kejanggalan perlantikan Hakim Mahkamah Persekutuan kali. Kita akui bahawa perlantikan jawatan tersebut tertangguh begitu lama, namun itu bukanlah lesen untuk melantik sesiapa sesuka hati ke jawatan tersebut. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Polis Dibela, Rakyat Dicela

Post susulan daripada Tragedi Batu Buruk (Siri 1, Siri 2 dan Siri 3)

Hari ini, tragedi di Batu Buruk semakin hebat dipermainkan. Putaran dan belitan media-media perdana terasa melemaskan. Sendiri kerunsingan mencari sumber hakiki yang suci. Diselak Utusan Melayu lain ceritanya. Dibuka Berita Harian, lain jugak. The Sun juga punya cerita berbeda. Mungkin ini namanya kebebasan media? (selanjutnya…)

Read Full Post »

Kronologi Tragedi Batu Buruk

Setelah menanti dan terus menanti, akhirnya pihak BERSIH mengeluarkan maklumat rasmi tentang tragedi yang berlaku di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Antara isi penulisan saya dalam post sebelum ini, ada yang silap dan ada yang betul. Saya memohon beribu kemaafan atas kesilapan info tersebut. Insya-Allah saya akan berusaha untuk memastikan kesahihan maklumat kali ini. (selanjutnya…)

Read Full Post »

« Newer Posts - Older Posts »