
Minggu lepas, PKPIM mengutarakan cadangan supaya pakaian seragam sekolah untuk pelajar perempuan diubah ataupun dikemaskini. PKPIM mendakwa baju sekolah yang berwarna putih boleh merangsang syahwat. Apatah lagi dengan trend baju sekolah sekarang yang berkain lembut dan nipis (jarang). Isu yang mulanya seolah-olah tampak hambar akhirnya marak apabila diputarbelit oleh banyak pihak termasuk media.
Persoalan yang bermain diminda, benarkah pakaian pelajar perempuan di sekolah seksi?
Itulah persoalan yang menyebabkan ramai orang keliru dan segelintir yang memandang sinis terhadap cadangan dan pandangan PKPIM. Bagi pandangan saya, pakaian pelajar perempuan di sekolah boleh jadi seksi, dan boleh jadi tidak. Ia bergantung kepada cara pemakaian pelajar tersebut.
Jika pelajar tersebut memakai pakaian yang jarang sekalipun, tetapi bertudung labuh, itu tidaklah menjadi isu (namun tetap tidak molek untuk seorang Muslimah berpakaian jarang!). Bagi pelajar non-Muslim, pemakaian singlet mungkin mengelakkan menjadi terlalu ‘menonjol’. Tetapi, bagi saya, tetaplah tidak molek. Masalahnya, ramai pelajar sekarang tidak begitu, apatah lagi bagi pelajar di bandar-badar seperti Kuala Lumpur.
Trend memakai baju putih yang lembut dan jarang agak ketara boleh dilihat. Tambah menyeksakan, ramai pula yang tidak bersinglet ataupun bertudung. Usahkan bicara tentang tudung labuh untuk menutup dada, tudung singkat pun belum lekat di kepala.
Oleh itu, saya melihat saranan PKPIM itu ada baiknya.
Bila media dan pak menteri memainkan isu apakah pakaian sekolah menjadi punca dirogol, saya bingung sendiri. Memanglah logic mereka mengatakan mangsa rogol bukan semuanya seksi, tetapi perlu dilihat mengapa wujudnya perogol itu. Dari mana datangnya rangsangan perogol kalau bukan dari wanita berpakaian seksi? Jikalau sekalipun wanita seksi itu tidak menjadi mangsa rogol, perempuan lain yang si perogol rasa mampu ‘ditawan’ pasti menjadi mangsa.
Punca masalah rogol perlu dilihat dan difahami dengan jelas. Usahlah menafikan benda yang jelas. Lelaki kuat dirangsang oleh apa yang dilihat, dan inilah bukti saintifik yang tidak boleh kita nafikan.

Malah PKPIM bukan menunpukan kepada peningkatan kes rogol sahaja, tetapi juga menekankan terhadap peningkatan seks bebas di kalangan pelajar sekolah yang semakin membimbangkan. Punca kepada setiap permasalahan remaja yang berlaku di dalam masyarakat perlu dibedah siasat untuk mengenal pasti root cause semuanya.
Paling penting dan terbaik adalah supaya pak menteri dan mereka yang memberikan komentar liberal mereka kembali kepada ajaran ISLAM yang sebenar. Allah wajibkan aurat ditutup punya hikmah yang tersendiri. Ia bukan sekadar fesyen mahupun syok sendiri.
Dan dalam isu ini, PKPIM menyarankan semua pelajar diwajibkan memakai singlet ataupun tudung labuh. Jika boleh, tukar sahaja warna pakaian. Cadangan kedua, menukar warna pakaian mungkin mengazabkan ibu bapa, tetapi memakai tudung dan singlet bukanlah payah, bukan juga sunnah tetapi kewajipan seorang yang mengaku MUSLIMAH.
Semoga semua pihak tidak mempolitikkan isu ini dan melihat kebaikan tersirat disebalik cadangan PKPIM. Jika seorang guru di sekolah Tamil boleh menyokong cadangan PKPIM, mengapa tidak orang-orang yang mengaku seorang MUSLIM menyokong sama saranan pertubuhan ISLAM tersebut?
Rujuk:
- Roslan SMS Corner
- Nothing sexy about girls’ school uniform
- Student with ‘too transparent’ uniform can be told to wear undergarment
- Islamic group’s uniform comment slammed
- Teachers and students scoff at ‘baseless’ statement
- School uniform sexy, says group
- Pakaian pelajar perempuan: Ketua Muslimat PAS bidas Hishamud..
- Isu pakaian seragam sekolah: Menteri Pelajaran digesa rujuk ..
x setuju..
ahaha..
