Feeds:
Kiriman
Komentar

Arkib bagi Bulan Januari 2008

Negara Kebajikan PAS Gusarkan BN

Heboh seketika di akhbar-akhbar perdana tentang manifesto PAS untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara kebajikan. Menteri-menteri dan wakil rakyat BN mula tak sedap duduk melihatkan janji-janji manis yang ditawarkan oleh PAS khususnya dan Barisan Alternatif (BA) amnya. Yang menariknya, lain menteri, lain kecohnya.

Baca Kiriman Penuh »

 
Berita Utusan “Nasib peneroka Felda terus dibela” agak memualkan. Apatah lagi dengan selitan gambar yang menggelikan perut. Benarlah kata pepatah Inggeris, “A picture speaks a thousand words”. Sekeping gambar mampu menuturkan 1000 perkataan.

Baca Kiriman Penuh »

Sejak kecoh di beberapa akhbar tentang kes pengasingan pelajar lelaki dan perempuan di SMK Seremban Jaya (Seremban) dan SMK Hillcrest (Gombak), isu ini terus dimanipulasikan oleh beberapa parti politik dan juga kumpulan hak asasi manusia yang agak anti-Islam.

Baca Kiriman Penuh »

 
Saya agak terkesima apabila membaca berita tentang kemurahan hati Pemuda UMNO untuk membantu seorang artis wanita, Bienda yang perlu melalui rawatan jantung berlubang. Bukan apa, setahu saya, terlalu kerap ‘orang biasa’ yang hidup serba kekurangan memohon bantuan kewangan kerana penyakit itu dan ini. Kos rawatan mereka kadang-kala mencecah puluh ribu ringgit. Saya turut simpati, namun [...]

Baca Kiriman Penuh »

Blog Baru; Coretan Minda

Assalamualaikum,
Saya telah membuka blog baru bertajuk The Scribbles of Musafir Kelana. Blog tersebut lebih menjurus kepada coretan-coretan peribadi di kala kebosanan. Lebih kurang seperti diari digital. Apapun, blog ini insya-Allah akan terus membawakan isu semasa dan politik semampu mungkin.
Wassalam…
Musafir Kelana

Baca Kiriman Penuh »

Rasanya sudah lama benar saya tidak menulis. Bukan kerana ilham gagal dicoretkan,tapi keupayaan yang tidak mengizinkan. Baru minggu lepas saya ‘didaftarkan’ untuk pakej Celcom 3G Unlimitted,setelah 2 minggu lebih menanti. Itupun sudah 2 kali saya terpaksa melanggan pakej Daily Unlimitted yang berharga RM8/24 hours. Dan bertambah merugikan (dan menyakitkan hati!),setelah menyemak penggunaan semasa dengan Celcom [...]

Baca Kiriman Penuh »