Isnin lalu, Pak Lah mengumumkan pemotongan elaun hiburan Menteri dan Timbalan Menteri serta PM dan DPM sebanyak 10% disamping cuti mereka dihadkan kepada negara Asean dan selama seminggu sahaja. Malah pembelian aset baru untunk mereka, seperti kereta dan lain-lain dibekukan. Ini sebagai untuk menunjukkan ahli jemaah menteri bersama dengan rakyat merasai beban kenaikan harga minyak?
Persoalannya, terbebankah mereka dengan pemotongan 10% itu? Sebanyak manakah 10% itu?
Berdasarkan sumber dalaman di Putrajaya (rujuk sini), berikut merupakan pendapatan seorang Menteri di Malaysia:
- Gaji Pokok RM18,000
- Elaun Keraian RM10,500.00
- Elaun Perumahan RM10,800.00
- Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
- Elaun parking RM 5,700.00
Ini bermakna jumlah keseluruhan pendapatan seorang Menteri ialah RM55,650.00!
Lain-lain kemudahan yang diberi kepada Menteri kita:
- Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
- Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
- Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
- Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
- Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dan lain-lain boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
- Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dengan telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
- Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
- Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
- Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
Pendapatan bulanan bagi seorang Timbalan Menteri pula ialah:
- Gaji Pokok RM15,000
- Elaun Keraian RM9,500.00
- Elaun Perumahan RM9,800.00
- Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
- Elaun parking RM 5,700.00
Semuanya berjumlah RM50,650.00 sebulan.
Disamping itu, Menteri juga biasanya menjadi/mendapat:
- Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
- Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
- Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain
- Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
- Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
Jadi, pemotongan sebanyak 10% sahaja daripada elaun hiburan/keraian berapa banyaklah sangat? Malah exco-exco negeri Kelantan sudah lama mengamalkan pemotongan ini, sebanyak 25% sejak 18 tahun lalu (Rujuk sini)!
Lim Kit Siang pula mengatakan, sepatutnya pemotongan elaun itu sebanyak 50%, barulah sama kadar dengan kenaikan harga petrol dan diesel kita.
Dalam masa yang sama, ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh mengatakan keputusan Pak Lah memotong elaun itu hanyalah untuk mengabui mata masyarakat.
“I believe that they should set a figure for paid holiday expenses and let the ministers, their deputies and families go anywhere they want but they should not be able to claim more than their fixed entitlement,” he said, explaining that the free passage should be a fixed holiday passage.
“It is not necessary to cut that allowance as it only translates to a few hundred ringgit,” he added.
“As an elected MP, I am finding it difficult to explain the fuel increases to the rakyat. They are not convinced by the Government’s argument when we are an oil-producing country,” he said.
“They are pulling wool over the eyes of the people to make it look like they are also cutting back and we do not see how this is going to bring down prices for the lower-income people.”
Rujuk sini.
Sebagai rumusan, sewajarnya gaji ahli jemaah menteri sepatutnya dipotong lebih banyak. Faedah yang mereka nikmati terlalu mewah dalam keadaan rakyat terlalu menderita. Wajarkah mereka yang menikmati pendapatan lebih RM50000 membandingkan gaya hidup mereka dengan mereka berpendapatan RM1000 sebulan?
Tak hairanlah mengapa ramai orang BN yang teringin duduk di kerusi empuk menteri. Menikmati itu dan ini dari duit RAKYAT, manusia haprak mana yang tak nak?
Malah MP dari BN sendiri mempertikaikan tindakan Pak Lah dan kerajaan pimpinannya. Menaikkan sebanyak 41% untuk petrol, tetapi menurunkan sekadar 10% elaun keraian. What the funny!
Terbaru, Pak Lah yang sedang dalam lawatan kerja ke Sarawak telah memberikan penambahan peruntukan sebanyak RM1 billion untuk pembangunan di Sarawak serta tambahan elaun sebanyak RM15000 sebulan untuk setiap ahli Parlimen di Sarawak supaya mudah untuk mereka mengambil helikopter ke kawasan-kawasan di pedalaman. Apakah ini suatu bentuk rasuah politik?
Potong 10% elaun Menteri mampu menjimatkan beberapa ratus ringgit sebulan bagi seorang menteri. Penambahan RM15000 sebulan untuk seorang ahli Parlimen di Sarawak bermakna penambahan sekitar ratusan ribu sebulan. Using simple maths, we are losing more money than we save. How stupid could that be?
Argh, Pak Lah memang patut gagal dalam pengajian ekonomi suatu ketika dahulu. Otaknya terlalu lembap untuk simple calculations. No wonder!
Rujukan daripada:
