Hari ini dalam sejarah, seorang lelaki berusia 23 tahun telah bersumpah dengan nama ALLAH bahawa dia telah diliwat oleh seorang ‘Datuk’ berusia lebih 60 tahun tanpa rela. Perbuatan tersebut, menurut sumpahnya berlaku pada 26 Jun 2008. Datuk tersebut merupakan seorang yang terkenal dengan sakit belakang beliau akibat penyeksaan sewaktu beliau di penjara.
Lelaki berumur 23 tahun tersebut ialah Saiful Bukhari Azlan, manakala datuk tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Walau bagaimanapun, majlis tersebut berjalan dengan agak pelik kerana mendapat persedian luar biasa daripada pihak media tertentu. Dalam majlis akad sumpah tersebut, Saiful mendakwa membuat sumpah tersebut mengikut nasihat PARA ULAMA dan MUFTI. Saya tertanya-tanya, siapakah ULAMA dan MUFTI tersebut? Menarik juga kalau dengan sumpah begitu, selesai masalah.
Jawapan Saiful sewaktu siding media juga sedikit memeningkan logik kepala. Saiful kata dia diliwat tanpa rela, maknanya paksa. Tetapi dakwaan terhadap DSAI ialah liwat dengan rela, with consent! Mana satu yang betul? Malah dulu Saiful kata, telah beberapa kali diliwat, dalam 8 kali gitu. Katanya sewaktu trip ke luar negara. Tetapi, bila ditanya wartawan, Saiful kata diliwat sekali sahaja. Dan itulah kali pertama.
Pening!
Mana satu yang betul? Liwat dengan paksaan beberapa kali? Ataupun liwat dengan paksaan sekali, yang lain dengan rela hati? Mungkinkah siding media tersebut boleh dikira menganggu prosiding mahkamah? Menarik untuk difikirkan…
Mungkin selepas ini perlu ada ulama yang menerangkan perihal hukum bersumpah dalam kes liwat, zina dan lain-lain. Apakah sumpah tersebut boleh dikira sebagai terlepas dari hukuman ataupun sebagainya. Pasti ramai nak tahu. Dan mungkin Majlis Fatwa boleh turut sama memandangkan cadangan sumpah itu datangnya dari PARA ULAMA dan MUFTI.
Mungkin…

DSAI pun kata atas nasihat para ulama dan mufti agar tidak bersumpah walau dalam keadaan apa sekalipun …
(secara peribadi, saya percaya kata-kata DSAI, kerana cuma satu mufti saja yg suruh bersumpah, tiada ulama pun yang bersetuju tentang hal ini…) wallahu’alam…
“Belumkah datang kepada mereka berita penting tentang orang-orang yang sebelum mereka, (yaitu) kaum Nuh, ‘Ad, Tsamud, kaum Ibrahim, penduduk Madyan, dan (penduduk) negeri-negeri yang telah musnah? Telah datang kepada mereka rasul-rasul dengan membawa keterangan yang nyata; maka Allah tidaklah sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” (QS. At-Taubah, 9: 70)
“Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada had kiamat dan tidak (pula) akan menyucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih. (Ali Imran [3]: 77)
na’uzubillah minzaliq…
[...] Lelaki berumur 23 tahun tersebut ialah Saiful Bukhari Azlan, manakala datuk tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Teruskan pembacaan » [...]