
Ramai yang bertanya, kenapa saya mem’bengkalai’kan blog saya. Adakah saya kembali bersara untuk kesekian kalinya? Owh, tidak! Insya-Allah kali ini saya tidak akan bersara selagi mana Allah belum men’sara’kan saya. Jadi, kenapa membisu selama berminggu-minggu? Panjang ceritanya…
Sebelum Syawal, saya agak sibuk mengisi peluang Ramadhan yang setahun sekali. Belum dikira dengan assignment itu dan ini. Semuanya minta dihantar sebelum cuti. Ditambah sakit sekejap sana dan sini. Al-maklum, cuaca panas terik disambung hujan lebat menyebabkan badan ini terkadang manja tak bertempat. Apapun kesakitan yang dikurniakan TUHAN merupakan anugerah yang perlu disyukuri. Ia mungkin kifarah atas dosa yang saya lakukan, dan juga tanda kasih ILLAHI RABBI. Look at the bright side!
Ibu saya seorang yang alah dengan cuaca dan kerap selsema. Bahasa mat salleh, allergic, bahasa Malaysia, allergik. Macam lebih kurang saja bunyinya. Mengikut kajian genetik, anak yang ibunya allergik, ada kemungkinan 50% untuk turut sama menjadi ‘mangsa’ allergik. Kebarangkalian bertambah apabila anak itu disusukan dengan susu botol, atau istilah lain susu lembu. Dan ditakdirkan, saya juga termasuk yang ke-2 itu.
Saya tak pasti kenapa waktu ‘muda’ saya, saya begitu sukakan susu lembu walhal susu ibu lebih manis, siap berlemak gitu. Mungkin inilah percaturan yang MAHA TAHU. Kita hanya hamba yang diaturkan setiap sesuatu. Pasrah berserah, menerima dengan berlapang dada. Meyakini bahawa ada hikmah ILLAHI disebalik segalanya boleh menghilang resah di jiwa. Mungkin tampak seksa, tapi biarlah dalam hati, kita bahagia…
Sewaktu menetap di Perak, tahap allergik saya boleh dikatakan terkawal. Kemudian berpindah ke Alor Setar. Sedikit demi sedikir, allergi diri ditrigger. Tapi Alhamdullilah, masih boleh dikawal. Berpindah ke Jitra, segalanya bertukar. Saya kerap selsema dan gatal mata. Mulanya saya mengambil ubat selsema biasa. Tapi disebabkan ubat biasa mengantuk, saya bertukar ke Rhinocort Aqua. Nasib baiklah ubat percuma kerana ditaja oleh klinik panel.
Setelah badan seolah-olah lali dan kebal dengan ubat-ubat biasa, saya berjumpa dengan pakar ear, nose & throat (ENT) dan diberikan Clarityne, dan kemudian disusuli Clarinase. Alhamdulillah, Clarinase merupakan ubat yang tidak mengantuk dan berkesan dalam jangka masa yang panjang. Sampai ke beberapa minggu yang lepas, saya masih menjadi pelanggan tetap Clarinase (apabila diserang selsema). Walaupun harganya agak mahal, sekitar RM1.50 sebiji, saya kira ia berbaloi dengan kesan yang diberi.
Tiba-tiba, beberapa minggu yang lepas, ketika diserang selsema yang agak menggila (sahabat-sahabat rapat tahu betapa ‘nazak’nya saya ketika selsema), Clarinase sudah tidak memberikan sebarang kesan terhadap selsema saya. Biarpun sudah dimakan 2 biji sehari, kesannya seperti ngak makan apa-apa. Akhirnya, saya terpaksa mencuba Actifed, ubat selsema percuma dari klinik panel (Clarinase tidak diberikan di klinik panel biasa kerana agak mahal). Alhamdulillah Actifed berkesan menghilang sengsara saya seketika.
Cumanya, ada beza antara Clarinase dan Actifed. Pertamanya dari segi kandungan. Keduanya dari segi kesan. Clarinase merupakan ubat selsema paling kuat. Actifed ubat selsema standard. Itu yang saya difahamkan doktor. Mungkin badan dah kebal dengan Clarinase, saya sendiripun kurang pasti. Kesan Actifed agak negatif berbanding Clarinase. Actifed mempunyai kesan mengantuk dan menghilangkan tumpuan. Akibatnya, badan cepat mengantuk dan susah untuk memfokuskan perhatian. Otak juga seperti beku dan kelu.
Disebabkan kesan Actifedlah saya gagal menulis dan kerap buntu. Untuk mencari ilham, terasa sukar sekali. Puas dicari itu dan ini. Dibaca sana sini. Ilhamnya masih sepi. Ujian TUHAN sekali lagi.
Apapun, saya gagahkan jua diri mencoret tinta di warkah yang telah lama sepi ini. Moga sebagai perkhabaran dari empunya diri. Insya-Allah dengan kekuatan milik Ya RABBI, saya akan usahakan menulis kembali.
Musafir Kelana
o0o..kesian..patutla muka mcm mengantuk selalu..:P
salam..
kesiannye dengar ..apa pon nampaknye engineer bertukar menjadi doktor demam
kalu demam bole tanya la ubat apa yg sesuai..
apa pon take care n makanlah sayur n buah byk2x..
may b it help…daa~~~
kesian…mesti time hujan2 camni otak jd bengang sebab mukus naik otak.rasa cam nak pukul semua org..betul x?beware,kadang2 leh dpt infektion lain…xpasal je nih…
[...] sensor allergi saya menyebabkan saya ’syahid’ dari jam 9 malam ke 2 pagi. Penangan Actifed berbisa sekali! Tidak mungkin saya mahu melelapkan diri lagi selepas 5 jam mengemudi alam mimpi. [...]
[...] Ramai yang bertanya, kenapa saya mem’bengkalai’kan blog saya. Adakah saya kembali bersara untuk kesekian kalinya? Owh, tidak! Insya-Allah kali ini saya tidak akan bersara selagi mana Allah belum men’sara’kan saya. Jadi, kenapa membisu selama berminggu-minggu? Panjang ceritanya… Read the rest of this entry » [...]
[...] mencuit sensor allergi saya menyebabkan saya ’syahid’ dari jam 9 malam ke 2 pagi. Penangan Actifed berbisa sekali! Tidak mungkin saya mahu melelapkan diri lagi selepas 5 jam mengemudi alam mimpi. [...]