Pandangan Menteri Besar Selangor yang mencadangkan UiTM membuka penyertaan sebanyak 10% akhirnya berjaya dipolitikkan. Pandangan asal MB bukanlah untuk ‘meruntuhkan’ benteng Melayu terakhir (seperti diwar-warkan oleh penuntut UiTM dan NC serta pensyarah UiTM). Niat beliau hanyalah untuk menambahkan persaingan sihat di kampus. Salahkah itu? Malah, dalam zaman globalisasi yang serba maju, masih perlukah university satu bangsa?
Saya seorang Melayu. Pengkhianatkah saya jika menyokong dibukakan 10% penyertaan UiTM kepada bangsa lain? Pengkhianatkah saya jika saya inginkan bangsa Melayu, Cina dan India belajar bersama dan saling maju bersama? Pengkhianatkah saya jika saya melihatkan penyertaan kaum Cina dan India mampu meningkatkan daya saing bangsa saya?
Semuanya terlalu pelik!
Saya tidak mampu melihat logic kepada menafikan rakyat Malaysia yang lain untuk turut bersama mengecapi pendidikan dalam negara ini. Semua masing-masing membayar cukai, dari dulu sehingga kini. Itu bermakna, semua bangsa; Melayu, Cina dan India telah membantu Malaysia untuk maju ke tahap sekarang. Jika Melayu sahaja yang berada di Malaysia, tanpa Cina dan India, mungkin Malaysia tidak seperti sekarang. Mungkin lebih teruk. Ataupun, mungkin, kemungkinan yang sangat tipis, mungkin lebih baik.
Jadi, apa perlunya dipertahankan sangat peluang 10% tersebut walhal sejak beratus tahun dahulu Melayu, Cina dan India bersama membangunkan negara? Sampai bilakah bangsa Melayu ini perlu diberi tongkat? Teruk sangatkah kecacatan bangsa saya ini sampai perlu ditongkat sebegitu lama, dan sebegitu kronik sekali? Lebih 50 tahun, namun tetap sorot. Memalukan!
Melihatkan tatapan ‘promosi murahan’ media menayangkan demonstrasi pelajar UiTM membuatkan saya naik muak. Geli! Sejak bila pula demonstrasi jalanan menjadi budaya bangsa? UMNO sendiri yang kata, demonstrasi jalanan bukan budaya bangsa kita. Nah, pelajar UiTM yang berdemonstrasi 100% bumiputera. Inikah jenis bangsa yang hendak dipertahankan?
AUKU kata tak boleh berdemonstrasi. Polis kata jangan. Khairy kata, jangan jadi beruk jalanan. Tapi sekarang siapa beruk? Kenapa tiada siapa kata jangan? AUKU belum bahas, tapi dah pinda ye? Pelik. Owh, double standard khas untuk bumiputera. Lupa pula. Tongkat lagikah?
UMNO memerintah dari Merdeka sampai sekarang. Pejuang Melayu konon, tapi sampai sekarang Melayu LAYU! Adalah yang berjaya. Tak ramai, Puak UMNO sendiri yang maju. Itulah Melayu kot. Sendiri maju, biarkan yang lain layu.
Dan tak lupa juga, menyentuh tentang bangsa Melayu, biasanya MELAYU = ISLAM. Jadi, bilakah pelajar UiTM akan berjuang untuk mempertahankan ISLAM pula? Dengarnya, pergaulan pelajar UiTM sangatlah menjengkelkan (bukan saya kata, ramai orang lain kata). Kenapa NC dan pensyarah di UiTM tak tegur yang itu? Antara agama dan bangsa, rasanya agama lagi penting…
Pelik punya U… Buat malu Melayu aje…

salam…
saya seorang bekas pelajar UiTM tahun 1985-1988
zaman saya, majoriti rakan2 melayu kurang daya saing..
al-maklum, semua subsidi kerajaan termasuk penginapan, makanan, pengangkutan dsb.. (kecuali buku2 rujukan)…
yuran pun sgt rendah sehingga ada yg free..
bila dah free dan mudah, badan pun malas, otak jadi lemah.. kecuali yg punya semangat juang yg tinggi utk berjaya…
waktu saya, keruntuhan moral sudah berkurang dibandingkan zaman makcik saya tahun 70an.. namun masih terlalu ramai yg rosak akhlak, yg dirosakkan dan merosakkan kecuali pihak2 yg berusaha mendalami agama Islam dan mendekati ALLAH SWT.
