Assalamualaikum,
Setelah sekian lama ‘bercuti’, akhirnya saya mengambil keputusan untuk kembali ke arena tulis-menulis. Terlalu ramai yang bertanyakan perihal ‘persaraan’ mengejut saya selama hampir lapan bulan. Maaf. Maaf. Dan maaf.
Secara jujur, saya tak berniat menghampakan pembaca sekalian. Tempoh lapan bulan yang berlalu saya gunakan untuk muhasabah diri memikirkan perihal penulisan saya sebelum ini. Terlalu banyak kelemahan. Terlalu banyak kekhilafan.
Insya-Allah kali ini saya cuba membuat kelainan dalam penulisan saya. Saya cuba mengurangkan tulisan berbaur politik. Saya cuba lebihkan persoalan kehidupan seharian kita insya-Allah. Namun saya tak mampu memberikan sebarang jaminan saya mampu menjadi penulis sebegitu. Tapi tak salah mencuba, bukan?
Sama-samalah kita nanti…
Wallahualam…
Musafir Kelana
bagaimana mungkin tulisan tidak berbaur politik? kerana politik itu cabang siasah. Dan siasah itu cabang kehidupan sehari-harian. maka segala artikel, hujah yang ditulis sudah pastilah juga boleh dianggap seloka politik. ~~
Bersama menjelaskan lagi makna penggunaan istilah ‘politik’! Berlandaskan yang Hak, bukannya memuatkan yang Hak