Mana ada seksi lah pakaian pelajar kita. Tolonglah cari isu yang lebih besar, bernas, panas dan memerlukan perhatian segera. Remaja lepak, ponteng sekolah, hisap rokok, sek bebas, merempit, balik lewat malam, degil dan banyak lagi. Ini lebih teruk. Yang kata pakian pelajar sekolah seksi tu,
dia sendiri otak kuning gamaknya. Banyak lain yang perlu tumpuan segara samada oleh KPM, pihak berkuasa, banyak lain lagi, banyakkk.
seksi?
saya tidak bersetuju dengan kenyataan ini.
Adalah tidak logik jika mengatakan pakaian pelajar sekolah adalah seksi.
seksi. terpulang kpd si pemakai. pd pemerhatian sy, menjd seksi kerana bersebab. sebab menayang / mnunjuk2,
nawaitu menunjuk kpd kekasih hati. mungkin.
mentaliti remaja sekarang semakin teruk.
seksikn baju sekolah utk menjawat gelaran seksi. mungkin.
betullah ape yg Allah suruh selama ni, tutup aurat, pakai tudung yg menutup dada. yg mengikut syariat.
mcm2 berlaku bila langgar perintah Allah.
sampai ada mslh sbgini rupa. pelik kan?
[...] Baca keseluruhan pos ini » [...]
SAYA CADANGKAN TUKAR DENGAN WARNA YANG GELAP…PUTIH KURANG BAIK…INSYALLAH….
salam…kiter sndri kna peka mksud seksi yg sbnrnya..
baju sekolah yg putih xkn jd seksi tnpa sbab. Semuanya ats diri plajar e2 sndri. If dier yg nk seksi, ia akn jd seksi. kerajaan selama ini mmg da ttpkan wrna ptih untk bju skolah, xder paper pun jd…xder pun sbrg komen….nper skrang bru nk ungkit mende nih??
sy bkn nk slhkn saper2 ats issu nih, tp mmg pun bju skolah wrne ptih x seksi. mcm yg sy 2lis td, smuanya ats student 2 sndri. Kalo da smmgnyer bj dier jrg, amek la inisiatif sndri pkai inner kn..ini sudahlah jrg, ktat wlupun bju krung..bju dlm plak wrnenyer yg garang2..pastu nk suh krjaan 2kar wrna bju???
pttnyer suh dak2 skolah yg dlm golongan yg sker pkai bju dlm yg striking nih yg 2kar bju dlm….(maaf if trllu open) tp ianya knyataan..wt ajer undang2 kt skolah mnyatakan bhwa “TIDAK BOLEH DENGAN BANGGANYA MENAYANG BAJU DALAM”. kn lbh mmudahkan …xperlu org2 yg kurang upaya dlm ekonomi kna bli bju bru untk ank2nya…ksian la gak kt diorg nih…
segalanya terang bila ank2 muda skang mdah trbntuk dgn AKHLAK KURANG MMUASKAN..smpaikan bju skolah pun nk sksi maut…pe yg nk di tygkn???BODY KORANG??? ingatlah yg kiter akn pkai BAJU YG SERAGAM bila di paggil oleh malaikat Izrael…
setakat body yg x kkal lma 2, smpan je la…xkn smpai tua pun nk bangga ngan body korang kn??? xsurprise lgsg kt BAKAL sUAMI korang…
eh???ni da mcm bkn forum tp da mcm sesi menasihat lak..
lots of sorry if i got a wrong word…
salam…
seksi laa bai…mayb kiter tak kisah sebab tu sume bukan adik or kakak kiter..tapi diorang tu tetap saudara kiter…cuba g tgk bdk2 pompuan kat town..kebnyakakn pakai kain yang licin..kalo peluh…hujan..basah baju tu…so…aju tu akan jadi jarang….tak elok laa…
Em. Yng ni aku setuju.
sy stuju dgn cdangan hamba Allah… iaitu d tkarkan dgn wrna glp…
saya berpendapat, pakaian sekolah adalah sexy. ini kerana warnanya yang cerah. lebih baik ianya ditukarkan warna yang sesuai. lagipun ramai jer saya lihat pelajar menilakan baju mereka.
kirain foto hot ei….
Kenapa zaman makin maju makin pula perkara y belaku?cth kes rogol,merompak,membunuh,dll..
erm…setuju sgt lh…bkn apa..
kalo nk cegah maksiat kene bermula dr pangkal pokok nyer..biar nampak mudah namun jgn kita lupa…api kecil baik dipadam ..kenapa ada saudara /i yg tidak setuju?
sedangkan kita tahu…banyak punca maksiat itu sendiri berpunca dari wanita..
bayangkn mangsa rogoL itu insan yang anda sayang..
bayangkan pelajar itu sendiri anak perempuan,adik perempuan mahupun kakak anda…’sanggup ke nk tengok lelaki pandang macam nk telan…
sekadar renungan…jgn fikir tutup aurat xikhlas baik tak payah…didik2 lh diri dan hati…insyaallah…niat baik Tuhan tolong..(^__^)