sayang sekali, ada juga golongan yg ‘alim dan warak’ seperti seorang sahabat karib saya iaitu seorang ahli usrah yang hanyut bercinta asyik masyhuk dengan senior kami, seorang ketua usrah yg mendapat anugerah dekan tiap semester pun boleh “kantoi” dan gagal mendapatkan diplomanya dan senior tersebut juga gagal mengekalkan kejuaraannya di tahun akhir pengajian..
ternyata kedua-dua gagal sebagai pelajar UiTM …
bukan kerana tidak bijak… bukan tidak cukup otak, tapi tak cukup akal…
saya setuju bila diberikan saingan kepada pelajar2 UiTM ini… bila mereka tau keadaan terpaksa bersaing dengan pelajar2 bukan bumi barulah mereka tau menghargai pemberian yang wajib disyukuri…
kalau tidak 10%, 5% sudah memadai utk membuka mata dan hati mereka agar TAU MALU pada kaum bukan bumi..
wallahualam….
Soal kerosakkan akhlak penuntut zaman sekarang tak payahlah ditujah hanya kepada UiTM. Sebut sahaja mana-mana U di Malaysia ni, masalah tu bukan sesuatu yang baru.
Ya betul… anak MELAYU perlu dibantu. Dan kerana tu UiTM perlu dipertahankan. Selagi anak melayu perlu dibantu, selagi itulah UiTM perlu dipertahankan. Kepada anak melayu yang gemar persaingan, pergilah ke IPTA n IPTS lain sebab UiTM mmg untuk anak melayu yang perlu dibantu… Tak kiralah dari segi motivasi, semangat untuk berjaya malah kewangan.
Adik saya di UiTM sekarang ni, kalau dulu semasa zaman persekolahan, dia sangat pemalas dan tidak mempunyai nilai tanggungjawab…Tapi setelah empat semester di UiTM, dia menunjukkan peningkatan kematangan yang membanggakan. Malah, bukan setakat kemajuan dari segi akademik, malah dia terlibat aktif dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyaraktan. Nah, saipa kata penuntut UiTM terus di takuk lama.
Semua penuntut di mana-mana U adalah sama pada dasarnya. Yang membezakan hanyalah keinginan untuk maju dan berubah. Juga kebolehan untuk memantapkan pegangan hidup agar tidak terpengaruh dengan kebebasan yang dimiliki sebgai penuntut U (e.g.: outing 24hr w/out any curfew). Mungkin ada yang akan sedar dan matang dalam tempoh yang singkat, tapi terdapat juga golongan yang masih memerlukan sokongan agak lama sebelum mereka mampu berdiri sendiri. Ya…golongan ni masih memerlukan UiTM.
Weekend lepas baru menghadiri convocation ceremony di USM. Untuk course kritikal, majoriti penerima ijazah adalah non-bumiputera. Adik saya menerima ijazah matematik, daripada hampir 100 nama tersenarai menerima ijazah yang sama, adik saya hanya bertemankan seorang sahaja lagi penuntut melayu. Nah, melayu memang perlu dibantu.
Mungkin kalian dari sekolah asrama penuh atau sekolah di kawasan bandar, tapi saya membesar di kawasan luar bandar dan bersekolah di kawasan luar bandar. Majoriti kawan-kawan saya adalah melayu luar bandar. Memang mereka kurang daya saing kerana sejak kecil mereka tidak didedahkan dengan persaingan sihat. Tapi, tidak bermakna mereka tidak boleh maju. UiTM lah salah satu tapak untuk mereka mula belajar untuk bersaing tanpa perlu terlalu agresif.
UiTM masih diperlukan untuk anak melayu.
Assalamualaikum wbt,
A point to share.
Adik saya di UiTM dan saya selalu dengar rungutannya. Katanya kawan-kawan pemikiran kurang berkembang, PTPTN-shock (terkejut dapat duit pinjaman yg banyak, dan berbelanja sesuka hati), tak kompetitif. Adik saya asalnya dari sekolah bandar (bukan asrama penuh), sebuah sekolah bestari di sebuah bandar di sebuah negeri. Dia biasa bergaul dengan golongan bukan Melayu yg menyebabkan dia sangat fluent in English, open-minded, competitive and even more business minded berbanding adik beradik yg lain.
