Telah sekian lama kita tidak dikejutkan dengan berita tentang kes murtad, kematian muallaf dan pertikaian kuasa Mahkamah syariah dan Mahkamah persekutuan. Namun, hari ini, ketenangan itu telah dikocak kembali dengan kes Subashini yang berkelahi dengan suaminya yang telah memeluk agama ISLAM. Kes ini cuba disepikan oleh media perdana, mungkin untuk mengekalkan feel good factor dikalangan [...]
Arkib bagi Kategori ‘Uncategorized’
Mahkamah Syariah Dicabar Lagi!
Dikirim dalam Uncategorized pada September 18, 2007 | 1 Komen »
~ Mari Memboikot Pilihan Raya ~
Dikirim dalam Uncategorized pada Januari 11, 2007 | Leave a Comment »
Malam semalam, Barisan Alternatif mengumumkan tindakan mereka untuk memboikot Pilihan Raya Kecil Batu Talam yang akan berlangsung 28 Januari ini. Walaupun mungkin ada yang kecewa, janganlah menganggap Barisan Alternatif takut untuk berhadapan dengan Barisan Nasional.
Realiti sebenar, BA tidak berminat untuk bertarung dalam gelenggang yang berat sebelah. Pengerusi SPR sendiri menyatakan sistem Pilihan Raya di Malaysia [...]
Isu Tol; Tun, Pak Lah, Samy Berbalah
Dikirim dalam Uncategorized pada Januari 10, 2007 | Leave a Comment »
Kenaikan tol terkini di lima lebuhraya di Lembah Klang terasa cukup membebankan rakyat. Pelbagai pihak termasuk parti pembangkang, NGO, kesatuan sekerja dan juga beberapa parti komponen Barisan Nasional sendiri mempertikaikan langkah kerajaan menaikkan tol.Kajian yang dibuat oleh pihak yang membantah kenaikan tol membuktikan bahawa jumlah subsidi yang telah diberi oleh kerajaan kepada syarikat konsesi tol [...]
UMNO Tak Cukup Duit Untuk Pilihan Raya!
Dikirim dalam Uncategorized pada Januari 10, 2007 | Leave a Comment »
Kes Tan Sri Kasitah Gaddam merupakan antara isu sensasi negara kini. Kes yang difailkan tiga tahun lepas, baru berpeluang diadili sekarang. Kasitah merupakan antara ‘bilis-bilis’ yang diheret ke muka pengadilan oleh kerajaan Pak Lah atas kesalahan korupsi. Boleh juga dikatakan Kasitah antara yang dipergunakan sebagai senjata politik Pak Lah untuk menunjukkan keikhlasannya untuk mem’bersih’kan kerajaan.
Suruhanjaya Pilihan Raya; Kekeliruan Yang Disengajakan
Dikirim dalam Uncategorized pada Januari 10, 2007 | Leave a Comment »
Semalam, laporan muka depan Utusan Melayu menyiarkan pengakuan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman tentang kepincangan yang wujud dalan sistem pilihan raya di Malaysia. Sehubungan itu, beliau telah mencadangkan SPR distruktur semula, serta undang-undang pilihan raya dirombak secara drastik.Selain mengatakan undang-undang yang digunapakai telah berusia 50 tahun, beliau turut menyatakan [...]
Puteri UMNO Bertilawah; Seksi?
Dikirim dalam Uncategorized pada Januari 9, 2007 | 2 Komen »
Gambar yang dikongsi oleh Roslan SMS ini agak mengejutkan. Sekular sungguh UMNO nampaknya. Orang hendak membaca Al-Quran, kitab suci umat Islam, biarlah lebih beradab. Aurat seharusnya ditutup dengan betul. Bukan menutup dengan kain yang jarang dan berpakaian yang ketat. Sama seperti tidak menutup aurat! Memalukan pengasas Islam Hadhari! Di mana Dr Mashitah ya?
Memang sah UMNO [...]
Mahasiswa Teraniaya Terbela; UUM Diarah Bayar RM70 Ribu
Dikirim dalam Uncategorized pada Januari 8, 2007 | Leave a Comment »
Post ini ringkas sahaja memandangkan ini post ke-3 untuk malam ini. Kisah pembelaan seorang mahasiswa yang menyaman Universiti Utara Malaysia kerana menyingkirkan beliau. Kesnya berlaku pada tahun 2000, saman difailkan pada tahun 2001. Melibatkan penyebar ajaran sesat terkenal, Astora Jabat. Ikuti sedutan berita dibawah:
Protes Kenaikan Tol; Laporan TheSun Menipu Rakyat
Dikirim dalam Uncategorized pada Januari 8, 2007 | Leave a Comment »
Saya agak kecewa membaca laporan berita dalam TheSun tentang perhimpunan membantah kenaikan tol yang diadakan di hadapan Sunway Piramid petang semalam. Dalam akhbar TheSun, dikatakan jumlah yang hadir hanyalah 300 orang. Yang ramai ialah pemerhati, iaitu seramai 3000. Kononnya pemerhati ini semuanya datang untuk membeli-belah.
Dr Chandra Bercakap Tentang Al-Quran dan Murtad
Dikirim dalam Uncategorized pada Januari 8, 2007 | Leave a Comment »
Awal tahun 2006 menyaksikan bermulanya kes perebutan mayat Allahyarham Moorthy ataupun nama Islamnya Mohamed Abdullah. Mayat beliau telah menjadi rebutan antara pihak Jabatan Agama Islam dengan keluarga beliau yang mendakwa beliau telah murtad. Akhirnya Mahkamah Syariah menetapkan Moorthy masih Islam ketika meninggal dunia. Daripada kes ini, gerakan Inter-Faith Commission (IFC) mula menyuntik jarum.
Mufti Perlis Digelar ‘Barua’?
Dikirim dalam Uncategorized pada Januari 7, 2007 | Leave a Comment »
Saya tertarik membaca ‘berita’ yang agak terkini daripada HarakahDaily. Kisahnya tentang Mufti muda Perlis, Dr Asri Zainal Abidin (DAZA). Tempoh hari, DAZA telah mengejutkan negara dengan pandangan ’sekularnya’ tentang penangkapan kes khalwat oleh Jabatan Agama Islam (diberi sokongan penuh oleh Sisters In Islam). Kini, DAZA buat hal lagi. Lebih kurang macam kesinambungan terhadap ke’sekular’annya.
Kisahnya [...]