Saya ingin mengucapkan terima kasih kepade Pak Lah kerana menaikkan harga minyak… Selepas ini apabila harga minyak naik… Harga barang yang lain akan naik…
Saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mata dan pecah perut kepada ikan kering sahaja…
Sekali lagi badan kehakiman negara menerima kejutan apabila Hakim Datuk Ian H. C. Chin mendedahkan beliau dan beberapa hakim lain dihantar ke kem khas untuk di’basuh’ oleh seorang bekas Perdana Menteri, iaitu Tun Dr. Mahathir. Beliau membuat pendedahan tersebut sebelum mendengar petisyen pilihan raya untuk kerusi Parlimen Sarikei yang dimenangi oleh calon BN dengan majority tipis, 51 undi. Teruskan pembacaan »
Saya baru selesai menonton Debat Perdana Khas di RTM1 yang membincangkan isu panas, kenaikan harga minyak di Malaysia. Panel jemputan:
YB Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Pusat
Datuk Shahrir Samad
Syed Munawar, penganalisis bebas
Hanifiah Man, Editor Agendadaily
Saya tak sempat menangkap nama pengerusi debat tersebut. Yang nyata, debat tersebut jelas mengecewakan. Bukan kerana RTM1 berat sebelah ataupun pengerusi memihak kepada kerajaan. Saya kecewa kerana wakil pembangkang tampil lemah dan tanpa persediaan. Saya malu mengakui inilah antara pemimpin core sebuah parti pembangkang yang gah di mata masyarakat Malaysia. Teruskan pembacaan »
Sebagaimana yang telah saya janjikan dalam posting Selamat Pengantin Baru Afham!, akhirnya saya berjaya menguploadkan beberapa video yang telah dirakamkan oleh seorang sahabat menggunakan kamera Wan Abdul Rahman Wan Mansor. Video yang pertama merupanya video sewaktu upacara akad nikah.
Baru-baru ini, undang-undang yang mewajibkan penggunaan tali pinggang belakang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, tempoh percubaan adalah sehingga bulan Ogos, selepas itu, barulah saman akan mula dikeluarkan. Bagi kereta yang tidak mempunyai tali pinggang belakang, mereka diberi tempoh 3 tahun untuk memasangnya. Teruskan pembacaan »
Keputusan kerajaan minggu lepas, untuk menghentikan penjualan minyak bersudsidi kepada kenderaan dari luar merupakan satu keputusan yang harus dipuji. Walaupun berisiko menerima kutukan dan kejian dari ‘pelancong harian’, kerajaan bertegas meneruskan tindakan tersebut. Walau bagaimanapun, menghentikan terus penjualan minyak bukanlah tindakan terbaik, malah mungkin agak kurang bijak. Teruskan pembacaan »
Tahun demi tahun, sekitar bulan Mei dan Jun, pasti isu tajaan JPA yang gagal diperolehi oleh beberapa pelajar cemerlang dilaporkan media. Tambah mensensasikan isu ini ialah majoriti yang gagal adalah pelajar Cina dan India. Walaupun dikatakan jumlah tajaan telah ditambah daripada 700 kepada 2000 tajaan, permasalahan utama tetap gagal ditangani. Teruskan pembacaan »
Posting ini khas saya tujukan buat sahabat teristimewa saya, Zul Afham Zulkifli yang menjadi teman sebilik saya untuk 3 tahun. Menjadi teman seperjalanan untuk 85% perjalanan jarak jauh saya. Menjadi 95% penghibur duka dan pengubat lara saya. Menjadi teman ‘dating’ saya untuk 75% waktu lunch dan dinner di kampus. Menjadi teman sejati yang insya-Allah harapnya berpisah di dunia, bertemu di syurga. Dan banyak lagi… Teruskan pembacaan »
Kajian seorang neurosurgeon Profesor Dr. Vini Gautam Khurana dari US membuktikan penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun boleh menggandakan kemungkinan mengidap kanser otak. Beliau yang pernah memenangi 14 anugerah dan menerbitkan lebih 36 kertas kerja sains telah melaksanakan kajian selama 15 bulan untuk mencari kaitan antara penggunaan telefon bimbit dan ketumbuhan otak. Teruskan pembacaan »
Beberapa hari yang lalu, saya telah menulis tentang khabar angin Ezam akan menyertai UMNO. Berita terkini dalam Utusan Melayu mengesahkan sebentar tadi, Ezam telah menyerahkan by hand borang keahlian UMNO kepada Presiden UMNO, Pak Lah.
Saya kira perkembangan politik tanah air makin menarik. Tun Dr. Mahathir keluar dari UMNO, pejuang (atau bekas pejuang) pembebasan rasuah masuk UMNO. Semuanya menimbulkan 1001 pertanyaan, ke mana hala tuju politik tanah air?
Rujuk berita terkini dari akhbar paling Pro-BN, Utusan di sini.