Suapan:
Kiriman
Komentar

Memahami Kesyumulan Agama

Sebagai membuka tirai bulan penuh barakah, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syukur kepada-Nya kerana memberikan saya peluang untuk mengecapi Ramadhan untuk tahun ini, buat ke sekian kali. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk saya, dan kita semua. Insya-Allah…

Tajuk yang saya ingin bawakan adalah ‘tajuk tertangguh’. Tertangguh sejak 19 Ogos lalu kerana kesibukan dan mood penulisan saya yang tidak menentu. Saya memohon maaf kerana kelemahan saya yang teramat ketara sejak memasuki alam pekerjaan sebagai jurutera ini. Bukan kerana sibuk, tetapi kegagalan saya mengurus masa dan mood saya.

Terus kepada perkongsian kali ini.

Sekitar pertengahan Ogos lalu (2008), Herald, sebuah akhbar yang diterbitkan khas untuk golongan Kristian Katholik telah diberi semacam satu amaran oleh kerajaan untuk tidak mempolitikkan akhbar Herald mereka. Alasan kerajaan, Herald telah menerbitkan suatu artikel yang mengulas tentang situasi politik tanah air. Teruskan pembacaan »

Hari ini dalam sejarah, seorang lelaki berusia 23 tahun telah bersumpah dengan nama ALLAH bahawa dia telah diliwat oleh seorang ‘Datuk’ berusia lebih 60 tahun tanpa rela. Perbuatan tersebut, menurut sumpahnya berlaku pada 26 Jun 2008. Datuk tersebut merupakan seorang yang terkenal dengan sakit belakang beliau akibat penyeksaan sewaktu beliau di penjara.

Lelaki berumur 23 tahun tersebut ialah Saiful Bukhari Azlan, manakala datuk tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Teruskan pembacaan »

Pandangan Menteri Besar Selangor yang mencadangkan UiTM membuka penyertaan sebanyak 10% akhirnya berjaya dipolitikkan. Pandangan asal MB bukanlah untuk ‘meruntuhkan’ benteng Melayu terakhir (seperti diwar-warkan oleh penuntut UiTM dan NC serta pensyarah UiTM). Niat beliau hanyalah untuk menambahkan persaingan sihat di kampus. Salahkah itu? Malah, dalam zaman globalisasi yang serba maju, masih perlukah university satu bangsa?

Saya seorang Melayu. Pengkhianatkah saya jika menyokong dibukakan 10% penyertaan UiTM kepada bangsa lain? Pengkhianatkah saya jika saya inginkan bangsa Melayu, Cina dan India belajar bersama dan saling maju bersama? Pengkhianatkah saya jika saya melihatkan penyertaan kaum Cina dan India mampu meningkatkan daya saing bangsa saya?

Semuanya terlalu pelik! Teruskan pembacaan »

Alhamdulillah, selesai menonton debat perdana secara langsung. Debat antara Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek ternyata menarik. Walaupun masa asalnya 90 minit telah dipendekkan ke 60 minit berserta 3 minit iklan. Tetap PUAS! Anwar ternyata berjaya menjawab semua persoalan dengan baik dan tidak terikut-ikut dengan rentak serangan peribadi daripada Shabery. Shabery yang seolah-olah tiada hujah asyik memainkan kisah silam Anwar dengan menyerang peribadi Anwar sewaktu dalam kerajaan. Anwar menjawab dengan bijak, kalau dah tahu beliau salah sewaktu tahun 1990, kenapa sampai 2008 tak nak betulkan? Terkedu Shabery! Teruskan pembacaan »

Sudah 8 bulan saya meninggalkan alam kampus. Sudah 8 bulan juga saya seakan terpisah dengan dunia mahasiswa. Namun serasanya, tidak salah untuk saya menulis sesuatu berkaitan dengan kampus dan mahasiswa; tulisan khusus untuk menjawab posting “Adakah Demokrasi Di Utp Masih Wujud?“.

Secara jujur, saya tidak mengenali penulis blog tersebut. Jadi saya kira penulisan dan komentar ini sebagai tulisan yang neutral dan tidak memihak kepada pihak pentadbiran UTP mahupun kepada ‘pejuang demokrasi UTP’. Saya menulis berdasarkan pengalaman dan penglibatan saya dalam dalam MPPUTP selama dua tahun, serta berkecimpung dengan aktiviti pelajar selama 4 tahun. Teruskan pembacaan »

Agak lama blog Musafir Kelana kelihatan terabai. Keinginan menulis itu ada, tetapi terlalu banyak isu yang terlalu pantas berlalu. Dari satu isu ke isu yang lain. Komen dari sahabat bloggers yang lain juga menyusul saban jam mahupun minit. Jadi saya memilih untuk menulis perihal peribadi, yang tidak ada disentuh dalam blog yang lain, iaitu pernikahan adik saya, sahabat saya, iaitu saudara Khaled Hamdan dengan saudari Zaiti dari UIA. Teruskan pembacaan »

Beberapa hari yang lalu, media-media gempar melaporkan ucapan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Saudara Azman Shapawi semasa merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan ke-49 di Kota Bharu. Apa yang hangat sangat?

“Dewan Pemuda PAS Pusat kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam, Siasah Syariah, di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Sebuah jawatankuasa, tambahnya, telah ditubuhkan bagi membincangkan dengan lebih terperinci pelaksanaannya di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor”

Antara yang bakal dilaksanakan dalam konsep Siasah Syariah ini ialah:

  • Pengharaman tempat perjudian
  • Mengehadkan premis penjualan arak
  • Etika pakaian di pejabat

Teruskan pembacaan »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.