Sebagai membuka tirai bulan penuh barakah, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syukur kepada-Nya kerana memberikan saya peluang untuk mengecapi Ramadhan untuk tahun ini, buat ke sekian kali. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk saya, dan kita semua. Insya-Allah…
Tajuk yang saya ingin bawakan adalah ‘tajuk tertangguh’. Tertangguh sejak 19 Ogos lalu kerana kesibukan dan mood penulisan saya yang tidak menentu. Saya memohon maaf kerana kelemahan saya yang teramat ketara sejak memasuki alam pekerjaan sebagai jurutera ini. Bukan kerana sibuk, tetapi kegagalan saya mengurus masa dan mood saya.
Terus kepada perkongsian kali ini.
Sekitar pertengahan Ogos lalu (2008), Herald, sebuah akhbar yang diterbitkan khas untuk golongan Kristian Katholik telah diberi semacam satu amaran oleh kerajaan untuk tidak mempolitikkan akhbar Herald mereka. Alasan kerajaan, Herald telah menerbitkan suatu artikel yang mengulas tentang situasi politik tanah air.
Persoalan yang timbul, apakah salah untuk akhbar berhaluan agama untuk mengulas isu politik dari perspektif agama masing-masing? Bagi pihak kerajaan, SALAH. Akhbar agama sepatutnya hanya menyentuh soal agama seperti hukum dan ibadat semata-mata. Itu pendirian kerajaan yang memperjuangkan konsep ISLAM HADHARI.
Dalam menyentuh isu ini, kebanyakan orang ISLAM lepas tangan dan melihat ini sebagai masalah untuk Herald dan masyarakat Kristian sahaja. Walau bagaimanapun, saya tertarik dengan penulisan Chan Kheng Hoe dalam akhbar The Sun yang bertajuk, “Can We Compartmentalize Faith?”.
Saya sertakan salinan untuk anda baca dan hayati.
Sekiranya seorang non-Muslim boleh memahami bahawa ISLAM itu adalah the way of life dan merangkumi semua aspek kehidupan, adakah menjadi terlalu sukar untuk kita menerapkan dan memahami ISLAM dalam segenap aspek, hatta politik sekalipun?
Saya tertanya sendirian; malunya saya sebagai seorang ISLAM apabila kita ditegur oleh seorang yang bukan ISLAM. Seolah-olah orang bukan ISLAM lebih memahami apakah itu ISLAM. ISLAM adalah syumul dan merangkumi semua aspek. Oleh itu, tidak salah untuk seorang ahli agama memberi komentar terhadap sebarang isu; kerana ISLAM merangkumi SEMUA ISU.
Bukankah begitu?
Semoga Ramadhan ini membuka hati kita untuk kembali menilai sejauh mana ISLAMnya diri kita ini…

you have been linked by Blog Central of UTP
THIS BLOG IS A DIRECTORY OF BLOGS & WEBSITES IN UTP, FROM THE STUDENT, TO THE STUDENT
http://utpcentral.blogspot.com/