Saya tak pasti sekiranya Pak Lah tersasul ataupun mengatakan yang benar. Dalam muka depan akhbar The Sun, sekiranya diamati, Pak Lah mengatakan,
“Since the price of petrol has increased, we could hope to get additional revenue from PETRONAS”
Adakah ini bermakna keuntungan PETRONAS akan meningkat disebabkan peningkatan harga minyak dunia? Ataupun adakah bermakna kerajaan akan meminta lebih duit daripada PETRONAS?
Sebelum ini, bila mana rakyat mengatakan keuntungan PETRONAS sepatutnya meningkat, bermakna peruntukan lebih untuk subsidi boleh diambil dari PETRONAS, kerajaan menafikan dengan pelbagai alasan. Walaupun saya belum ketemu satu alasan yang boleh diterima akal.
Jika benar keuntungan PETRONAS sebenarnya semakin meningkat, mengapa tidak sebahagian keuntungan itu tidak disalurkan kepada subsidi minyak untuk rakyat? Saya pasti kos pengeluaran minyak tidak sampai USD138 sebarrel.
Menurut kata Tun selaku penasihat PETRONAS, kos per barrel sekitar USD30. Idris Jala pula, bekas orang kuat Shell mengatakan nilai ataupun kos sekitar USD40 per barrel. Dalam masa yang sama, Tan Sri Hassan Merican mengatakan kos operasi meningkat dua kali ganda, mungkin sekitar USD70 sebarrel.
Pendek kata, keuntungan PETRONAS masih tinggi dan makin meningkat. Jadi apakah terlalu sukar mengembalikan keuntungan hasil jualan HAK RAKYAT itu kepada rakyat? Minyak bukan milik PETRONAS, tapi milik rakyat. Maka sewajarnyalah dipulangkan kepada rakyat. Malah rakyat di negeri yang punya minyak lebih berhak mendapat pulangan royalti yang lebih tinggi dari negeri lain.
Ataupun, adakah mungkin kerana kerajaan kehabisan duit PETRONAS kerana hendak dihabiskan membina koridor itu ini sedangkan koridor pejalan di kaki lima sendiri tak terjaga? Ataupun terlalu banyak dihabiskan oleh UMNO dan BN sehingga terpaksa minyak dinaikkan?
Saya bersetuju bahawa kita perlu mempersiapkan rakyat untuk menghadapi reality minyak Negara kita akan habis. Saya bersetuju system subsidi minyak sekarang tidak berapa adil kerana yang kaya dapat banyak, yang miskin dapat sikit. Namun saya tidak setuju minyak dinaikkan secara menggila tanpa memikir alternative lain. Apatah lagi dengan harga bahan makanan asas lain yang turut naik. Teori domino effect merupakan satu teori yang sukar untuk dinafikan oleh mana-mana manusia yang berakal! (domino effect = kenaikan minyak akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan lain naik).
Rasanya tak perlu saya nyatakan hujah kenapa minyak kita tak wajar naik. Sudah berlambak dalam blog² lain serta rantaian emel yang penuh dengan hujah yang bernas, tapi sayangnya tidak digunapakai oleh kerajaan.
Dibawah merupakan sebahagian penulisan A Kadir Jasin yang membuktikan kita membayar harga minyak termahal di dunia, berdasarkan pendapatan per kapita kita.
Segelen minyak berharga AS$4.00 bagi penduduk Amerika adalah “murah” kerana pendapatan dan kuasa membeli mereka tinggi. Manakala pada kadar AS$3.12 segelen bagi penduduk Malaysia adalah “mahal” kerana pendapatan kita rendah.
Pendapatan penduduk Amerika lebih tiga kali ganda daripada pendapatan penduduk Malaysia. Lagipun Amerika adalah negara pengimport bersih minyak manakala kita adalah negara pengeksport. Maksudnya kita mengeksport lebih banyak minyak mentah daripada mengimport.
Para pembesar kita sering mengatakan harga minyak petrol lebih mahal di Singapura. Betul. Harga segelen petrol di Singapura, mengikut laman web Shell Singapura, adalah sekitar AS$6.28 segelen.
Tetapi pendapatan per kapita PPP penduduk Singapura adalah AS$48,900 atau 3.4 kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan per kapita PPP kita. Lagipun Singapura negara kecil, pengangkutan awamnya bagus, tambangnya berpatutan dan Singapura tidak ada setitik minyak pun .
Selain itu mereka ada “pilihan”. Mereka boleh menyeberang ke Johor untuk membeli petrol. Bagi membeli segelen di Malaysia mereka hanya perlu membelanjakan sekitar S$2.63 atau AS$1.92 kerana nilai duit mereka lebih tinggi daripada ringgit Malaysia (RM1 bersamaan 42 sen Singapura.)
Tetapi akibat dasar “flip-flop” kerajaan kita – sekejap tidak boleh dijual kepada orang asing dan sekejap boleh — penduduk Singapura yang berkali-kali ganda lebih kaya daripada kita menikmati durian runtuh setiap kali mengisi minyak di Malaysia.
(Artikel penuh di sini!)
Mungkinkah kerajaan berani mengenakan kita, rakyatnya, kerana kita begitu lembut dan bertoleransi? Jika beginilah sikap kita dari dulu, kini dan selamanya, saya tidak hairan kenapa tanah kita begitu mudah dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.
Cuba lihat tindakan rakyat negara lain (berdemonstrasi), yang walaupun minyak mereka mahal, tapi pendapatan per kapita mereka tinggi. The picture below speaks a thousand words or even more!
Renung menungkan. Timbang tarakan.


saya bersetuju dengan pendapat Musafir Kelana tu… saya pun berasa hairan kenapa hak rakyat tidak diberikan sepenuhnya kepada rakyat… inilah jadinya kalau pemimpin yg rakyat pilih tidak terdiri dari golongan ulama, nama saja negara islam, tapi negara ditadbir oleh orang2 yang jahil dan tidak amanah.