Saya setuju dengan lagenda (komen di atas), memang mereka kurang daya saing kerana sejak kecil mereka tidak didedahkan dengan persaingan sihat. Tapi, tidak bermakna mereka tidak boleh maju.
Yang penting kita kena mengadakan anjakan paradigma agar mereka ni lebih berusaha agar lebih berjaya. Bukannya tak ada senior2 graduan UiTM dahulu yg berjaya dan jadi tokoh disegani. Cuma cuba sedarkan mereka ni agar mengembalikan momentum itu. Pemansuhan kuota bumiputera meskipun mungkin salah satu cara untuk menjadikan pelajar UiTM berdaya saing, tapi bukanlah satu-satunya cara. Saya bukanlah totally against pemansuhan ini sebab saya juga rasa ada manfaatnya, tapi baiklah kita berfikir masak2 sebelum membuat keputusan yg mungkin takkan memberi impak kepada kita dan generasi Melayu sekarang, tapi mungkin pada masa akan datang.
Sekian.
Pada pendpt sy..manusia tu..sama je.. melayu, cina, india… sape berusaha pasti akan berjaya.. yg gagal tu org malas berusaha.. malas belajar!
Dalam mjlis konvo fakulti sy dulu, sgt ramai kaum cina.. sedangkan ade kuota smsa pengambilan pelajar… tp kenapa kaum cina lebih ramai? kerana kaum melayu malas nk belajar, ramai yg tercicir… kaum melayu yg rajin belajar lebih cemerlang drpd kaum cina.. tp xramai..
ya, sy akui…kami lebih berdikari.. sy bersekolah diluar bandar, xpernah berkwn dgn kaum lain, tetapi apabila berada dikampus, kami lebih berdikari dan bersikap terbuka. memahami kaum lain juga sgt penting…
UITM = lubuk pelajar melayu? kalo syg sgt org melayu.. knape DR M buat sistem merit? sbb DR M bkn org melayu? MELAYU kne bantu diri sendiri.. bkn harap org je bantu… kalo asyik harapkn org suap je.. lama2 gendut xberdikari.
kalo xsetuju, NC, hep xyah la besar2kan hal ni.. ini isu perkauman…dah tau lubuk melayu.. jg baik2…xyah buat demo xtentu hala…ini menyakiti kaum lain..sbb sume manusia ade perasaan. kalo cmni la perangai puak umeno.. pasti gerakan, mca dan mic akn brpaling tadah.. sbb korang dah tikam mereka dr belakang…tunggu dan lihat.
[...] Semuanya terlalu pelik! Teruskan pembacaan » [...]
ni pendapat sy……..
kalau dilihat dr segi bantu-membantu sesama bangsa itu mmg la perlu tetapi kalau dilihat dr konteks yg lain seperti persaingan dan mutu kerja,bagaimana???
itulah yg diperlukan sekarang bg MEMBANTU melayu sekarang…MB Selangor baru menyatakan ingin membuka kuota 10% dlm pengambilan pelajar bg UITM tetapi yg sy dapat lihat sekarang drpd NC,Pak Menteri dan pelajar UITM semua cepat melatah….kenapa???
jgn dipermainkan isu perkauman di Malaysia,parah jawabnya…jikalau tidak setuju cakap saja x setuju,tidak perlu jerit2 bangsa lain…
kenapa risau sgt???itu baru 10%…bila sudah mula zaman pekerjaan esok baru mereka tahu ape itu saingan dan ape itu bantu-membantu…ini kerana pada masa hadapan kerajaan mahupun universiti itu sendiri tidak dapat lg membantu para pelajar dlm menghadapi saingan bkn sahaja saingan dr lain2 kaum bahkan saingan dr peringkat global……
yg penting…..
persaingan dgn 10%pelajar itu,itu aje…..kite xnak lebih….
isu kuota blh dipinda-pinda……
so jgn risau……..
good comment putera q
SAlam..oh..isu tahun lepas..saje nak berikan pandangan.
