
Agak lama blog Musafir Kelana kelihatan terabai. Keinginan menulis itu ada, tetapi terlalu banyak isu yang terlalu pantas berlalu. Dari satu isu ke isu yang lain. Komen dari sahabat bloggers yang lain juga menyusul saban jam mahupun minit. Jadi saya memilih untuk menulis perihal peribadi, yang tidak ada disentuh dalam blog yang lain, iaitu pernikahan adik saya, sahabat saya, iaitu saudara Khaled Hamdan dengan saudari Zaiti dari UIA.
Bukan selalu saya berpeluang menyaksikan perkahwinan inter universiti. Biasanya perkahwinan sahabat-sahabat saya adalah intra universiti sahaja. Alhamdulillah, saudara Khaled telah merintis jalan untuk melebarluaskan jaringan baitul Muslim untuk bukan sekadar sesama warga UTP. Insya-Allah.
Seperti mana perkahwinan sahabat baik saya, Afham, kali ini saya turut berjaya merakamkan beberapa keping gambar dan video sekitar majlis perkahwinan Khaled & Zaiti. Bezanya, kali ini video dirakam dengan menggunakan Nokia N73 saya. Kualiti rasanya lebih baik, saya sendiri kurang pasti.
Memandangkan ramai dari UTP mahupun dari UIA yang tidak dapat hadir, mungkin gambar dan video ini boleh menjadi wakil. Kebanyakan daripada yang saya sajikan adalah candid yang tidak disengajakan kerana cameraphone saya agak slow tindakbalasnya.
Video pertama adalah video akad nikah. Zaiti berwalikan abangnya, yang juga penasyid terkenal dari kumpulan In Team.
Saya sedang berusaha memuat turun video sewaktu Khaled menyarung cincin dan majlis batal wudhu, tetapi menghadapi beberapa masalah dengan internet connection saya. Harap bersabar. Insya-Allah menyusul nanti.
Apapun, video sewaktu majlis makan beradat berjaya saya upload. Saya rasa, video ini adalah antara yang paling menarik dan melucukan. Mungkin dek terlalu candid.
Dalam pada itu, yang paling mudah diupload, gambar ‘candid’ yang tersangat menarik. Enjoy~

Macam artis!

Sedapnya!

The Bachelor Club of UTP
Khaled bergambar kenangan dengan ahli dari Kelab Bujang UTP. Owh, saya dari Kelab Bujang Ex-UTP. Hehe…
(Gambar juga boleh dilayari di sini!)
Tak lupa juga, saya ingin mendoakan agar Khaled & Zaiti berbahagia hingga ke syurga. Insya-Allah.
Saya tak pasti lepas ini kenduri siapa pula akan menjadi posting pernikahan saya. Yang pasti, not mine! Rungsing juga memikirkan siapa akan menjadi penulis post untuk kenduri saya nanti. Ada sesiapa yang ingin menawarkan diri?
hehe…bachelors’ club kunun…
what ever daos..
heh, don’t worry.. nnt ur wedding mesti ramai ‘bloggers cambest’ yg akan wat posting. sure ada gmbr2 + video kt you tube. what u give u get back~ ;P
hahaha..amie wud surely b the first blogger to do dat~ ;p ;p
abg daos bile lagi??
[...] Baca baki entri ini » [...]