
Sekali lagi badan kehakiman negara menerima kejutan apabila Hakim Datuk Ian H. C. Chin mendedahkan beliau dan beberapa hakim lain dihantar ke kem khas untuk di’basuh’ oleh seorang bekas Perdana Menteri, iaitu Tun Dr. Mahathir. Beliau membuat pendedahan tersebut sebelum mendengar petisyen pilihan raya untuk kerusi Parlimen Sarikei yang dimenangi oleh calon BN dengan majority tipis, 51 undi.
Beliau menyatakan tindakan Tun tersebut susulan daripada dua kehakiman yang beliau putuskan dalam kes MGG Pilai dan Vincent Tan di mana beliau enggan memberikan ‘saguhati lumayan’ kepada Vincent Tan. Satu lagi kes merupakan kes petisyen pilihanraya di mana beliau memberi kemenangan kepada calon bebas yang melawan calon BN.
“Shortly after the two judgments, the Judges Conference was held from April 24, 1997 where the then prime minister issued a thinly veiled threat to remove judges by referring them to a tribunal and stating that, though it may be difficult to do so, it was still done.”
Selepas ugutan Tun terhadap hakim-hakim tersebut, seorang hakim mahkamah rayuan bertanya kepada Tun sama ada beliau merasa cukup dengan RM1 juta sebagai bayaran saguhati (damages of libel). Tun meluluskan jumlah tersebut dan menaikkan pangkat hakim tersebut ke mahkamah persekutuan, walaupun terdapat hakim-hakim lain yang lebih kanan.
“Stating this devilish notion was no less a person than the President of the Court of Appeal. Everyone was quiet during the question sessions.”
Hakim Chin mengatakan tindakan sama berlaku ke atas Hakim Muhammad Kamil Awang di mana Ketua Hakim Negara meminta Hakim Kamil untuk menolak petisyen pilihanraya yang sepatutnya didengar di Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun, Hakim Kamil tidak mengingat arahan Ketua Hakim Negara tersebut, Alhamdulillah.
“We went into the possibility of making a police report or of writing to the Chief Justice a letter to record what he had said over the telephone but in the end he decided against it since it would be his word against that of the Chief Justice,” he said.
Hakim Chin juga mengatakan beliau pernah bertanding sebagai calon parlimen untuk BN dua kali, dan bagi kerusi DUN di Sabah pada tahun 1980. Malah beliau pernah tewas kepada calon daripada DAP.
“Now, though he is no longer the prime minister and so no longer able to carry out his threat to remove judges, the coalition party that he led is still around” and the second respondent was a Barisan candidate and “it may cross someone’s mind that I may have an axe to grind against the party concerned or any party thereof.”
Saya kira pendedahan berani hakim tersebut wajar dipuji dan disiasat kebenarannya. Seperti mana beliau katakan, PM tersebut sudah meletak jawatan, tapi parti BN masih memerintah. Apalah sangat yang boleh kita harapkan?
Saya ternanti-nantikan respon Tun terhadap tuduhan berat ini. Sudahlah kes Linggam masih pending di AG dan BPR, bertambah pula bebanan Chedet yang dah tua.