Emm..kuota 10% tu takla banyak mana pun. Cuba fikirkan bila dah tamat pengajian nnt, lagi banyak persaingan yang perlu dihadapi.
Jadi, kuota 10% itu tidak menjadi masalah kepada siswa & siswi yang benar2 berusaha.
Wallahualam
Sblm sy nk memberi pandangan sy nk tanya beberapa soalan, blh???? =)
1) berapa byk University kt Malaysia ni???
48 kn…. =)
2) berapa byk org bumiputra Melayu (Islam) yg kaya kt ranking top 10 kt Malaysia ni????
3) kenapa sekolah tiada isu 10% ek??? pelik???
sbb sekolah kebangsaankn???
4) bkn ke selepas kita belajar & menempuh alam pekerjaan akan bersaing jgak, btl???
5) bkn ke byk University kt Malaysia ni??? kenapa mesti UiTM, pelik???
dahulu sebelum UiTM, ianya hanyalah iTM sj kn.. & mase 2 byk org memeperlekehkan iTM yg konon2nyer berangan2 mahu dpt pengiktirafan sebuah University, btl???
bsusah payah masyarakat Melayu (Islam) & bumiputra bersaing utk memnaikan taraf sebuah insitusi kepada University dan pengasasnye adalah Allahyarham Tun Ghafar Baba (UMNO) adalah lagenda dan salah seorang wira kita kerana beliau dpt membuktikan yg org Melayu (Islam) dapat melahirkan sebuah University bertaraf global dgn kadar bayaran yg terendah di dunia…
patutkah kita memberikan sewenang2 nyer kelebihan yg ada kepada org yg tiada jasa nyer selama menaikan martabat UiTM di taraf global??? =)
masih tidak sedar ke bahawa ade unsur2 politik utk 10% ni??? =)
klu dahulu perlekeh & mempersende.. kenapa sekarang terase sesuatu kerana org Melayu (Islam) sudah berjaya membuktikan kejayaan, dan ade yg nk menjatuhkan secara halus…
byk lg University dan kaum lain pn masih mempunyai byk ruang di university2 di Malaysia… & mereka yg bersifat toleransi ni pn x penah berhujah pd UiTM kerana mereka sedar kejayaan UiTM adalah kejayaan yg dicipta oleh org Melayu itu sendiri.. tp kenapa org Melayu 2 sendiri yg nk menjatuhkan sendiri bangsa nyer, adakah dgn sebab PHD??? =)
usahlah isu @ idea yg tidak bernas & blh membawa kepada masalah perkauman ini tercetus lg pd mase hadapan..
oleh org Melayu sendiri buat Malu je klu anak cucu cicit kite tgk nanti lbh2 lg pd anak2 melayu yg layak mendapat bantuan dr segi pembelajaran…
sekiranya kita memberi segala hak2 dan kelebihan kita umpama kita ada 10 hektar tanah utk dberikan pd 10 org ank kita jgak tetapi kita ni telalu baik dgn memberikan 1 hektar tanah kepada org lain yg bkn darah daging kita tetapi tidak terpikirkah kita bahawa kita berdosa dlm memberikan pada seluruh tangungjwb kepada anak2 kita kelak kerana ade slh seorg anak yg tidak akan dpt tanah…
nanti barulah kita sedar betapa bodoh nyer kite dahulu kerana anak2 kita akan menyalahkan tindakkan kita srkg, pd mase hadapan…
“menyesal dahulu pendapatan(peringatan), penyesal kemudian tak berguna lg”…
jd sy berharap agar para pemimpin tidak kira pembangkang mahupn kerajaan lbh bijak dlm mengilhamkan sesuatu idea sebelum diwawarkan @ usul…
wassalam…. (renung2kn lah =)
salam…..terjumpa blog ni even dah lama tapi saja nak bagi pandanngan peribadi
utk pengetahuan umum uitm akan ke arah 200,000 pelajar sedikit masa lagi. 10% bermakna 20,000…. boleh kita bayangkan berapa banyak 20,000 pelajar tu? itu bermakna 20,000 tempat bumi akan diganti dengan non-bumi!! 20,000 anak2 bumi di ceruk2 kampung akan kehilangan tempat akan datang….
biarlah uitm dengan polisi kemasukan utk bumi sahaja seperti sekarang.