
Beberapa hari yang lalu, media-media gempar melaporkan ucapan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Saudara Azman Shapawi semasa merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan ke-49 di Kota Bharu. Apa yang hangat sangat?
“Dewan Pemuda PAS Pusat kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam, Siasah Syariah, di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Sebuah jawatankuasa, tambahnya, telah ditubuhkan bagi membincangkan dengan lebih terperinci pelaksanaannya di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor”
Antara yang bakal dilaksanakan dalam konsep Siasah Syariah ini ialah:
- Pengharaman tempat perjudian
- Mengehadkan premis penjualan arak
- Etika pakaian di pejabat
Dari berita NST:
“We will use Kelantan as the guide as it had introduced changes such as banning gambling, limiting the sale and public display of alcohol and separate checking counters for men and women in supermarkets. However, we know that what is being done in Kelantan maybe cannot be done in other states as we are not the ruling party there. We will invite our political partners for a discussion, maybe invite the menteris besar and the chief minister too,” he said after opening the Kelantan Pas Youth annual meeting here yesterday. “We will study the state laws and see where we can introduce the Islamic laws. We will consider whether that society has a Muslim majority or not.”
Saya agak payah untuk memberikan pandangan berhubung kenyataan Azman ini. Dari satu sudut, memang ada benar dan baiknya apa yang dicadangkan oleh beliau. Dan memang itu dari dulu menjadi sebahagian dari perjuangan PAS yang sejak dahulu konsisten; meletakan Al-quran dan Sunnah paling tinggi. Dan sebagai seorang MUSLIM, saya menyokong sepenuhnya dasar PAS tersebut.
Tidak perlulah diperbahaskan apakah wajar dalam negara pelbagai kaum dan berbagai agama ini mengamalkan undang-undang ISLAM. Al-quran merupakan suatu ‘manual’ ataupun guideline yang telah diturunkan oleh ALLAH kepada kita, yang dijamin sesuatu diaplikasikan di mana-mana, dan pada bila-bila masa.
Al-quran bukan diturunkan untuk kaum Arab semata-mata berdasarkan persekitaran Arabik dan Islamik. Tidak!
Apakah kita sebagai manusia yang mengaku ISLAM dan beriman dengan keenam-enam Rukun Iman layak mempersoalkan kesesuaian undang-undang yang ALLAH sendiri, pencipta manusia, turunkan? Tolak soal layak, cukuplah soal wajarkah hamba mempertikaikan TUANnya?
Komen dan reaksi yang diberikan oleh manusia seperti YB Wan Azizah, YB Khalid Ibrahim dan Farish Noor seakan menghiris hati dan menyakitkan mata yang membaca. Apakah wajar YB berdua itu mengatakan undand-undang ISLAM tidak patut dilaksanakan kerana kita masyarakat majmuk? Fahamkah mereka bahawa undang-undung ISLAM, ataupun lebih popular sebagai HUDUD hanya terlaksana ke atas orang ISLAM. Sementara untuk NON-MUSLIM, mereka boleh memilih untuk mengikut undang-undang HUDUD, ataupun undang-undang secular.
Jadi, timbulkah persoalan HUDUD ke atas NON-MUSLIM? Tidak sama sekali! Mereka bebas memilih. Mengapa YB Wan Azizah dan YB Khalid Ibrahim tergamak menafikan kebijaksanaan ALLAH yang menurunkan undang-undang HUDUD ini? Saya sendiri bingung. Farish Noor juga mengulas dalam ruangan Guess Columniss di Malaysia Today bertajuk Pas, don’t fall for Umno’s trap!
Secara dasarnya, memang saya menyokong keputusan PAS untuk membawakan konsep Siasay Syariah ini ke negeri-negeri Pakatan Rakyat, dan lebih menginginkan sekali diperingkat persekutuan. Tetapi, saya kita timing yang dipilih oleh Saudara Azman tidak tepat.
Tulisan Raja Petra di Malaysia Today, Educate, not legislate saya kira boleh diambil sebagai satu panduan. Tugas kita, sebagai orang ISLAM bukanlah hokum sana sini. Hukum itu ini. Yang paling penting ialah kita mendidik. Memahamkan. Bila sudah ada kefahaman, barulah turunkan hukuman.
Seperti dalam apa yang PAS ingin bawakan, memang sesuatu yang baik. Tetapi biarlah cadangan itu sekadar hangat di dalam mesyuarat PAS, tidak disebarwarkan. Rakyat belum faham. Usahkan rakyat, pemimpin sesame Pakatan Rakyat sendiri masih kabur! Go on by one! Janganlah gopoh.
Di Kelantan, semua perubahan bukan dilaksanakan sewaktu tahun pertama PAS memegang kerajaan negeri, tapi mengambil berbelas tahun. Pengharaman arak sendiri ALLAH turunkan berperingkat-peringkat. Mengapa? Sebab membina kefahaman dikalangan rakyat. Bukan semberono. Ramai lagi rakyat Malaysia belum nampak apa yang diamalkan di Kelantan. Kalau nampak sekalipun, mereka belum FAHAM!
So pleaselah PAS oi! Bersabarlah. Jika ingin memegang kuasa sampai ‘bila-bila’, jangan terlalu pantas ingin membawa perubahan. Jika tidak, mungkin belum sempat Plihan Raya ke-13, PAS sudah tersungkur di pintu Parlimen.
Sekali lagi saya tekankan, saya tidak menentang perlaksanaan pemerintahan berdasarkan undang-undang ISLAM. Tetapi biarlah pada masa dan ketika yang tepat. Setelah rakyat benar-benar FAHAM dan hadam apa itu ISLAM. Utamakanlah mendidik, hindarkan menghukum.
—
Artikel ini mungkin saya kira agak outdated. Maaf kerana saya agak sibuk kebelakangan ini dengan kerja di ofis yang makin hari makin bertambah. Balik rumah pula, badan minta nak rehat. Memang salah saya kerana liat untuk melawan kemalasan badan ini. Seribu maaf sejuta ampun…